04
Isn, Mei

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MARITIM MALAYSIA SERTAI PAMERAN PROGRAM DUA TAHUN MALAYSIA MADANI

KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai pameran yang diadakan bersempena dengan sambutan Program 2 Tahun Malaysia MADANI yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim di Pusat Konvensyen Kuala lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Pameran diadakan bertujuan menunjukkan pencapaian dan inisiatif kerajaan MADANI dalam tempoh dua tahun pemerintahan selain mempamerkan pencapaian Maritim Malaysia yang diselia di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah turut hadir ke reruai pameran dan bertemu dengan warga Maritim Malaysia bertugas.

Selain senjata api kecil dan laras automatik yang sering diguna dalam penugasan penguatkuasaan di laut, turut tersedia, replika aset Maritim Malaysia yang menjadi aset keselamatan barisan hadapan negara dipamerkan di reruai Kementerian Dalam Negeri.

Salah satu yang menjadi tumpuan ialah kehadiran pasukan khas Maritim Malaysia iaitu Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) yang pakar dalam mengendalikan operasi menyelamat dan penguatkuasaan undang-undang berprofil tinggi di perairan negara.

Dalam acara sama, Perdana Menteri turut merasmikan Program 2 Tahun Malaysia MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024.

Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri menekankan kejayaan kerajaan MADANI memimpin negara sepanjang dua tahun ini merupakan hasil kestabilan politik, dasar yang jelas serta komitmen seluruh perkhidmatan awam.

Dengan penyertaan Maritim Malaysia dalam pameran ini, rakyat diberi peluang untuk lebih memahami peranan penting yang dimainkan oleh agensi keselamatan negara dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan Malaysia, serta menilai bagaimana kerajaan komited untuk meneruskan pembangunan dan reformasi perkhidmatan awam di bawah inisiatif Malaysia MADANI.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi; Timbalan Perdana Menteri II, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar; Ketua Setiausaha KDN; Datuk Awang Alik bin Jeman serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah seliaan KDN.

 

DUA DEKAD 5
 
DUA DEKAD 4
 
DUA DEKAD
 
DUA DEKAD 3

LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH DAN MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH ZON MARITIM KUDAT

KUDAT, 24 NOVEMBER – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah telah melakukan lawatan kerja rasmi di Zon Maritim Kudat baru-baru ini.

Beliau bersama Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik serta rombongan telah mengadakan lawatan ke Tapak Pos Maritim Kanibongan, Pitas yang sedang dalam perancangan untuk dibuka pada masa akan datang di bawah seliaan Zon Maritim Kudat.

Pada hari berikutnya, Datuk Haji Mohd Rosli bersama Datuk Datuk Che Engku Suhaimi menyaksikan sekaligus menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Zon Maritim Kudat di antara Komander Maritim Hasbullah bin Omar yang akan mengambil alih tugas daripada Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne yang akan bertukar keluar ke Cawangan Jenayah Komersial dan Alam Sekitar, Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

 

TOK LI KUDAT 3
 
TOK LI KUDAT 5
 
TOK LI KUDAT 2
 
TOK LI KUDAT

LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) KE MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 21 NOVEMBER – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), YBrs. Kepten Maritim Kehormat Tuan Mohd Norzam bin Mustapa, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Maritim Negeri Sarawak baru-baru ini.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi meninjau tahap kepatuhan pengurusan di Maritim Negeri Sarawak selain memperkukuhkan hubungan kerjasama serta menyelaraskan strategi dalam memastikan keselamatan perairan Negeri Sarawak sentiasa terpelihara.

Dalam program itu, turut diadakan mesyuarat libat urus bagi membincangkan perkembangan terkini pengurusan, cabaran yang dihadapi di Maritim Negeri Sarawak, serta langkah-langkah strategik yang perlu diambil bagi memperkukuhkan pentadbiran pengurusan di negeri itu.

Beliau turut berkesempatan menyertai tinjauan pengoperasian dengan KM TUN FATIMAH di perairan Sarawak, di samping berkesempatan meluangkan masa untuk beramah mesra dan berinteraksi dengan anggota bertugas di aset utama Agensi tersebut.

Diharapkan dengan lawatan ini, bukan sahaja ia dapat memantapkan lagi sektor pengurusan di Maritim Negeri Sarawak tetapi juga meniup semangat dalam jiwa kalangan anggota untuk menjalankan tugas serta merapatkan hubungan di antara pemimpin tertinggi dan barisan hadapan di lapangan.

 

TKPP SWK
 
TKPP SWK 4
 
TKPP SWK 5

 

 

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESELAMATAN MARITIM ANTARABANGSA MENERUSI PEMBANGUNAN KOMPETENSI

PUTRAJAYA, 22 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap keselamatan maritim antarabangsa.

Perkara itu dibuktikan menerusi penyertaan salah seorang pegawai penguatkuasanya iaitu Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Leftenan Maritim Ahmad Aizat bin Mohd Zamri untuk menghadiri Program Pembangunan Kapasiti di Korea Coast Guard Academy, Yeonsu, Korea Selatan dari 11 hingga 15 November lalu.

Program itu telah menghimpunkan penyertaan wakil agensi dalam kalangan pegawai penguat kuasa, Coast Guard dan Tentera Laut dari pelbagai negara yang bertujuan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam mengekalkan keamanan serta keselamatan perairan global.

Antara pengisian program adalah latihan secara holistik merangkumi teori dan praktikal iaitu ‘arrest technic’, ‘lifesaving’ dan ‘disaster response’ di samping sesi perbincangan strategik mengenai keselamatan maritim.

Diharapkan dengan penglibatan wakil Agensi ini telah mencerminkan kesungguhan Malaysia dalam membina jaringan hubungan strategik di peringkat antarabangsa secara tidak langsung menjadi perintis kolaborasi global demi memastikan perairan Zon Maritim Malaysia kekal aman dan selamat.

 

WhatsApp Image 2024 11 22 at 12.16.36 PM
 
WhatsApp Image 2024 11 22 at 12.16.37 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 11 22 at 12.16.37 PM

 

 

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN PESURUHJAYA TINGGI SINGAPURA KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 21 NOVEMBER – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Mr. Shivakumar Nair di Ibu Pejabat Putrajaya hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah Singapore Defence Attaché, Colonel Dean Tan Wah Kheng.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan bidang kerjasama yang berpotensi dalam hubungan strategik dan keselamatan maritim di antara Singapura dan Malaysia serta perkembangan semasa kedua-dua negara.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai hubungan dua hala dan pengukuhan kerjasama dalam sektor penguatkuasaan maritim di Malaysia dan Singapura.

Hadir sama dalam sesi ini ialah Pengarah Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man, Ketua Penolong Pengarah (Antarabangsa), Komander Maritim Muzafira binti Mukholit serta Puan Diana Sim Siew Geok.

 

CC SINGAPORE 2
 
CC SINGAPORE 5
 
CC SINGAPORE 5
 
CC SINGAPORE 6

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC