PELABUHAN KLANG, 9 DISEMBER – Port Klang Cruise Terminal menyaksikan ketibaan Kapal ICGS VIGRAHA milik Indian Coast Guard yang disambut oleh delegasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu sesi sambutan rasmi ringkas, pagi tadi.
Ketibaan kapal tersebut disambut oleh Kepten Maritim Mohd Aizad bin Zainudin, selaku Ketua Delegasi Maritim Malaysia bersama barisan pegawai dan anggota yang hadir bagi menunjukkan komitmen dan penghargaan terhadap hubungan erat antara kedua-dua agensi.
Setibanya di terminal, delegasi Indian Coast Guard disambut dengan sesi ramah mesra, pertukaran cenderamata, serta taklimat ringkas melibatkan wakil kedua-dua pihak.
Kapal ICGS VIGRAHA berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada rangka lawatan kapal yang bertujuan mengukuhkan kerjasama keselamatan maritim, memperkukuh komitmen kerjasama, serta meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan India.
Lawatan ini dijadualkan merangkumi sesi libat urus profesional, pertemuan pegawai kanan, pertukaran pandangan mengenai kepakaran, serta program interaksi anggota.
Kehadiran kapal ini turut menandakan kerjasama berterusan antara kedua-dua negara dalam memastikan keselamatan perairan serantau terus terpelihara.





















.svg.png)

