PUTRAJAYA, 24 SEPTEMBER – Majlis Penutupan International Maritime Search and Rescue Course (IMSARC) telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Mercure Living Putrajaya malam tadi, disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.
Kursus yang bermula pada 15 hingga 24 September 2025 ini menghimpunkan seramai 17 peserta daripada 12 negara iaitu Timor-Leste, Eswatini, Bangladesh, Jordan, Filipina, Laos, Nigeria, Kenya, Madagascar, Tajikistan, Maldives dan Guinea.
IMSARC merangkumi dua fasa latihan, iaitu fasa pertama (15–19 September) berbentuk teori dan praktikal, manakala fasa kedua melibatkan lawatan strategik di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur. Kursus ini menjadi platform penting dalam meningkatkan keupayaan dan kerjasama antarabangsa dalam bidang mencari dan menyelamat maritim.
Pada majlis tersebut, Ketua Pengarah Maritim Malaysia turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta kursus. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun; Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Kerjasama Antarabangsa dan Pembangunan Kementerian Luar Negeri, Encik Khairul Nizam Hashim serta barisan pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Maritim Malaysia terus komited memperkukuh rangkaian kerjasama antarabangsa dalam memastikan keselamatan maritim sejagat sentiasa terjamin.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





































.svg.png)

