03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA RAI 17 PESARA DALAM MAJLIS JASAMU DIKENANG 2025

PUTRAJAYA, 24 NOVEMBER – Seramai 17 pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang 2025 yang berlangsung di The Everly Hotel, Putrajaya, hari ini.

Majlis berkenaan menghimpunkan para pesara daripada pelbagai skim perkhidmatan termasuk bersara wajib, bersara atas faktor kesihatan serta bersara pilihan.

Mereka merupakan warga yang pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, Pejabat SWASLA Lumut, Pejabat Maritim Negeri dan Zon Maritim di Semenanjung Malaysia serta Sabah.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, hadir bagi menyerikan acara dan menyampaikan ucapan perasmian sebagai tanda penghargaan atas jasa bakti yang ditaburkan sepanjang tempoh perkhidmatan para pesara.

Bagi mewakili kumpulan pesara, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus (Bersara) turut menyampaikan ucapan yang menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Maritim Malaysia atas sokongan serta penghormatan yang diberikan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Nor Hisham bin Ibrahim; serta pengarah-pengarah bahagian Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

 

JASAMU DIKENANG25
 
JASAMU DIKENANG252
 
JASAMU DIKENANG255
 
JASAMU DIKENANG254

 

KERJASAMA STRATEGIK MARITIM MALAYSIA - ABF DIPERKUKUH MELALUI OP REDBACK 21/2025

GEORGETOWN, 24 NOVEMBER – Maritim Malaysia melancarkan Soft Launch OP REDBACK 21/2025 bersama Australian Border Force (ABF), menandakan kesinambungan kerjasama strategik dua hala dalam memperkukuh keselamatan maritim serantau. Pelancaran disempurnakan oleh Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli dan Superintendent Brooke Leung di Hotel Cititel Penang.

Sejak dimeterai pada 2014, OP REDBACK terus menjadi teras pertahanan maritim rentas sempadan antara Malaysia dan Australia, khususnya dalam membanteras penyeludupan manusia, jenayah terancang, IUU Fishing dan penyeludupan barangan terlarang.

Tahun ini, Pulau Pinang menjadi tuan rumah pelaksanaan yang merangkumi rondaan laut, perkongsian risikan dan latihan teknikal bersama pakar dari ABF, Australian Federal Police (AFP) dan TRAFFIC Southeast Asia. Bengkel meliputi aspek Open Source Intelligence, Investigative Interviewing, Document Examination dan Strategic Communications, selaras usaha meningkatkan keupayaan anggota secara holistik.

Selari prinsip MADANI: Keselamatan, Kesejahteraan dan Kedaulatan, program libat urus komuniti turut dilaksanakan bersama nelayan tempatan bagi meningkatkan kesedaran maritim, memperkukuh kerjasama rakyat–agensi, serta memastikan perairan negara dilindungi secara inklusif.

Kepten Maritim Muhammad Suffi menegaskan OP REDBACK merupakan manifestasi kesiapsiagaan MADANI yang bukan sekadar latihan, tetapi “perkongsian strategik demi keselamatan perairan berdaulat.” Brooke Leung pula mengiktiraf komitmen Malaysia sebagai rakan utama keselamatan maritim Asia Pasifik.

Maritim Malaysia komited meneruskan kerjasama ini bagi memastikan perairan negara kekal selamat, berdaulat dan mapan.

SOFT LAUNCH2
 
SOFT LAUNCH3
 
SOFT LAUNCH4
 
SOFT LAUNCH5

MARITIM PERAK TERIMA PENGHARGAAN USAHA KONSERVASI PULAU SEMBILAN

LUMUT, 21 NOVEMBER – Usaha konservasi laut oleh pasukan selam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak di Pulau Sembilan menerima pengiktirafan pada Majlis Penghargaan Penyelam anjuran Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di Istana Firuz, Ipoh, semalam.

Majlis berkenaan bagi menghargai sumbangan agensi dan individu yang terlibat dalam pemuliharaan ekosistem marin di perairan Pulau Sembilan.

Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, berkenan menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima yang terlibat dalam program konservasi berkenaan.

Maritim Negeri Perak diwakili Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, bersama anggota unit selam Maritim Malaysia, selain penyertaan rakan strategik daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Nature & Oceanography Advocate Society (NOAS), sebuah NGO penyelam aktif di negeri ini.

Program konservasi Pulau Sembilan sebelum ini memberi impak jelas melalui aktiviti seperti pemantauan habitat marin, pembersihan dasar laut dan perlindungan kawasan biodiversiti sensitif.

Kerjasama rapat antara agensi penguatkuasaan, tentera laut dan komuniti penyelam membuktikan usaha bersama mampu memperkukuh pemeliharaan sumber marin negeri.

Sementara itu, Mohamad Shukri menegaskan, Maritim Negeri Perak akan memberikan komitmen berterusan dalam menyokong inisiatif konservasi serta meningkatkan keselamatan perairan melalui kerjasama pelbagai pihak dan penggunaan teknologi serta pendekatan berasaskan sains.

MNPERAK SELAM
 
MNPERAK SELAM2
 
MNPERAK SELAM4

MISI BANTUAN SUSUR PULAU 2025 RINGKAS TAPI PADAT

LANGKAWI, 23 NOVEMBER – Misi Bantuan Kemanusiaan Susur Pulau 2025 anjuran Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya dilaksanakan selama tiga hari di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, misi ini memberi fokus kepada penyerahan bantuan keperluan asas, taklimat keselamatan maritim serta pengukuhan hubungan agensi bersama komuniti pulau.

“Pada misi bantuan kali ini, aset Maritim Malaysia, KM SEMILANG dan bot BENTENG 07 telah digunakan bagi membawa barangan sumbangan dan para petugas misi ini,” jelas beliau.

Program bermula pada 20 November dengan pemunggahan barang bantuan dari Kapal Maritim (KM) SEMILANG sebelum diagihkan ke beberapa lokasi termasuk Masjid Lubuk Cempedak, Tuba Street dan Kampung Selat Bagan Nyior. Seramai 286 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan sepanjang misi.

Program diteruskan pada hari kedua, di mana taklimat keselamatan laut telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Maritim Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi, Leftenan Komander Maritim Mohd Naiem Razak bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap keselamatan perairan dan prosedur kecemasan.

“Misi ini turut melibatkan ziarah rumah ke rumah, sesi libat urus bersama penduduk serta edaran risalah keselamatan maritim yang memaklumkan talian kecemasan 999 dan MRSC Langkawi,” tambah beliau.

Romli dalam pada itu menegaskan, Maritim Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi memastikan kebajikan dan keselamatan komuniti pulau sentiasa terjamin.

SUSUR PULAU2
 
SUSUR PULAU5
 
SUSUR PULAU3
 
SUSUR PULAU4

LATIHAN SAREX LEVEL 2 2025 LIBATKAN PELBAGAI AGENSI

BATU PAHAT, 20 NOVEMBER – Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru selaku pusat penyelarasan CARILAMAT bagi Wilayah Selatan telah menganjurkan Latihan Search and Rescue Exercise (SAREX) Level 2 yang berlangsung selama dua hari pada 19 dan 20 November 2025.

Latihan ini dilaksanakan di bawah penyelarasan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat, meliputi kawasan operasi perairan Batu Pahat dan Muar.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor yang juga selaku SAR Coordinator MRSC Johor Bahru, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama strategik antara semua agensi keselamatan dan pengurusan bencana dalam memastikan keberkesanan tindak balas semasa kecemasan di laut.

SAREX kali ini melibatkan 100 peserta daripada pelbagai agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta wakil dari syarikat SAPURA.

Penglibatan pelbagai agensi ini membolehkan koordinasi CARILAMAT diuji secara menyeluruh merangkumi perkongsian maklumat dan peranan setiap agensi semasa kemalangan dan bencana maritim.

Latihan turut merangkumi simulasi kapal terbakar, pencarian mangsa, operasi menyelamat menggunakan aset laut, serta pemindahan mangsa ke fasiliti perubatan, dengan semua fasa dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana, Kepten Maritim Mohd Ariz bin Kassim yang merakamkan penghargaan kepada semua agensi atas komitmen dan kerjasama penuh sepanjang penganjuran latihan ini.

Zon Maritim Batu Pahat kekal komited memperkukuh keselamatan maritim dan menyeru komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan keselamatan serta segera melaporkan sebarang insiden kecemasan melalui talian 999.

SAREX BP2
 
SAREX BP3
 
SAREX BP4

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC