02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PENGURUSAN JENAZAH LEFTENAN MARITIM ROSLAN SELESAI DISEMPURNAKAN - MARITIM MALAYSIA MERAKAMKAN PENGHORMATAN TERAKHIR

KUCHING, 1 DISEMBER – Pengurusan jenazah Allahyarham Leftenan Maritim Roslan bin Lembak, anggota yang berkhidmat di Seksyen Siasatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, telah selamat disempurnakan selepas beliau menghembuskan nafas terakhir pada 29 November (Sabtu) lalu, akibat kegagalan fungsi jantung di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat Agensi serta rakan setugas yang mengenali beliau sebagai seorang anggota yang berdisiplin, berintegriti dan komited dalam menjalankan amanah sepanjang perkhidmatannya.

Ketibaan jenazah disambut dalam suasana pilu oleh ahli keluarga dan waris terdekat, selain kehadiran anggota serta pegawai dari unit berkaitan yang turut mengiringi jenazah sebagai tanda penghormatan atas jasa bakti Allahyarham sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Upacara penghormatan akhir telah dilakukan mengikut tatacara yang ditetapkan sebelum jenazah diterbangkan pulang ke kampung kelahiran beliau di Sarawak. Kehadiran rakan-rakan setugas serta komuniti setempat jelas memperlihatkan rasa hormat dan penghargaan terhadap pengorbanan Allahyarham dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkalan Kuap, Kota Samarahan, Sarawak dengan penuh tertib dan penuh penghormatan.

Pihak kepimpinan serta seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

JENAZAH ROSLAN
 
JENAZAH ROSLAN2
 
JENAZAH ROSLAN4
 
JENAZAH ROSLAN5

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC