PUTRAJAYA, 10 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyambut kehadiran Commanding Officer Kapal ICGS Virgaha milik Indian Coast Guard, Commandant Akshay Kumar Mahapatra dalam kunjungan hormat yang diadakan di ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Lawatan rasmi ini disambut oleh Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh bagi mewakili Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan operasi serta diplomasi maritim antara Malaysia dan India.
Sesi kunjungan diteruskan di Auditorium Tingkat 11, Ibu Pejabat Maritim Malaysia dengan penyampaian taklimat oleh Leftenan Maritim Aizat bin Mohd Zamri secara menyeluruh mengenai operasi, pengurusan, dan protokol Maritim Malaysia bagi membuka ruang interaksi dan perkongsian kepakaran bersama delegasi ICGS Vigraha.
Lawatan ini memperlihatkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau, membina persefahaman operasi dan mengekalkan keselamatan serta kestabilan perairan antara kedua-dua negara.
Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada delegasi ICGS Vigraha atas kunjungan hormat yang berlangsung secara profesional sekali gus memperkukuh jalinan diplomasi dan kolaborasi maritim dua hala selaras dengan aspirasi MADANI.





















.svg.png)

