PHUKET, 22 JUN – Seramai 23 pegawai dan anggota kru KM DANGA, Maritim Negeri Selangor telah terlibat dalam Eksesais SEAEX THAMAL 69/24 bertempat di Phuket, Thailand pada 10 hingga 15 Jun yang lalu.
Eksesais ini merupakan kerjasama strategik badan penguatkuasaan maritim dan keselamatan di antara Malaysia dan Thailand yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan persefahaman menerusi latihan teori dan praktikal.
Eksesais ini turut melibatkan aset-aset entiti badan keselamatan dan penguatkuasaan kedua-dua negara iaitu KM DANGA dari Maritim Malaysia, KD TAN PUSMAH dan KD MAHAMERU milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kapal PA 50 dari Pasukan Polis Marin (PPM) serta aset laut Royal Thai Navy.
Upacara majlis perasmian telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony, bertempat di 3rd Thai Naval Command Base.
Antara pengisian dalam eksesais ini ialah Table Top Exercise, Damage Control Fire Fighting (DCFF) dan Visit Boarding Search and Seizure (VBSS).























.svg.png)

