SUBANG, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh kerjasama strategik apabila Skuadron Helikopter AW139 yang berpangkalan di Stesen Udara Maritim Subang mengadakan kunjungan hormat ke Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Semenanjung, Polis Diraja Malaysia (PDRM), baru-baru ini.
Kunjungan diketuai Komander Maritim Mohamad Azrol bin Saidi itu menjadi platform penting pertukaran kepakaran melibatkan operasi penerbangan, termasuk prosedur pengiringan Orang Yang Disyaki (OYDS) dan Orang Kena Tahan (OKT) dalam misi udara berisiko tinggi.
“Kerjasama strategik antara agensi seperti ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan operasi udara, malah memastikan setiap misi dilaksanakan dengan lebih selamat, cekap dan berintegriti demi kepentingan negara,” katanya.
Jelasnya, Inisiatif ini memperlihatkan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkasa kesiapsiagaan aset udara serta meningkatkan kecekapan operasi penguatkuasaan di perairan Malaysia melalui kolaborasi antara agensi.
Selain itu, ia juga dilihat sebagai usaha memperkukuh kerjasama erat bagi memacu keupayaan respons pantas, meningkatkan keselamatan ruang udara dan maritim negara, sekali gus memberi manfaat langsung kepada komuniti maritim serta kesejahteraan rakyat.
















.svg.png)

