13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

LAWATAN KEBAJIKAN BERI KEKUATAN DAN SOKONGAN MORAL KEPADA ANGGOTA

KUANTAN, 28 NOVEMBER – Sudah menjadi amalan dan budaya kerja Maritim Malaysia bahawa aspek kebajikan warganya tidak pernah diambil ringan.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab baru-baru ini telah meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman Penolong Pengarah Kanan Unit Carilamat dan Bantuan Bencana, Seksyen Operasi, Maritim Negeri Pahang, Leftenan Komander Maritim Zulhairy bin Abd Halim yang mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kanan akibat terjatuh ketika menurui tangga.

Keadaan Zulhairy yang kini semakin pulih, kelihatan ceria ketika menyambut kedatangan rombongan yang turut disertai Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki, Pegawai Memerintah KM PEKAN, Kepten Maritim Mohd Yusri bin Hussin, Pegawai Laksana KM PEKAN, Komander Maritim Mohd Faizal bin Ahmad, serta Pegawai Operasi KM PEKAN, Leftenan Komander Maritim Mohd Redzuan bin Ahmad.

Pihak pengurusan tertinggi turut menyampaikan sumbangan dan kata-kata semangat serta mendoakan agar Zulhairy diberi kesembuhan seperti sediakala.

Maritim Negeri Pahang akan terus komited bagi memastikan kebajikan setiap warganya sentiasa diberi perhatian, secara tidak langsung menjadi bukti keprihatinan pihak pengurusan tertinggi khususnya Maritim Negeri Pahang dan Agensi amnya.

 

LAWATAN MORAL 2

PERKASA ASET DAN PENGETAHUAN ANGGOTA MELALUI TAKLIMAT KEPENTINGAN PERANTI ISYARAT KECEMASAN SERTA SISTEM COSPAS-SARSAT

JOHOR BAHRU, 29 NOVEMBER – Bagi memupuk kesedaran keselamatan di laut dalam kalangan komuniti maritim, pengetahuan yang luas dan kompeten adalah ciri signifikan bagi setiap warga Maritim Malaysia.

Rentetan itu, satu program taklimat serta pemeriksaan terhadap peranti isyarat kecemasan telah dilaksanakan di dua Zon Maritim negeri Johor selama tiga hari yang berakhir semalam.

Program anjuran Malaysia Mission Control Center (MYMCC), di bawah kelolaan Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) itu adalah dengan kerjasama Maritim Negeri Johor ; bertujuan untuk memperkasakan aset dan pengetahuan warga Agensi serta meningkatkan kesiagaan di tahap yang terbaik.

Program di Zon Maritim Tanjung Sedili telah diadakan pada 26 hingga 27 November manakala untuk Zon Maritim Mersing adalah pada 28 November.

Dalam sesi taklimat, para anggota dan pegawai diberi penerangan mengenai misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT), alat bantuan kecemasan iaitu PLB dan EPIRB, serta sistem COSPAS - SARSAT yang disampaikan oleh Penolong Pengarah MYMCC, Leftenan Maritim Muhamad Faizal bin Othman yang turut dibantu Bintara Muda Maritim Mohd Zambri bin Ismail dan Laskar Kanan Maritim Muhd Nazri bin Hashim.

Pihak penganjur juga melakukan pemeriksaan terhadap kondisi PLB serta EPIRB yang terdapat di aset-aset milik Agensi di kedua-dua Zon Maritim itu bagi memastikan setiap peranti yang dimiliki adalah berfungsi dengan baik dan sedia digunakan dalam sebarang situasi.

 

TAKLIMAT PERANTI
 
TAKLIMAT PERANTI 2
 
TAKLIMAT PERANTI 7
 
TAKLIMAT PERANTI 4

TINJAUAN SEMPADAN MALAYSIA – INDONESIA USAHA PERKUKUH KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

TAWAU, 28 NOVEMBER – Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, mewakili Ketua Pengarah Maritim Malaysia telah menyertai tinjauan keselamatan bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, di beberapa Pos Kawalan Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pulau Sebatik baru-baru ini.

