02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

NFCC TINJAU KAWASAN OPERASI ZON MARITIM SANDAKAN

SANDAKAN, 15 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan telah menerima kunjungan hormat dan lawatan tinjauan operasi daripada delegasi National Financial Crime Centre (NFCC) yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil di sini semalam.

Turut hadir pada sesi kunjungan tersebut ialah Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) YBhg. Dato' Muhammad Kifli bin Ma Hassan serta Pengarah Bahagian AML Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Norhaizam bin Muhammad.

Kunjungan ini turut disertai oleh seramai 70 orang wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, menjadikan lawatan tersebut antara delegasi terbesar bagi tujuan pemantauan bersama operasi di Zon Maritim Sandakan.

Ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, bersama Timbalan Pengarah Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari.

Menurut Suhairy, kunjungan ini adalah bertujuan untuk meninjau kawasan operasi maritim di sekitar perairan Sandakan selain memperkukuh hubungan strategik di antara agensi-agensi penguat kuasa dalam memerangi jenayah kewangan, penyeludupan serta aktiviti jenayah rentas sempadan.

Dalam lawatan itu, delegasi dibawa belayar menyusuri kawasan operasi di perairan Sandakan menggunakan aset-aset laut Maritim Malaysia, iaitu KM KOTA BELUD, KM PERINGGI dan KM TEBRAU serta lima bot ronda.

“Lawatan ini memberikan peluang kepada delegasi untuk melihat sendiri keupayaan aset, tahap kesiapsiagaan operasi serta peranan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Maritim Malaysia sentiasa komited untuk terus menjalinkan kerjasama erat bersama NFCC dalam memperkukuh integriti, telus dan amanah dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan maritim di kawasan timur Sabah.

NFCC SKN3
 
NFCC SKN
 
NFCC SKN6
 
NFCC SKN4

KURSUS TCTP - IMIC 2025 PERKUKUH KERJASAMA MARITIM ANTARABANGSA

KUANTAN, 14 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) telah menganjurkan Kursus Third Country Training Programme (TCTP) – International Maritime Interdiction Course (IMIC) 2025 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang bermula dari 3 hingga 14 November 2025.

Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, berkata penganjuran kursus ini adalah bertujuan bagi memperkukuhkan lagi kerjasama serta memperluaskan persefahaman di antara Malaysia, Jepun dan negara-negara peserta, selain memperkayakan pengetahuan dalam aspek operasi penggeledahan dan amalan terbaik penguatkuasaan maritim.

Menurut beliau, kursus ini turut memastikan para pegawai penguat kuasa dilatih dengan pengetahuan undang-undang yang tepat bagi melaksanakan tindakan penahanan secara lebih efisien, selamat, berkesan dan beretika selaras dengan keperluan operasi yang sebenar ketika di lapangan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta turut mengikuti lawatan sambil belajar ke beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk Istana Negara dan Pasar Seni, bagi memberi pendedahan mengenai sejarah tanah air, simbol kedaulatan negara serta warisan seni dan budaya tempatan.

Majlis Perasmian Penutup kursus telah disempurnakan hari ini dengan kehadiran JICA Project Formulation Advisor, Mr. Maeda Hiroshi, Principal Assistant Secretary, ICADD MOFA Malaysia, Encik Khairul Nizam Hashim, serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Dasar Latihan dan Pengurusan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia Maritim Malaysia, Encik Amirul Asyraf bin Ismail.

Untuk rekod, Kursus TCTP – IMIC 2025 ini telah disertai seramai 17 pegawai dari agensi penguat kuasa antarabangsa dari Djibouti, Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Timor-Leste, Thailand dan Vietnam.

Manakala, sesi ceramah pengisian kursus telah disampaikan oleh barisan pegawai Maritim Malaysia bersama tenaga pengajar dari Japan Coast Guard (JCG).

Maritim Malaysia akan terus komited memainkan peranan dalam memperkukuh kapasiti negara-negara serantau melalui program latihan bertaraf antarabangsa demi menjaga keselamatan dan kestabilan perairan di rantau ini.

TCTP AMSAS
 
TCTP AMSAS2
 
TCTP AMSAS3
 
TCTP AMSAS4

THE 16TH MARITIME LAW ENFORECEMENT DIALOGUE (MLED 16) KUKUHKAN KERJASAMA SERANTAU TANGANI JENAYAH MARITIM

KUCHING, 13 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani jenayah maritim melalui penganjuran 16th Maritime Law Enforcement Dialogue (MLED16) yang dianjurkan oleh Global Maritime Crime Programme (GMCP) di bawah United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).

Program ini berlangsung selama tiga hari bertempat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Sarawak serta Raia Hotel & Convention Centre Kuching (Tanjung Po).

