02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

ANGGOTA PTK SERTAI KURSUS ASAS SNIPER

LUMUT, 30 OGOS – Empat anggota Pasukan Tindak Khas (PTK) telah menyertai kursus asas Sniper Paskal Siri 11/2019 selama hampir dua bulan, bermula dari 24 Jun 19 hingga 30 Ogos lalu di Pusat latihan KD Panglima Hitam (Paskal) Lumut Perak.

Kursus yang disertai seramai 14 orang dari pelbagai pasukan elit seperti Paskal,Paskau serta PTK.

Kursus ini diadakan bagi melatih anggota Pasukan Tindak Khas tahap kecekapan anggota pasukan elit ini mengendalikan senjata.

Sepanjang kursus ini berlangsung, seorang anggota PTK di pilih sebagai penuntut terbaik sepanjang kursus ini berlangsung.

Kursus asas sniper yang tamat pada 30 Ogos lalu dirasmikan oleh Pegawai Pemerintah Paskal Nor Hakimi bin Isa.

blurred kursus ptk

blurred kursus ptk 2

 

Sumber: Unit Pasukan Tindak Khas 

 

UKM GALAKKAN MARITIM MALAYSIA LIBATKAN MAHASISWA DALAM LATIHAN INDUSTRI

LANGKAWI, 20 OGOS - Profesor Madya Dr Habibah binti Ahmad, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis bagi sesi penyeliaan pelajar pelatih, Nor Syafawani binti Nordin selasa lalu.

Lawatan yang diadakan bertujuan untuk melihat prestasi pelajar yang sedang melakukan latihan industri di Maritim Malaysia.

Selepas melihat pembentangan dan perkembangan prestasi pelatih berkenaan, beliau berpuas hati serta berharap agar lebih banyak ruang dan peluang diberikan Maritim Malaysia kepada mahasiswa universiti itu pada masa akan datang terutamanya bagi menimba pengalaman sebenar berkaitan pengoperasian Agensi.

Dengan pengumuman baharu Kerajaan mengenai elaun latihan industri yang telah dinaikkan daripada RM300 ke RM900 berkuatkuasa September ini, beliau berharap agar sumbangan pelajar latihan industri adalah lebih konkrit dan lebih memberi impak.

Turut hadir pada sesi tersebut, Penyelia Latihan Industri Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Chiang Yuh Yee, serta barisan pegawai dan anggota daripada Cawangan Sumber Manusia Maritim Negeri.

intern pic

69042292 2393761584049076 2391415615496650752 o

Sumber: Unit Sumber Manusia Maritim Kedah dan Perlis 

PROGRAM TADARUS URAN DAN GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK

KUALA LINGGI, 27 Mei Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan Program Tadarus Al-Quran dan Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk pada 23 Mei lalubertempat di Perkarangan Tapak Perhimpunan Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan.

 

Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri dalam satu kenyataan berkata, program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan memasuki tahun ke empat dilaksanakan sejak tahun 2016 dan disertai hampir 90 orang kakitangan disini bermula jam 8 pagi untuk sama-sama bergotong royong memasak bubur lambuk. Selain itu, Para Pegawai dan Anggota Maritim Malaysia turut meneruskan rutin mengadakan Tadarus Al-Quran bertempat di Surau Al-Khamsah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan.

Tambah beliau, bubur lambuk yang telah siap dimasak diagihkan kepada warga Maritim, penduduk kawasan berhampiran termasuk beberapa agensi dan jabatan lain. Selain it, sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian juga turut diberikan kepada golongan asnaf dan fakir miskin yang terpilih di sekitar kawasan Kuala Linggi.

Selain mengisi aktiviti rohani dan amal kebajikan dalam bulan Ramadhan, secara tidak langsung program ini mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan Warga Maritim Malaysia serta komuniti setempat.

IMG 7624 IMG 6946
WhatsApp Image 2019-05-30 at 11.27.48 2 WhatsApp Image 2019-05-30 at 11.27.48 1

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan

MAJLIS BERBUKA PUASA ZON MARITIM MIRI 2019

MIRI, 28 Mei - Satu Majlis Berbuka Puasa bagi tahun 2019 telah berjaya dilaksanakan di Zon Maritim Miri disini harini.

Majlis yang cukup sederhana ini telah berjalan lancar dengan dimulakan ucapan ringkas oleh Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten (M) Md Fauzi bin Othman. Setelah itu, satu tazkirah pendek yang bertajuk Kemuliaan Malam Al Qadr telah disampaikan oleh tetamu jemputan iaitu, Staf Sarjan Muhammad Fauzan bin Zainal daripada Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Ke-20, Miri.

Selesai sahaja tazkirah berkenaan, kaunter bayaran zakat dibuka kepada semua pegawai dan anggota yang ingin menunaikan ibadah wajib itu. Seterusnya  majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga dan tetamu jemputan.

 

IMG 3820  IMG 3821 
 IMG 3823 IMG 3824 
 IMG 3827 IMG 3828 

LEFTENAN MADYA (M) DILSA BIN AKMAD

Pegawai Perhubungan Awam

Zon Maritim Miri

LATIHAN MENEMBAK SENJATA KECIL PISTOL MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI2 MEI – Unit Keselamatan Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) mengadakan latihan menembak senjata kecil pistol bertempat di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM) baru- baru ini.

Program yang julung kali diadakan pada tahun 2019 ini melibatkan seramai 91 orang termasuk pegawai, pegawai lain-lain pangkatpegawai gunasama dari semua unit serta pelajar latihan industri. Pengarah Maritim Negeri Kedah dan PerlisLaksamana Pertama Maritim Haji Rozali Bin Mohd Said juga hadir meriahkan aktiviti ini.

Pengisian program latihan menembak selama satu hari itu terdiri daripada sesi taklimat dan latihan praktikal mengenai tatacara dan aspek keselamatan pengendalian senjata api dengan betul. Pertandingan menembak juga turut diadakan bagi anggota yang terpilih yang melibatkan acara rapid fire, precision dan falling plate bagi kategori perseorangan dan berkumpulan.

Senjata yang digunakan semasa latihan praktikal pada kali ini terdiri daripada senjata api jenis Glock 19, CZ 75 SP-01 dan CZ Scorpion Evo 3.

Acara ini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili MNKP ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

Latihan menembak pada kali ini berjaya disempurnakan dengan jayanya oleh semua warga MNKP yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung khususnya bagi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang dilantik.

IMG 0143 IMG 0154 IMG 0156
IMG 0190 IMG 0197 IMG 0272

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC