NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM NEGERI PERAK BERI TAKLIMAT KESELAMATAN DAN PENGAWASAN SEMPENA PERTANDINGAN UNIKAL MIMET
LUMUT, 26 MEI – Maritim Negeri Perak dijemput bagi memberi taklimat keselamatan dan ditugaskan sebagai pengawasan keselamatan sempena pertandingan kayak anjuran UNIKL MIMET, Perak sekitar pukul 8.00 pagi semalam.
Taklimat keselamatan ini telah disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Maritim Negeri Perak, Leftenan Maritim Muhammad Termizie bin Md Khair kepada para peserta memandangkan mereka melakukan aktiviti tersebut di laut.
Program kesedaran keselamatan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada para peserta tentang langkah-langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut seperti memakai jaket keselamatan, cakna terhadap ramalan kaji cuaca sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut, memastikan peralatan dan kelengkapan kecemasan di laut berada dalam keadaan baik serta mempunyai Personal Locator Beacon (PLB).
Selain itu, pengedaran risalah keselamatan di laut turut diedarkan kepada para peserta disamping sebuah bot peronda ditugaskan untuk melaksanakan pengawasan keselamatan kepada semua peserta supaya program berjalan lancar.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.