MLED16 menghimpunkan pelbagai agensi penguat kuasa maritim antarabangsa bagi membincangkan isu keselamatan serantau, khususnya dalam menangani ancaman seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, migrasi tidak teratur serta aktiviti penangkapan ikan secara haram yang kian kompleks di perairan rantau ini.

Dalam ucapan pembukaan, wakil UNODC menegaskan bahawa keselamatan maritim memerlukan komitmen berterusan antara negara serantau melalui strategi bersepadu, perkongsian maklumat dan peningkatan kapasiti operasi bagi memastikan kestabilan perairan antarabangsa sentiasa terpelihara.

Program ini turut menampilkan lima sesi utama iaitu MLED16 Simulated Scenario, 3rd High-Level Dialogue, 5th Emerging Leaders Dialogue, 7th Prosecutor Network on Maritime Enforcement (PNME) Meeting dan 7th MLED Multilingual Communication Modality Meeting.

Melalui sesi-sesi ini, agensi peserta diberi ruang untuk menilai keberkesanan komunikasi operasi, memperkukuh kepimpinan maritim, memperhalusi aspek perundangan serta meningkatkan kecekapan komunikasi pelbagai bahasa dalam operasi penguatkuasaan.

Secara keseluruhannya, penganjuran MLED16 membuktikan kesepakatan negara serantau dalam memperkukuh keselamatan maritim dan menangani jenayah rentas sempadan secara kolektif.

Inisiatif ini selari dengan komitmen Maritim Malaysia untuk terus memainkan peranan sebagai benteng keselamatan perairan negara melalui kerjasama antarabangsa yang kukuh, berterusan dan strategik demi memastikan kedaulatan serta kesejahteraan perairan Malaysia sentiasa terpelihara.

MLED2
 
MLED3
 
MLED5
 
MLED6

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI SINGAPORE ARMED FORCES DEFENCE ADVISOR KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 13 NOVEMBER – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Haji Mohd Rosli bin Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Singapore Armed Forces Defence Advisor yang diketuai oleh Colonel Dean Tan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Kunjungan tersebut diadakan bersempena dengan pengakhiran tempoh penugasan Colonel Dean Tan sebagai Singapore Armed Forces Defence Adviser yang dijangka akan menamatkan perkhidmatannya pada pertengahan Disember 2025.

Colonel Dean Tan turut menzahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada pihak Maritim Malaysia atas jalinan kerjasama dan hubungan baik yang telah terjalin sepanjang tempoh beliau berkhidmat di Malaysia.

Diharapkan pertemuan itu akan menjadi kesinambungan dalam hubungan strategik keselamatan perairan di rantau ini di antara kedua-dua negara, selain menjadi platform perkongsian maklumat dan pengalaman serta kelansungan silahturahim antara kedua-dua pemimpin.

Menghakhiri kunjungan itu turut diadakan sesi pertukaran cenderamata dan kedua-dua pemimpin merakamkan gambar kenang-kenangan sebagai simbol persahabatan yang telah terjalin.

 

SING ARMY
 
SING ARMY2
 
SING ARMY3
 
SING ARMY5

MARITIM MALAYSIA SERTAI SIMPOSIUM KECERDASAN BUATAN TRANSFORMASI KESELAMATAN 2025

PUTRAJAYA, 12 NOVEMBER – Seramai 100 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyertai Simposium Kecerdasan Buatan (AI) Transformasi Keselamatan 2025 bertemakan 'AI: Memacu Transformasi Keamanan dan Keselamatan' anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail yang turut mengumumkan empat resolusi utama berkaitan kecerdasan buatan (AI) sebagai asas kepada perancangan dan pelaksanaan agenda keselamatan masa depan.

Resolusi tersebut menekankan pembangunan modal insan, penguasaan pengetahuan asas AI serta kemahiran dalam AI generatif bagi memperkukuh kesiapsiagaan KDN terhadap perubahan landskap teknologi global.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, bersama kepimpinan tertinggi KDN dan agensi penguatkuasaan lain.

Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya turut menegaskan bahawa penerapan AI bukan sekadar pelengkap kepada operasi, sebaliknya menjadi pemangkin kecekapan, pengurusan risiko, serta analisis keselamatan masa nyata bagi memperkukuh ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam simposium ini menggambarkan komitmen berterusan agensi terhadap adaptasi teknologi baharu dalam mempertingkatkan kecekapan operasi serta menyokong aspirasi AI for KDN, KDN for AI dan agenda Reformasi MADANI ke arah perairan negara yang lebih selamat, cekap dan berdaya tahan.

AI KDN3
 
AI KDN2
 
AI KDN5
 
AI KDN4

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC