22
Kha, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI ‘PUKAU’ PENGUNJUNG KMP 2024

KUALA TERENGGANU, 29 Februari – Persembahan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui teknik fast-roping diikuti letupan pyrotechnic serta pertunjukan aset laut dan udara milik Agensi ini telah memukau pengunjung yang hadir ke Karnival Maritim Perkasa 2024 di Jambatan Angkat (Drawbridge) di sini hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, persembahan yang dipertontonkan kepada umum ini merupakan sebahagian tugasan yang digalas oleh pihak Maritim Malaysia dalam memastikan perairan negara selamat dan sejahtera.

Tambah beliau, peranan yang dilaksanakan oleh Maritim Malaysia merupakan salah satu daripada 10 fungsi yang terkandung dalam Kementerian ini iaitu memelihara keselamatan dan ketenteraman awam agar negara selamat daripada segala ancaman bahaya.

Jelas beliau, Karnival Maritim Perkasa 2024 antara platform penting untuk memberikan pemahaman kepada masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Karnival Maritim Perkasa 2024 di sini hari ini.

Turut hadir sama Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja Dato’ Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, YB Datuk Razali Idris, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman serta Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin.

Pada majlis yang sama, turut berlangsung penyerahan mock cheque tajaan daripada empat rakan strategik Maritim Malaysia terdiri daripada Weststar Aviation Services Sdn Bhd, Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd, AMP Corporation (M) Sdn Bhd dan KDN kepada Koperasi Maritim Berhad dalam menjayakan karnival ini.

Bertemakan “Melestarikan Warisan Maritim Negara” karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 Februari sehingga 2 Mac 2024 ini turut dimeriahkan dengan forum agama, aktiviti kesenian & kebudayaan, tayangan teater, meet & greet bersama selebriti terkenal tempatan dan konsert nasyid oleh Rabbani, NowSeeHeart dan Fareez (Mentor).

Selain itu, program Jualan RAHMAH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut diadakan dengan potongan harga barangan sehingga 30% bagi lebih 150 barangan keperluan asas harian seperti ayam, beras, telur ayam, ikan siakap, minyak masak botol, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

Karnival ini turut dimeriahkan dengan 35 reruai pameran dan kaunter perkhidmatan kerajaan seperti kaunter permohonan passport Jabatan Imigresen Malaysia (APMM), kaunter derma darah dan ujian saringan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), demonstrasi sebatan Jabatan Penjara Malaysia, pameran Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd selain hampir 100 gerai jualan produk usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan turut dibuka sepanjang karnival ini berlangsung.

 

KMP RASMI   KMP RASMI 4   KMP RASMI 3   KMP RASMI 5

SEMINAR PENGURUSAN BENCANA MARITIM MENGHIMPUNKAN 26 AGENSI, SAHABAT STRATEGIK, PAKAR DAN AKADEMIA CARILAMAT NEGARA

PUTRAJAYA, 27 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan Seminar Pengurusan Bencana Maritim dengan tema ‘Menuju Kolaborasi Mapan dan Sejahtera’ yang telah disempurnakan oleh Pengarah BCLBB, Laksamana Pertama Maritim Hamizan Bin Harun pagi tadi.

Lebih 400 peserta secara fizikal dan dalam talian telah mengikuti seminar ini yang menghimpunkan 26 agensi terdiri daripada jabatan kerajaan, sahabat strategik Maritim Malaysia, pakar, badan bukan kerajaan dan akademia yang berkaitan bidang CARILAMAT di negara ini.

Penganjuran seminar ini adalah bertujuan untuk berkongsi peranan, tanggungjawab dan cabaran yang dihadapi oleh agensi-agensi penyelamat semasa bencana maritim, selari dengan fokus Pelan Strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023 – 2033 iaitu; memperkasakan kolaborasi CARILAMAT kebangsaan.

Seminar ini dimulakan dengan sesi pertama iaitu pembentangan tajuk-tajuk menarik mengikut kepakaran panel jemputan, iaitu dimulakan dengan ‘Peranan Semasa Bencana’ yang dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pelaksanaan Operasi dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Encik Arjunaidi bin Ismail.

Seterusnya Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Air Dan Marin, Seksyen Kontingensi Tumpahan Minyak Dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), Norina Frederick Sambang mengambil tempat dengan pembentangan beliau yang bertajuk ‘Cabaran Mengendalikan Operasi Pembersihan Tumpahan Minyak’.

Kemudian Pengarah Bahagian Perisikan Dan Pengurusan Krisis Negara, Encik Tajul Ariffin bin Muhamad dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), membentangkan tajuk ‘Peranan Semasa Krisis’ diikuti Supt (D13) Dasar Databank DNA, Superintenden Khairil Sopian bin Ismail, dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tajuk ‘Disaster Victim Identification (DVI)’.

Tajuk pembentangan seterusnya ialah ‘Peranan Semasa Bencana Maritim’ disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Operasi (Perkhidmatan) Udara, Encik Mani Vannan a/l Ketena Samy dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan diikuti Penolong Pengarah Kanan, Unit Carilamat Dan Bantuan Bencana, Leftenan Komander Maritim Hizam Bin Zulkifli, dari Maritim Negeri Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan tajuk ‘Cabaran Sebagai Agensi Peneraju SAR Maritim’.

Panel terakhir pembentangan ialah Timbalan Dekan Akademik Dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pengajian Maritim Dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Technologist Dr. Kasypi Mokhtar dengan tajuk ‘Peranan Akademia Dalam Isu Bencana Maritim’.

Sesi kedua seminar telah berlangsung dengan Dialog, menampilkan Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Bin Tun Mohd Haniff TUDM sebagai moderator dan empat orang panel iaitu Encik Tajul Ariffin bin Muhamad dari MKN, Encik Arjunaidi Bin Ismail dari NADMA, Pengarah Disaster Preparedness And Prevention Center (DPPC) Malaysia-Japan International Institute Of Technology (Mjiit), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Khamarrul Azahari bin Razak dan Komander Maritim Dr. Suzanna Binti Razali Chan yang merupakan Ketua Cawangan Bantuan Bencana, Bahagian Carilamat Dan Bantuan Bencana (BCLBB), Ibu Pejabat APMM Putrajaya.

 

WhatsApp Image 2024 02 27 at 2.55.01 PM 1   WhatsApp Image 2024 02 27 at 2.55.01 PM 2   WhatsApp Image 2024 02 27 at 2.55.03 PM   WhatsApp Image 2024 02 27 at 2.54.58 PM

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT LAKSAMANA PERTAMA MARITIM MOHD ZAWAWI BIN ABDULLAH MEMANGKU PANGKAT LAKSAMANA MUDA MARITIM

PUTRAJAYA, 26 Februari – Majlis Pemakaian Pangkat Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah bagi memangku pangkat Laksamana Muda Maritim Gred Utama C, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diadakan pagi tadi.
Majlis Pemakaian Pangkat tersebut yang berlangsung pada jam 8.30 pagi tadi telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin.
Turut hadir ke majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Mohd Norzam bin Mustapa serta pengarah-pengarah bahagian Ibu Pejabat Maritim Putrajaya.
 
 
IMG 1869   IMG 1851   IMG 1905   IMG 1915
 

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA IRING KETUA PENGARAH MKN DALAM LAWATAN KERJA KE ABU BAKAR MARITIME BASE

KOTA TINGGI, 26 Februari – Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), YM Dato' Raja Nurshirwan bin Zainal Abidin bersama delegasinya telah melakukan lawatan kerja ke Abu Bakar Maritime Base (ABMB) pada jam 11.30 pagi tadi.

Delegasi MKN disambut oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin.

Dalam lawatan kerja yang merupakan kali pertama beliau ke ABMB ini adalah bertujuan bagi meninjau keadaan di sekitar Batu Puteh, Tubir Selatan dan Tompok Utara, di samping melihat sendiri fasiliti ABMB selain bertemu dengan anggota Maritim Malaysia yang sedang bertugas di sana.

ABMB merupakan fasiliti milik MKN yang dikendalikan oleh Maritim Malaysia sebagai pos maritim bagi memantau kedaulatan dan keselamatan perairan di negeri Johor.

Turut hadir sama dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Negeri (KLN), YBhg. Datin Paduka Nur Ashikin binti Mohd Taib.

 

WhatsApp Image 2024 02 26 at 5.15.27 PM 1   WhatsApp Image 2024 02 26 at 5.15.27 PM 2   WhatsApp Image 2024 02 26 at 5.15.27 PM   WhatsApp Image 2024 02 26 at 5.15.26 PM

MESYUARAT OPERASI AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA KE-40

GENTING HIGHLAND, 23 Februari – Mesyuarat Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke-40 telah diadakan baru-baru ini dengan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin.

Mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari itu melibatkat barisan pengurusan tertinggi, pengarah-pengarah bahagian peringkat Ibu Pejabat Maritim Putrajaya dan pengarah-pengarah Maritim Negeri.

Turut hadir ke mesyuarat itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Mohd Norzam bin Mustapa.

 

WhatsApp Image 2024 02 23 at 2.37.01 PM   WhatsApp Image 2024 02 23 at 2.37.02 PM 1   WhatsApp Image 2024 02 23 at 2.37.00 PM   WhatsApp Image 2024 02 23 at 2.37.00 PM 2

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC