12
Kha, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

LIBAT URUS KOMUNIKASI STRATEGIK PERKASA JARINGAN KAMUNIKASI ANTARA JABATAN DAN AGENSI

PUTRAJAYA, 8 OKTOBER – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Unit Komunikasi Korporat (UKOM) amat menitik berat pelaksanaan komunikasi strategik dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Setiausaha Bahagian UKOM KDN, Fairul Nizam Che Rus berkata, peranan setiap Unit Komunikasi Korporat (UKK) Jabatan dan Agensi di bawah KDN amat penting dalam menterjemahkan hasrat Kerajaan agar masyarakat jelas tentang segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan pemimpin dalam mensejahterakan Negara.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat dan Sesi Libat Urus Komunikasi Strategik Kementerian Dalam Negeri Bilangan 3 / 2024 yang pertama kali dihoskan Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

Mesyuarat dan sesi libat urus berkenaan dihadiri oleh semua Pegawai Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam daripada setiap Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Selain membincangkan hala tuju perhubungan awam, turut ditekankan tentang elemen komunikasi strategik di mana Maritim Malaysia turut berkongsi beberapa pengalaman dalam mengurus pelan komunikasi strategik serta kempen-kempen komunikasi yang telah dilaksanakan.

Usai sesi libat urus, ahli mesyuarat juga turut diberi pendedahan tentang sistem pemantauan media berteraskan kecerdasan buatan atau A.I yang mana ianya bakal menjadi keperluan utama dalam pengurusan komunikasi korporat di peringkat kementerian, jabatan dan agensi.

 

UKOM MESY
 
UKOM MESY 2
 
UKOM MESY 5
 
UKOM MESY 13

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA DENGAN UNITED STATES COAST GUARD DI WASHINGTON D.C

WASHINGTON D.C , 7 OKTOBER  – Dalam usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Commandant of United States Coast Guard (USCG), Admiral Linda Lee Fagan di Washington D.C. baru-baru ini.

Datuk Haji Mohd Rosli berkata, pertemuan ini diadakan bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama sedia ada antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan United States Coast Guard (USCG).

Pada pertemuan empat mata itu, Linda Fagan turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Haji Mohd Rosli selaku Ketua Pengarah Maritim Malaysia ketujuh di samping menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui visi dan strategi yang dirancangkan beliau dalam memacu Maritim Malaysia ke arah yang lebih cemerlang.

Hasil pertemuan tersebut, USCG telah menyatakan sokongan dan komitmen tinggi terhadap usaha yang dilakukan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara selain menekankan pentingnya kerjasama dalam aspek keselamatan serta Intelligence Surveillance & Reconnaissance (ISR).

"Saya amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh USCG dan percaya bahawa kerjasama ini akan memperkukuh keselamatan maritim kita serta memberikan manfaat kepada komuniti antarabangsa," ujar Datuk Haji Mohd Rosli.

Dalam rangka lawatan, delegasi Maritim Malaysia turut mengunjungi USCG Cutter STEADFAST di Baltimore bagi meninjau persiapan membawa pulang kapal tersebut ke Malaysia, yang dijadualkan bermula pada penghujung tahun ini.

Dalam kenyataannya, Datuk Haji Mohd Rosli mengesahkan bahawa USCG Cutter STEADFAST berada dalam keadaan yang baik dan ruang kerja di dalamnya amat selesa bagi menempatkan pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.

“Proses baik pulih kapal berkenaan akan dilakukan dan keberadaannya di dalam inventori aset Maritim Malaysia tidak lama lagi bakal meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan dalam mengimplementasi konsep operasi berteraskan 'ever present' dan 'the right asset for the right mission' di Zon Maritim Malaysia.”

Jelasnya, “antara aspek penting yang dititik beratkan dalam membawa pulang kapal tersebut merangkumi kuasa gerak, penjanaan kuasa, struktur badan dan rangka kapal, komunikasi, pandu arah dan domestik.”

Selain itu, delegasi turut dibawa melawat USCG Surface Acquisitions Logistic Center di Baltimore, di mana perbincangan mengenai penyediaan peralatan sokongan kapal dan kemudahan bagi kru yang akan menjalani fasa suai kenal (familiarization) bersama aset tersebut turut akan diadakan.

Antara peralatan yang telah tersedia untuk diserahkan adalah meliputi peralatan Damage Control and Fire Fighting (DCFF), peralatan domestik seperti kelengkapan galley, dan peralatan serta kelengkapan Onboard Spare List (OSL).

Lawatan bersejarah itu diakhiri dengan pertukaran syiling, simbolik kepada tradisi agensi keselamatan dan jalinan kerjasama yang erat antara kedua-dua organisasi.

 

 WhatsApp Image 2024 10 07 at 2.15.37 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 10 07 at 2.15.38 PM
 
WhatsApp Image 2024 10 07 at 2.15.39 PM
 
WhatsApp Image 2024 10 07 at 2.15.39 PM 1

PERTEMUAN RASMI DAN SESI LAPOR DIRI KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA KE ATAS KSU KDN

PUTRAJAYA, 18 SEPTEMBER – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah mengadakan pertemuan rasmi dan sesi lapor diri ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman, di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Ini merupakan pertemuan pertama beliau sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia baharu selepas dilantik pada 17 September 2024.

Pada pertemuan singkat itu, beliau bertekad akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah dalam memelihara keselamatan perairan negara serta memastikan aktiviti-aktiviti jenayah dibanteras dengan berkesan.

Beliau turut berharap KDN akan terus memberikan sokongan penuh kepada Maritim Malaysia khususnya dalam meningkatkan keupayaan operasi Maritim Malaysia dalam melindungi Zon Maritim Malaysia daripada ancaman luar.

Sebelum mengakhiri pertemuan, Datuk Awang Alik telah menyerahkan surat pelantikan secara rasmi kepada Datuk Haji Mohd Rosli selaku Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang ketujuh.

Sebagai tanda penghargaan, Datuk Haji Mohd Rosli menyerahkan cenderamata bagi menzahirkan tanda terima kasih kepada Datuk Awang Alik dalam pertemuan rasmi itu.

 

KSU KP 2
 
KSU KP 3

MARITIM MALAYSIA KUMPUL PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM SELURUH NEGERI BINCANG INISIATIF BAHARU

PUTRAJAYA, 4 OKTOBER – Usaha berterusan menyampaikan maklumat penguatkuasaaan kepada masyarakat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya terima hampir 10 ribu liputan dari Januari sehingga September tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Mohd Norzam bin Mustapa berkata, penyampaian mesej yang tepat dan betul memberikan impak besar terhadap pandangan masyarakat kepada Agensi.

Justeru katanya lagi, seseorang Pegawai Perhubungan Awam (PRO) perlu mempunyai kemahiran menulis yang baik disamping menjalinkan hubungan akrab bersama media dalam memastikan maklumat dan berita sampai kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika mempengurusikan Mesyuarat Pengurusan Aduan dan Perhubungan Awam Maritim Malaysia yang dihadiri seramai 21 orang pegawai dan anggota PRO dari Maritim Negeri dan Zon Maritim di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Istimewa pada mesyuarat kali ini, kesemua pegawai dan anggota yang hadir diberikan peluang pendedahan tentang realiti dan proses sebenar belakang tadbir industri media menerusi lawatan yang diadakan ke ASTRO Bukit Jalil.

Pada sesi berkenaan, delegasi telah diberi peluang melawat pelbagai unit dan fasiliti di ASTRO meliputi stesen berita AWANI, 13 buah stesen radio terkemuka di bawah naungan syarikat penyiaran itu serta peluang bertemu dengan individu-individu yang bertanggungjawab memastikan kelancaran penyiaran berita di khususnya di AWANI iaitu Ketua Editor AWANI, Najib Aroff, Ketua Penyelaras Berita Media Sosial AWANI, Hilal Azmi dan Penyampai Berita AWANI, Harits Asyraf.

Terdahulu, kesemua pegawai turut menghadiri sesi lawatan ke Jabatan Penerangan (JAPEN) Malaysia, di Putrajaya dan berpeluang bertemu dan mengutarakan sendiri pandangan mereka terhadap kerjasama yang terjalin bersama JAPEN Negeri serta Daerah terus kepada Pengarah Kanan (Pengurusan), Encik Naim Fahmi bin Ahmad Tajuddin.

Turut dibincangkan dalam pertemuan berkenaan kerjasama pada masa akan datang antaranya hebahan ‘Info On Boat’ serta program kerjasama Sahabat Maritim & Sahabat MADANI.

Delegasi Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perancangan Komunikasi dan Multimedia yang melaksanakan tugas Pengarah, Zulhafiq bin Halim bersama Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan, Mohd Amir Khusairi bin Harun. Turut hadir sama dalam sesi pertemuan tersebut Pengarah Bahagian Media Siber, Encik Chua Hin Chiew serta beberapa lagi Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan di JAPEN.

 

MESY PRO 2024
 
MESY PRO 2024 4
 
MESY PRO 2024 6
 
MESY PRO 2024 7

MARITIM MALAYSIA SERTAI PAMERAN SELANGOR AVIATION SHOW 2024

SUBANG, 17 SEPTEMBER – Lebih 2,000 pengunjung telah mengunjungi reruai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sempena Selangor Aviation Show (SAS) 2024 bertempat di Sky Park Aviation, Subang yang bermula dari 12 hingga 14 September lalu.

Menawarkan pengalaman menarik kepada pengunjung melalui demonstrasi tugasan dan pengoperasiannya melalui teknologi Virtual Reality (VR), Maritim Malaysia turut menampilkan pelbagai replika aset laut seperti KM TUN FATIMAH, KM BAGAN DATUK, BOT PERKASA, dan BOT PENGALANG selain replika aset udara seperti pesawat BOMBARDIER CL415 MP, Helikopter AUGUSTA WESTLAND 139 (AW139) dan N3 DAUPHIN.

Maritim Malaysia dalam pada itu turut mempamerkan sebuah helikopter N3 Dauphin milik Agensi ini di pameran statik. Aset udara ini dibawakan khas ke SAS 2024 bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat lebih dekat aset Maritim Malaysia dan memahami peranan serta keupayaan Agensi ini dalam menjaga keselamatan perairan negara.

SAS 2024 merupakan pameran tahunan anjuran Kerajaan Negeri Selangor adalah bertujuan untuk mempromosikan Selangor sebagai hab industri aeroangkasa di Malaysia.

Merupakan edisi keempat penganjuran, SAS 2024 telah menampilkan penyertaan dari lebih 35 negara, mempamerkan 49 pesawat statik pelbagai jenis, dan melibatkan 110 pempamer termasuk pasukan keselamatan serta agensi kerajaan dan swasta.

Selain Maritim Malaysia, pasukan keselamatan yang turut serta dalam pameran ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

 

SAS 2024 5
 
SAS 2024 4
 
SAS 2024 7
 
SAS 2024 8

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC