21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

MOHD NORZAM TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) PERTAMA TERIMA PANGKAT KEPTEN KEHORMAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 19 JULAI – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tuan Mohd Norzam bin Mustapa telah dianugerahkan pangkat Kepten Kehormat Maritim Malaysia hari ini.

Penganugerahan ini adalah julung kali diberikan kepada pengurusan tertinggi Maritim Malaysia sejak penubuhannya, menjadikannya suatu detik bersejarah bagi agensi ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, anugerah ini adalah simbol penghargaan dan pengiktirafan tertinggi atas segala usaha dan sumbangan yang telah diberikan oleh Tuan Mohd Norzam dalam meningkatkan prestasi Maritim Malaysia khususnya melalui tatakelola pengurusan Agensi ini.

Jelas Datuk Saiful, selaku Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Mohd Norzam sentiasa menyokong dan memberi kerjasama penuh dalam menjayakan dasar dan perancangan Malaysia Malaysia sama ada melalui projek pembangunan atau perolehan serta pengurusan kewangan agar ia dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tambah beliau, bukan sahaja dalam pentadbiran, Tuan Mohd Norzam juga berperanan dalam memastikan latihan dan keperluan operasi penguatkuasaan dipenuhi agar kesiapsiagaan dan keupayaan Maritim Malaysia berada dalam keadaan terbaik.

Datuk Saiful berkata demikian selepas menyempurnakan sesi pemakaian pangkat Kepten Kehormat Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya pagi tadi.

Dilahirkan pada 22 Disember 1964, anak jati Negeri Sembilan ini telah menabur bakti lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam dengan memegang pelbagai jawatan sama ada di agensi, jabatan mahupun di peringkat Kementerian.

Sebelum menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia sejak 4 Oktober tahun lalu, Mohd Norzam terlebih dahulu bertugas lebih setahun sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya.

Turut hadir menyaksikan sesi berkenaan ialah barisan Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pegawai-Pegawai Kanan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

 

KEPTEN NORZAM 2
 
KEPTEN NORZAM 3
 
KEPTEN NORZAM 4
Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC