NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
KURSUS FIRST AID RESPONDER ANJURAN ZON MARITIM LABUAN
LABUAN, 17 MEI – Zon Maritim Labuan mengadakan Kursus 'First Aid Responder' selama dua hari yang melibatkan seramai 40 pegawai dan anggota bermula 15 sehingga 16 Mei 2024.
Barisan pelatih dan penceramah dalam kursus ini adalah terdiri daripada pegawai kesihatan dan pengamal perubatan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan.
Tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai pendedahan dan nilai tambah kepada para anggota serta pegawai khususnya Unit Operasi Maritim Malaysia mengenai pengetahuan rawatan awal kecemasan.
Selain itu, ia juga dapat meningkatkan tahap kecekapan warga Zon Maritim Labuan ketika menghadapi situasi sebenar di lapangan dalam memberikan bantuan rawatan atau kecemasan awal di lokasi operasi.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Hj. Idros dengan penyampaian cenderahati beserta sijil kepada tenaga pengajar dan jemputan.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.