02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

SESI LIBAT URUS SEKTOR KESELAMATAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI BERSAMA MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 2 NOVEMBER – Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman, hari ini mengadakan sesi libat urus bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis bagi memperkukuh kerjasama strategik serta memperhalusi aspek keselamatan di perairan sempadan negara.

Kunjungan rasmi beliau bersama delegasi 20 pegawai kanan KDN telah disambut oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki, bersama barisan pegawai kanan Maritim Malaysia di Jeti Maritim Langkawi.

Ketibaan Dato’ Haji Abdul Halim disambut dengan Kawalan Kehormatan Setempat (KKS) sebelum beliau menandatangani Buku Pelawat dan mengabadikan sesi bergambar rasmi sebagai simbolik lawatan kerja tersebut.

Sesi libat urus ini memberi ruang perbincangan dua hala yang memfokuskan kepada isu keselamatan maritim di sempadan utara negara, termasuk penyelarasaan operasi penguatkuasaan, cabaran lapangan, serta pendekatan bersepadu antara agensi di bawah KDN bagi memastikan tahap keselamatan perairan negara sentiasa terkawal.

Delegasi KDN turut dibawa menyertai pelayaran sekitar perairan Langkawi menaiki kapal KM GAGAH, di mana mereka diberi taklimat operasi dan demonstrasi keupayaan aset Maritim Malaysia dalam melaksanakan rondaan, pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang maritim.

Lawatan diakhiri dengan Sunset Ceremony, upacara tradisi penuh istiadat Maritim Malaysia yang melambangkan disiplin, semangat juang dan kehormatan pasukan terhadap tugas serta tanggungjawab yang dipikul.

Sesi ini memperlihatkan komitmen berterusan antara KDN dan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta keselamatan maritim negara, khususnya di kawasan sempadan yang menjadi tumpuan strategik penguatkuasaan dan kawalan perairan.

 

KDN MNKP4
 
KDN MNKP3
 
KDN MNKP5
 
KDN MNKP

SIDANG LAKSAMANA KE - 6 : PEMANGKIN KEUTUHAN DAN HALA TUJU STRATEGIK MARITIM MALAYSIA

BANDAR HILIR, 1 NOVEMBER – Dalam menyatukan pemikiran strategik dan memperkukuh kerjasama antara tonggak kepimpinan Maritim Malaysia ke arah pembentukan hala tuju organisasi yang mantap, bersepadu dan berpandangan jauh, maka Sidang Laksamana Kali Keenam Bil. 2/2025 telah bersidang pada 29 hingga 31 Oktober 2025 di Courtyard by Marriot, Melaka.

Sidang yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah itu menghimpunkan semua pegawai terkanan sebagai landasan sinergi menyeluruh kepimpinan Maritim Malaysia.

Sidang tersebut merupakan platform mesyuarat tertinggi organisasi bagi menilai pelaksanaan dasar, strategi operasi, serta keupayaan sumber manusia dan logistik dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim semasa.

Dalam ucaptamanya, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli menekankan beberapa kejayaan adalah hasil kerjasama dan penyampaian kesemua warga dalam memacu kearah peranan dan fungsi agensi yang lebih tepat, jelas dan signifikan.

Tindakan kepada integriti yang tinggi, kesetiaan dan tanggungjawab mempertahankan agensi adalah nadi dalam kebersamaan mendukung visi menjadikan agensi ini dilandasan yang terbaik.

Penganjuran Sidang Laksamana Kali Keenam Bil. 2/2025 juga menjadi medan perkongsian pandangan strategik antara barisan kepimpinan dalam menilai pencapaian semasa dan menyusun pelan hala tuju baharu menjelang tahun 2026, seiring dengan komitmen Maritim Malaysia terhadap dasar keselamatan negara dan kepentingan ekonomi maritim negara.

SIDANG LAKSAMANA2
 
SIDANG LAKSAMANA3
 
SIDANG LAKSAMANA4
 
SIDANG LAKSAMANA5

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PIALA KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA 2025 MEMBUKA TIRAINYA

KAJANG, 31 OKTOBER — Kejohanan dwitahunan yang paling dinanti-nantikan warga Maritim Malaysia kembali membuka tirai apabila Pertandingan Bola Sepak Piala Ketua Pengarah Maritim Malaysia 2025 memulakan saingannya hari ini di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang termasuk Padang ILSAS, Kajang dan Padang UKM, Bangi.

Sebanyak 20 pasukan mewakili zon dan negeri seluruh negara tampil dengan semangat tinggi, membawa panji pasukan masing-masing untuk merebut kejuaraan paling berprestij dalam kalendar sukan agensi. Kejohanan ini bukan sahaja menguji ketangkasan fizikal dan kemahiran taktikal, tetapi turut mencerminkan nilai disiplin, komitmen serta semangat kesukanan yang menjadi teras warga Maritim Malaysia.

Hari ini berlangsung perlawanan peringkat kumpulan, dengan lima kumpulan dibentuk bagi menentukan pasukan terbaik yang layak mara ke pusingan seterusnya. Aksi di setiap venue menyaksikan persaingan sengit dan tersusun, memperlihatkan kesungguhan serta profesionalisme pemain-pemain dalam mengharumkan nama pasukan masing-masing.

Esok, kejohanan akan diteruskan dengan peringkat kedua yang melibatkan kategori “Cup” dan “Plate”, yang bakal mempertemukan pasukan terbaik dari setiap kumpulan untuk menentukan laluan ke pentas akhir.

Kemuncak saingan akan berlangsung malam esok di Stadium Mini BSN, di mana dua pasukan terhebat akan beradu kehebatan bagi merebut Piala Ketua Pengarah Maritim Malaysia 2025, satu lambang keunggulan, semangat juang dan kebanggaan warga laut biru.

Maritim Malaysia mengucapkan selamat bertanding kepada semua pasukan. Teruskan semangat kesukanan, bermain dengan disiplin dan berikan yang terbaik demi maruah pasukan masing-masing.

 

PIALA KP APMM
 
PIALA KP APMM2
 
PIALA KP APMM4
 
PIALA KP APMM5

MARITIME FORENSIC REFRESHER COURSE (MFRC): MEMPERKASA KEUPAYAAN FORENSIK MARITIM DALAM PENYIASATAN JENAYAH MARITIM

KUANTAN, 1 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM) telah menganjurkan Maritime Forensic Refresher Course (MFRC) Siri 1 Bil. 1/2025 pada 27 hingga 31 Oktober 2025 bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebeng, Pahang.

Kursus sulung itu menghimpunkan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai LLP dari kalangan penyiasat tempat kejadian (CSI) seluruh Malaysia. Penganjuran kursus bertujuan melahirkan pegawai yang berkredibiliti, berintegriti, profesional dan berdisiplin tinggi, selaras dengan aspirasi BSJM dalam memastikan keberkesanan siasatan jenayah maritim.

Antara objektif utama kursus ialah untuk memberi pendedahan semula terhadap konsep asas dan aplikasi forensik maritim, di samping memperkukuh kemahiran teknikal dalam pengendalian, pengumpulan dan analisis bahan bukti. Turut ditekankan ialah kepentingan kesiapsiagaan dan kompetensi peserta agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi dan cabaran keselamatan maritim masa kini.

BSJM akan terus memperkukuh keupayaan dan kecekapan dalam bidang forensik maritim secara holistik, sekali gus mempertingkatkan kredibiliti Malaysia sebagai negara maritim yang berdaya tahan, berwibawa dan disegani dalam aspek penyiasatan jenayah maritim.

 

FORENSIK MARITIM2
 
FORENSIK MARITIM3
 
FORENSIK MARITIM4
 
FORENSIK MARITIM5

KURSUS SEARCH AND RESCUE FUNDAMENTAL PERKUKUH KESIAPSIAGAAN ANGGOTA MARITIM MALAYSIA

KUANTAN, 31 OKTOBER — Bagi memperkukuh kecekapan dan kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) telah menganjurkan Kursus Search & Rescue (SAR) Fundamental bermula 27 hingga 31 Oktober 2025, bertempat di AMSAS, Kuantan.

Kursus selama lima hari ini melibatkan penyertaan 20 peserta dari seluruh negara, terdiri daripada pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan operasi SAR.

Program latihan ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai konsep asas, prosedur dan tatacara operasi SAR mengikut piawaian antarabangsa, di samping memperkukuh kemahiran koordinasi, pengurusan insiden, penggunaan peralatan serta aspek keselamatan semasa operasi sebenar.

Sepanjang kursus, peserta mengikuti sesi teori dan latihan praktikal intensif, termasuk simulasi insiden kecemasan di laut yang menguji kecekapan, kerjasama serta kebolehan membuat keputusan dalam situasi sebenar.

Menariknya, peserta yang memenuhi kriteria dan menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kursus ini akan dipertimbangkan untuk menyertai Kursus Lanjutan Search & Rescue Planner, sebagai pengiktirafan terhadap keupayaan dan potensi mereka untuk memainkan peranan lebih besar dalam perancangan operasi SAR pada masa hadapan.

Penganjuran kursus ini merupakan antara usaha berterusan Maritim Malaysia dalam melahirkan anggota yang kompeten, berdisiplin dan profesional, seiring dengan peranan agensi sebagai penyelaras utama operasi mencari dan menyelamat maritim di perairan negara.

Maritim Malaysia komited untuk terus memperkukuh pembangunan kompetensi dan kesiapsiagaan anggota melalui latihan berterusan, bagi memastikan keselamatan nyawa serta kesejahteraan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

KURSUS SAR
 
KURSUS SAR3
 
KURSUS SAR4
 
KURSUS SAR5

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC