SERDANG, 29 OKTOBER – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Bintara Kanan Maritim Prakash a/l Palany, yang sedang menerima rawatan di Hospital Serdang akibat kemalangan.
Bintara Kanan Maritim Prakash, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), menunjukkan perkembangan positif hari ini setelah hampir 14 hari dalam keadaan koma.
Semasa lawatan tersebut, Datuk Saiful Lizan menyampaikan sumbangan khas sebagai tanda keprihatinan menjelang sambutan perayaan Deepavali yang bakal diraikan pada 31 Oktober. Sumbangan ini bukan sahaja melambangkan sokongan moral, tetapi juga komitmen pihak Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia terhadap kebajikan dan kesejahteraan anggota mereka.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia, di samping memberi sokongan moral kepada Bintara Kanan Maritim Prakash dan keluarganya dalam tempoh mencabar ini.
Turut hadir ialah pegawai kanan serta anggota daripada Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, yang bersama-sama menunjukkan solidariti dan sokongan kepada rakan setugas mereka.



















.svg.png)

