02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA SEMARAKKAN BULAN INTEGRITI NASIONAL 2025

PUTRAJAYA, 3 DISEMBER - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengadakan sambutan Bulan Integriti Nasional 2025 yang dianjurkan Unit Integriti Maritim Malaysia yang diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, sebagai tanda komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi kerajaan memperkukuhkan integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan.

Program ini memberi tumpuan bagi memperkukuh kefahaman warga Maritim Malaysia tentang tanggungjawab besar dalam menjalankan tugas penguatkuasaan, kawalan keselamatan, dan operasi menyelamat di perairan negara.

Selain itu, ia menekankan kepentingan membudayakan integriti, menjauhi salah laku, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa supaya warga Maritim Malaysia terus dihormati dan menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

Sebanyak 39 peserta menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan sepanjang bulan November sempena Bulan Integriti. Acara penyampaian hadiah diberikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia diiringi Pengarah Unit Integriti, Puan Nur Kamariah binti Abd Rahim.

Dalam acara Treasure Hunt, pasukan Law Hunter dari Bahagian Undang-Undang muncul sebagai juara, diikuti De Door dari Bahagian Kejuruteraan di tempat kedua, manakala Tersesat Berjemaah dari Bahagian Pengurusan Aset menamatkan saingan di tempat ketiga.

Bagi Pertandingan Poster, johan dimenangi Laskar Kelas II Maritim Norhannan Aiman bin Othman dari Maritim Negeri Sarawak, diikuti Laskar Kanan Maritim Mohd Firdaus Ubaidullah dari Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah di tempat kedua, manakala Leftenan Muda Maritim Mohd Firdaus bin Ayob dari Maritim Negeri Sabah menduduki tempat ketiga.

Dalam Pertandingan Kuiz Integriti, Puan Wan Noor Akmar binti Mokhtar @ Mohd Mokhta dari Bahagian Sumber Manusia muncul juara. Tempat kedua menjadi milik Laskar Kanan Maritim S. Sathyachari a/l Soman dari Unit Komunikasi Korporat, manakala Bintara Muda Maritim Mohd Ridzuan bin Abdul Aziz dari Bahagian Pembangunan meraih tempat ketiga.

Majlis turut diserikan dengan Ceramah Integriti bertajuk ‘Gangguan Seksual dan Skandal di Tempat Kerja’ yang disampaikan oleh ACP Wong Pooi Lin.

Sebagai tanda penghargaan, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim menyerahkan cenderamata kepada penceramah sebagai tanda penghargaan.

Hadir sama Pengarah-Pengarah Bahagian serta warga Maritim Malaysia.

HARI INTEGRITI APMM3
 
HARI INTEGRITI APMM5
 
HARI INTEGRITI APMM2
 
HARI INTEGRITI APMM4

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC