13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

TRADISI DECK RECEPTION PERKUKUH DIPLOMASI MARITIM MALAYSIA & INDIAN COAST GUARD

PORT KLANG, 10 DISEMBER – Tradisi Deck Reception yang sinonim dengan amalan Coast Guard diteruskan pada sebelah malam dengan kehadiran Maritim Malaysia sebagai tetamu sempena lawatan kapal ICGS Vigraha di Port Klang Cruise Terminal (PKCT), semalam.

Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah dari Bahagian Siasatan Jenayah Maritim hadir mewakili Maritim Malaysia sebagai Ketua Delegasi, diiringi pegawai-pegawai Maritim Malaysia.

Majlis yang berlangsung di dek kapal tersebut menghimpunkan tetamu kehormat daripada pelbagai agensi kerajaan, pertahanan, komuniti maritim serta wakil antarabangsa, sekali gus menyerlahkan nilai diplomasi maritim yang kukuh antara Malaysia dan India.

Sepanjang majlis, para tetamu berpeluang berinteraksi dengan delegasi Indian Coast Guard, menyaksikan profesionalisme yang ditampilkan serta mengenali lebih dekat peranan ICGS Vigraha dalam keselamatan maritim selain membuka ruang kepada pertukaran pandangan, perkongsian kepakaran serta pengukuhan persefahaman operasi antara kedua-dua agensi.

Lawatan ICGS Vigraha bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, malah mengukuhkan lagi kerjasama strategik dalam memastikan keselamatan serta kestabilan perairan serantau terus terpelihara.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Nasir bin Man.


ICGS DINNER4
 
ICGS DINNER2
 
ICGS DINNER3
 
ICGS DINNER5

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC