KLANG, 6 Januari – Pengarah Kanan Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Yusne Mokhtar mengetuai Delegasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam lawatan ke Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV 1) yang bertambat di Jeti Pusat Hidrografi Nasional pada 5 Januari lalu.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meneroka opsyen tambahan kepada TLDM bagi perancangan perolehan kapal pada masa hadapan melalui kepakaran limbungan tempatan.
Delegasi TLDM disambut oleh Pengarah Projek OPV, Laksamana Pertama Maritim Hamizan Harun dan pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.
Lawatan dimulakan dengan taklimat berkenaan Projek OPV yang disampaikan oleh Leftenan Maritim Mohd Naqeeb Pauzi dan diakhiri dengan ‘walk-about’ di OPV 1.
TLDM berharap agar kerjasama erat dengan Maritim Malaysia khususnya dalam perkongsian pengalaman dan pengurusan projek kapal dapat diperkukuhkan demi memelihara kepentingan kedua-dua perkhidmatan.
Sumber : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)