NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL MARITIM NEGERI TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 13 Mei - Maritim Negeri Terengganu mengadakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil bermula 12 sehingga 14 Mei 2024, di Padang Sasar Menembak Merang, Kuala Nerus.
Program ini bertujuan bagi meningkatkan kemahiran pengendalian senjata api dalam kalangan pegawai dan anggota sama ada bertugas di kapal, bot dan pejabat.
Selain itu ia juga mampu menentukan tahap kompetensi pegawai dan anggota semasa menggunakan senjata.
Sebanyak 100 peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu terlibat dalam ujian menembak itu.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid pada Ahad (12 Mei 2024) sekaligus membuka tirai Program 3K (Kecergasan, Kesihatan, Kesegakan) bagi Maritim Negeri Terengganu.
Dalam pada itu, seramai 80 Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turut hadir dan diberikan peluang untuk mempelajari pengendalian asas senjata api kecil.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.