Lawatan yang diadakan bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JKPGK) ke-79 Bil.2 Tahun 2024 bertujuan untuk menilai aspek keselamatan di kawasan persempadanan, menyemak keperluan infrastruktur asas bagi pasukan keselamatan, memastikan kesiapsiagaan anggota di lapangan serta menyantuni anggota yang bertugas khususnya di kawasan perbatasan Malaysia-Indonesia.

Terdahulu, sesi lawatan dimulakan dengan lawatan ke Pos PGA Burs Point, Wallace Bay, seterusnya delegasi dibawa menyusuri Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik ke kawasan persempadanan Malaysia-Indonesia dan akhir sekali ke Pos PGA Sungai Melayu.

Turut mengiringi tinjauan ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Encik Hamzah bin Ishak; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi; Pemangku Pengarah JKDNKA PDRM Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Suzrin bin Muhammad Rodhi; serta Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik.

Lawatan ini menggambarkan komitmen pelbagai agensi keselamatan dalam memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara, khususnya di kawasan perbatasan yang sering menghadapi ancaman seperti pencerobohan dan aktiviti jenayah rentas sempadan.

Selain itu lawatan ini diadakan bagi menyemak dan memastikan segala keperluan logistik dan operasi dapat dipenuhi demi menjamin tahap kesiapsiagaan yang optimum.

 

TOK PUL TAWAU
 
TOK PUL TAWAU 3
 
TOK PUL TAWAU 4

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH ZON MARITIM TANJUNG SEDILI DAN PENGARAH ZON MARITIM BATU PAHAT

JOHOR BAHRU, 28 NOVEMBER  – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah menghadiri dan menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Zon Maritim Batu Pahat dan Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, di sini, pagi tadi.

Beliau telah menyaksikan sendiri Majlis Serah Terima Tugas antara Komander Maritim Mohd Najib bin Sam yang memangku tugas Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili kepada Kepten Maritim Mohammad bin Othman yang akan menjalankan tugas sebagai Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili.

Bagi Zon Maritim Batu Pahat pula, Komander Maritim Mohd Haniff bin Mohd Yunus telah menyerahkan tugas kepada Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal selaku Pengarah Zon Maritim Batu Pahat yang baharu.

Datuk Haji Mohd Rosli juga berkesempatan untuk berucap dan bertemu warga Maritim Negeri Johor sempena lawatan pertama beliau ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor sejak memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah.

Dalam ucapannya, beliau telah menekankan mengenai Teras Tujuh yang menjadi amanatnya dan berharap semua warga Maritim Negeri Johor meneruskan pencapaian terbaik bagi menaikkan nama Maritim Malaysia.

Kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia telah disambut meriah oleh Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Kama Azri bin Kamil bersama-sama pegawai dan warga Maritim Negeri Johor.

 

TOK LI SERAH 2
 
TOK LI SERAH 3
 
TOK LI SERAH 4
 
TOK LI SERAH 6

PROGRAM 3K ANJURAN KESMAR PUTRAJAYA DENGAN KERJASAMA PUSPANITA CAWANGAN KECIL MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 27 NOVEMBER – Seramai 130 warga Ibu Pejabat Maritim Malaysia telah menyertai Program 3K (Kesihatan, Kecergasan dan Kesegakan) anjuran Kelab Sukan Maritim (KESMAR) Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Maritim Malaysia pagi tadi, bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Putrajaya.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat kesukanan serta meningkatkan tahap kecergasan secara tidak langsung memastikan tahap kesihatan warga Maritim Malaysia sentiasa berada di tahap yang tertinggi.

Program dimulakan dengan sesi senamrobik selama dua jam pada pukul 9.00 pagi telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para peserta.

Selain itu, ia juga turut dimeriahkan dengan pelbagai gerai jualan yang menawarkan beraneka juadah, minuman dan pakaian oleh ahli persatuan sebagai aktiviti sampingan.

Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini, ia bukan sahaja dapat menyihatkan badan tetapi secara tidak langsung mewujudkan suasana pejabat yang lebih ceria dan positif bagi memastikan anggota penguat kuasa sentiasa kekal aktif, sihat dan bersemangat dalam melaksanakan tugas harian.

 

KESMAR 2
 
KESMAR 3
 
KESMAR 5
 
KESMAR 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC