17
Kha, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

MARITIM MALAYSIA BAKAL UJI KESIAPSIAGAAN CARILAMAT MELALUI EX LIMBAWAN 2026

KOTA KINABALU, 26 FEBRUARI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh tahap Kesiapsiagaan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) menerusi penganjuran Mesyuarat Initial Planning Conference (IPC) sempena persediaan Search and Rescue Exercise (SAREX) Maritime Mass Rescue Operation (MMRO) EX LIMBAWAN 2026 yang berlangsung di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohd Ariz Md Kassim berkata, eksesais berskala penuh itu menjadi platform penting untuk menguji keupayaan sebenar agensi dan rakan industri dalam mengendalikan insiden kecemasan melibatkan mangsa yang ramai di laut.

“EX LIMBAWAN 2026 bukan sekadar latihan, tetapi medan untuk menilai tahap kecekapan penyampaian maklumat serta koordinasi aset laut dan udara secara menyeluruh.

“Setiap kelemahan yang dikenal pasti akan ditambah baik sebelum berdepan situasi sebenar,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan secara bersama mesyuarat tersebut dengan wakil PETRONAS, Pengurus Kanan MPM Petronas, Encik Mohamad Azam Bin Abdullah.

Sementara itu Mohd Ariz memaklumkan, mesyuarat IPC dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu serta rakan industri iaitu Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan PTT Exploration and Production (PTTEP).

“Hampir 40 wakil agensi dan jabatan terlibat dalam mesyuarat ini, sekali gus membuktikan komitmen berterusan pelbagai pihak bagi memastikan objektif latihan dilaksanakan secara lebih realistik tahun ini,” tambah beliau.

Antara agensi yang hadir termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDM) serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

EX LIMBAWAN 2026 dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 14 Mei 2026 di Kota Kinabalu. Latihan itu akan dilaksanakan secara Full-Scale Exercise (FTX) dengan penglibatan aset laut dan darat.

Terdahulu Mohd Ariz menjelaskan, eksesais berkenaan memfokuskan kepada senario kecemasan melibatkan industri minyak dan gas di pelantar FPSO Kikeh milik PTTEP yang dikawal selia oleh Petronas, selain menguji keupayaan pengurusan insiden maritim berskala besar termasuk pemindahan dan rawatan mangsa.

Menurut beliau lagi, peringkat IPC amat kritikal bagi menetapkan objektif latihan, membangunkan senario realistik, memperincikan konsep operasi, struktur perintah dan kawalan serta pembahagian tanggungjawab antara agensi.

“Perancangan rapi di peringkat awal akan menjadi asas kepada kejayaan pelaksanaan eksesais pada fasa seterusnya, sekali gus memastikan respons yang lebih pantas, terselaras dan efektif sekiranya berlaku insiden sebenar,” katanya.

Turut hadir mewakili Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ialah Komander Maritim Siti Khairunnisak Abd Aziz, Leftenan Komander Maritim Hizam Zulkifli dan Leftenan Maritim Mohamad Pairul Mohd Bacuk.

EX LIMBAWAN2
 
EX LIMBAWAN3
 
EX LIMBAWAN4
 
EX LIMBAWAN5



Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC