02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA KE ATAS KETUA PESURUHJAYA SPRM

PUTRAJAYA, 9 DISEMBER - Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, pagi tadi.

Pertemuan ini menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi dalam usaha mempertingkat integriti, ketelusan dan tadbir urus penguatkuasaan negara.

Delegasi Maritim Malaysia yang hadir bersama beliau terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) merangkap pegawai yang melaksanakan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Turut serta dalam sesi perbincangan ialah Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Muda Maritim Nurul Hizam bin Zakaria dan Pengarah Bahagian Perisikan (MIND), Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman.

Kunjungan hormat ini turut membuka ruang perbincangan mengenai penyelarasan tindakan pencegahan rasuah, perkongsian maklumat serta pengukuhan mekanisme integriti dalam operasi Maritim Malaysia.

Pertemuan ini juga mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan setiap aspek penguatkuasaan maritim dilaksanakan dengan profesional, telus dan berlandaskan undang-undang.

Majlis pertemuan berakhir dengan harapan agar hubungan strategik antara Maritim Malaysia dan SPRM terus diperkukuh demi meningkatkan kecekapan penguatkuasaan serta menjaga kepentingan keselamatan perairan negara.

KH SPRM
 
KH SPRM3
 
KH SPRM4
 
KH SPRM5

PEGAWAI KANAN MARITIM MALAYSIA TERPILIH WAKILI MALAYSIA KE SUKAN SEA 2025

PUTRAJAYA, 8 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila seorang pegawai kanan, Kepten Maritim Syuzefril bin Mat Noor terpilih sebagai atlet mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2025 di Thailand.

Satu sesi ringkas simbolik penyerahan Jalur Gemilang dan jersey atlet telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini, sebagai tanda sokongan serta keyakinan agensi terhadap kemampuan pegawai dalam mengharumkan bukan sahaja nama Agensi bahkan Negara.

Buat julung kalinya, beliau akan menyertai pasukan menembak praktikal negara yang bakal beraksi di Eastern National Sport Training Center, Chonburi pada 13 hingga 15 Disember 2025.

Menurut Ketua Pengarah Maritim Malaysia, pemilihan ini mencerminkan keupayaan, komitmen serta disiplin tinggi pegawai Maritim Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk sukan bertaraf antarabangsa.

“Maritim Malaysia sentiasa menyokong penglibatan pegawai dalam arena sukan negara. Semoga beliau mencapai kejayaan cemerlang dan membawa pulang pingat untuk Malaysia,” katanya.

Maritim Malaysia turut mendoakan kejayaan pasukan negara serta mengharapkan pencapaian terbaik daripada Kepten Maritim Syuzefril sekali gus mengangkat nama Malaysia dan Agensi di pentas Sukan SEA 2025 yang bakal membuka tirai pada 9 hingga 20 Disember ini di Thailand.

DON SEA GAMES
 
DON SEA GAMES2
 
DON SEA GAMES3
 
DON SEA GAMES4

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4

MARITIM MALAYSIA HADIR MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM RANCAKKAN MADANI BERSAMA MALAYSIAKU & KONVOKESYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

PUTRAJAYA, 6 DISEMBER – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah bersama beberapa lagi Pegawai Kanan mewakili Maritim Malaysia hadir pada Majlis Pembukaan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam yang berlangsung di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri menegaskan bahawa reformasi perkhidmatan awam perlu dilaksana dengan semangat yang benar-benar tulen, khususnya bagi mengembalikan perkhidmatan awam kepada asas yang cekap, telus dan berfokus kepada hasil.

Program Rancakkan MADANI yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam menghimpunkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, pameran interaktif, karnival kerjaya, hiburan keluarga serta pelbagai tawaran menarik yang disediakan untuk pengunjung.

Maritim Malaysia turut mengambil bahagian melalui reruai Kementerian Dalam Negeri dengan mempamerkan replika aset dan pameran aset statik yang menjadi antara tarikan kepada orang ramai.

Program berskala nasional anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) ini menyasarkan kehadiran sehingga 300,000 pengunjung.

Program ini dibuka bermula jam 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu, manakala 9 pagi hingga 6 petang pada Ahad.

RANCAKKAN MADANI3
 
RANCAKKAN MADANI4

MARITIM MALAYSIA SEMARAKKAN BULAN INTEGRITI NASIONAL 2025

PUTRAJAYA, 3 DISEMBER - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengadakan sambutan Bulan Integriti Nasional 2025 yang dianjurkan Unit Integriti Maritim Malaysia yang diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, sebagai tanda komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi kerajaan memperkukuhkan integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan.

Program ini memberi tumpuan bagi memperkukuh kefahaman warga Maritim Malaysia tentang tanggungjawab besar dalam menjalankan tugas penguatkuasaan, kawalan keselamatan, dan operasi menyelamat di perairan negara.

Selain itu, ia menekankan kepentingan membudayakan integriti, menjauhi salah laku, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa supaya warga Maritim Malaysia terus dihormati dan menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

Sebanyak 39 peserta menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan sepanjang bulan November sempena Bulan Integriti. Acara penyampaian hadiah diberikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia diiringi Pengarah Unit Integriti, Puan Nur Kamariah binti Abd Rahim.

Dalam acara Treasure Hunt, pasukan Law Hunter dari Bahagian Undang-Undang muncul sebagai juara, diikuti De Door dari Bahagian Kejuruteraan di tempat kedua, manakala Tersesat Berjemaah dari Bahagian Pengurusan Aset menamatkan saingan di tempat ketiga.

Bagi Pertandingan Poster, johan dimenangi Laskar Kelas II Maritim Norhannan Aiman bin Othman dari Maritim Negeri Sarawak, diikuti Laskar Kanan Maritim Mohd Firdaus Ubaidullah dari Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah di tempat kedua, manakala Leftenan Muda Maritim Mohd Firdaus bin Ayob dari Maritim Negeri Sabah menduduki tempat ketiga.

Dalam Pertandingan Kuiz Integriti, Puan Wan Noor Akmar binti Mokhtar @ Mohd Mokhta dari Bahagian Sumber Manusia muncul juara. Tempat kedua menjadi milik Laskar Kanan Maritim S. Sathyachari a/l Soman dari Unit Komunikasi Korporat, manakala Bintara Muda Maritim Mohd Ridzuan bin Abdul Aziz dari Bahagian Pembangunan meraih tempat ketiga.

Majlis turut diserikan dengan Ceramah Integriti bertajuk ‘Gangguan Seksual dan Skandal di Tempat Kerja’ yang disampaikan oleh ACP Wong Pooi Lin.

Sebagai tanda penghargaan, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim menyerahkan cenderamata kepada penceramah sebagai tanda penghargaan.

Hadir sama Pengarah-Pengarah Bahagian serta warga Maritim Malaysia.

HARI INTEGRITI APMM3
 
HARI INTEGRITI APMM5
 
HARI INTEGRITI APMM2
 
HARI INTEGRITI APMM4

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC