KUCHING, 18 JULAI – Maritim Negeri Sarawak menerima lawatan kerja rasmi daripada Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) YBhg. Datu Dr Chai Khin Chung bersama Ketua Penolong Pengarah UKPS, SAC Paul Khiu Khin Chiang hari ini.
Ketibaan delegasi UKPS ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) disambut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh diiringi Pegawai Memerintah KM MARLIN, Leftenan Komander Maritim Mohd Khair bin Baharom, Penolong Pengarah Kanan CLBB, Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi binti Ali serta Penolong Pengarah Kanan unit C3I, Leftenan Komander Maritim Mohd Syahrul Ehsan Bin Abdullah.
Objektif lawatan ini adalah bagi mewujudkan kerjasama serta memperkukuhkan lagi hubungan baik di antara kedua-dua pihak di samping menjadi platform pertemuan empat mata bagi membincangkan perkembangan semasa mengenai isu-isu maritim.
Diharapkan dengan lawatan kerja yang dilakukan ini dapat meningkatkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara kedua-dua pihak selain menjadi interprentasi bahawa Maritim Malaysia sangat komited dalam menjaga hubungan baik di antara agensi sahabat.
Sesi kunjungan ini diakhiri dengan menandatangani buku lawatan, pertukaran cenderamata serta sesi bergambar sebagai simbolik hubungan erat di antara Maritim Negeri Sarawak dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).




















.svg.png)

