LUMUT, 5 NOVEMBER – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) di Perak, baru-baru ini.
Tujuan lawatan rasmi ini diadakan adalah untuk melihat perkembangan pembaikan dan senggaraan KM LANGKAWI yang sedang dilaksanakan oleh pihak LUNAS, di samping fasiliti dan keupayaan pihak limbungan untuk projek pembaikan dan senggaraan aset Maritim Malaysia di masa akan datang.
Dalam lawatan ini, Datuk Saiful Lizan telah disambut oleh CEO LUNAS, Kepten (B) Ir. Azhar Jumaat dengan diiringi pegawai LUNAS yang lain.
Kemudian delegasi Maritim Malaysia dibawa melawat ke KM LANGKAWI bagi meninjau dan melihat sendiri perkembangan pembaikan kapal tersebut di samping sesi penerangan yang disampaikan oleh pihak limbungan.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, pegawai-pegawai kanan, pegawai memerintah KM LANGKAWI serta anggota kapal.





















.svg.png)

