PELABUHAN KLANG, 20 JUN – Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Pengarah Laut (Operasi), Jabatan Laut Malaysia, Kepten Abdul Samad Bin Shaik Osman, di Ibu Pejabat Laut Pelabuhan Klang, Selangor, pagi tadi.
Kunjungan itu bertujuan bagi memperkenalkan Pengarah BPPM yang baru, membincangkan isu-isu semasa, meningkat serta memperkukuhkan jalinan kerjasama sedia ada antara Maritim Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia khususnya berkaitan operasi penguatkuasaan.
Antara perkara yang dibincangkan ialah isu-isu semasa terutamanya berkaitan penguatkuasaan yang dilaksanakan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/1960 di Zon Maritim Malaysia.
Selain itu, turut menjadi perhatian, operasi bersama di semua peringkat Maritim Negeri dan Wilayah Laut yang melibatkan pengawasan aktiviti-aktiviti perkapalan bagi memastikan keselamatan pelayaran sentiasa terkawal di sepanjang Selat Melaka dan Perairan Sabah dan Sarawak.
Hasil perbincangan yang diperolehi akan diangkat dan diperhalusi semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Maritim Malaysia-JLM yang dijangka dilaksanakan pada Ogos hadapan. Perbincangan tersebut dijangka akan meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi memperkasakan operasi dan penguatkuasaan di Zon Maritim Malaysia.





















.svg.png)

