NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
PROGRAM SAMBUTAN HARI KELUARGA IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 3 Disember– Maritim Negeri Sarawak dengan kerjasama Masjid Darul Naim (KOMTAS) telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak (IPMNS), Kompleks Maritim Tun Abang Salahudin (KOMTAS).
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, program ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim selain memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).
Pada Sambutan Hari Keluarga kali ini, beberapa acara diadakan termasuk sukaneka untuk kanak-kanak dan para ibu bapa yang diadakan pada sesi pagi.
Seterusnya program diserikan dengan ceramah agama yang telah disampaikan oleh Pencetus Ummah merangkap guru agama SMK Sri Matang, Ustaz Muhammad Fakhrul Islam bin Mohd Zarin dengan tajuk ceramah ‘Keluarga bahagia, kehidupan sejahtera’ yang diadakan seusai solat magrib di Masjid Darul Naim (KOMTAS).
Semoga dengan adanya majlis seperti ini, ianya mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan keluarga dan kakitangan APMM Sarawak.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.