22
Isn, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM NEGERI PERAK TINGKATKAN PENGETAHUAN ANGGOTA DALAM BIDANG PENGUATKUASAAN DAN SIASATAN

LUMUT, 13 NOVEMBER – Maritim Negeri Perak menganjurkan Kursus Penguatkuasaan dan Siasatan Siri 1/2024 yang diadakan di Pejabat Bot Maritim Negeri Perak, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, kursus yang dianjurkan buat julung kalinya itu telah disertai seramai 30 pegawai dan anggota dari pelbagai unit.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada para peserta berkaitan undang-undang, akta dan prosedur tangkapan selain melahirkan pegawai yang mahir serta berintegriti ketika menjalankan tugas.

Dalam kursus ini juga, para peserta berpeluang untuk mendalami ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam pelbagai aspek penguatkuasaan dan siasatan maritim.

Di akhir sesi, para peserta turut diberi ruang untuk bertanyakan soalan kepada panel pengajar yang berpengalaman.

Diharapkan, kursus ini dapat memberi impak positif bagi meningkatkan kecekapan dalam kalangan anggota dan pegawai terlibat, sekaligus membuktikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang maritim di negara ini sentiasa diberi perhatian.

 

KURSUS PENGUATKUASA 2
 
KURSUS PENGUATKUASA 3
 
KURSUS PENGUATKUASA 4

ANGGOTA MARITIM MALAYSIA TERLIBAT SEBAGAI ATLET RAGBI MAKSAK SARAWAK KE KEJOHANAN SUKAN KEBANGSAAN

KUCHING, 12 NOVEMBER – Seorang anggota Maritim Negeri Sarawak, Laskar Kanan Maritim Mohd Adha bin Mohamed Zabidi yang juga kru BOT KILAT 35 telah terpilih menyertai kontijen Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) negeri Sarawak ke Kelantan.

Penglibatan Mohd Adha sebagai salah seorang atlet sukan ragbi adalah mewakili kontijen negeri Sarawak ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan MAKSAK GAMES 2024 di Kota Bharu, Kelantan yang akan bermula pada 14 hingga 17 November.

Terdahulu satu Majlis Penyerahan Bendera Kontijen MAKSAK Sarawak ke kejohanan itu telah diadakan di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Naib Yang di Pertua MAKSAK Sarawak, YBhg Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.

Turut hadir menyaksikan penyerahan bendera kontijen itu ialah Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Abdullah yang merangkap Pengerusi Pembangunan Sukan Ragbi MAKSAK Sarawak dan Pengarah Jabatan Kebajikan dan Masyarakat Sarawak, Tuan Haji Semawi bin Haji Mohamad, merangkap Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak.

Bagi edisi kejohanan kali ini, MAKSAK Sarawak menghantar seramai 15 peserta bersama empat pegawai pasukan.

Tahniah dah syabas diucapkan kepada Mohd Adha yang secara tidak langsung telah mengharumkan nama Maritim Malaysia ke persada sukan penjawat awam di peringkat kebangsaan.

 

RAGBI MAKSAK

PENGLIBATAN PEGAWAI KANAN MARITIM MALAYSIA KE MANILA MENERUSI DIALOGUE ON THE SOUTH CHINA SEA DI FILIPINA

MANILA, 11 NOVEMBER – Delegasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah hadir ke Manila Dialogue on the South China Sea, yang berlangsung dari 6 hingga 8 November di Manila, Filipina baru-baru ini.

Acara penting ini telah menghimpunkan pakar keselamatan maritim, peguat kuasa di laut serta pihak berkepentingan untuk membincangkan cabaran-cabaran di Laut China Selatan (LCS).

Dalam majlis itu, ketua delegasi Maritim Malaysia iaitu Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik yang juga Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan telah dijemput menjadi salah seorang panel bagi membincangkan topik iaitu ‘The Coast Guard as Guardians of the Rule of Law at Sea’ dalam mengupas usaha negara-negara serantau dalam memastikan kestabilan dan kerjasama maritim di Laut China Selatan.

Antara pemimpin tertinggi penguat kuasa maritim dari negara lain yang turut serta dalam perbincangan ini ialah dari Philippine Coast Guard (PCG), Admiral Ronnie Gil Gavan dan Vice Admiral Hiroaki Kanosue dari Japan Coast Guard (JCG).

Manakala wakil Maritim Malaysia yang turut hadir ke Manila dalam majlis ini ialah Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Shah Rulashari bin Ahmad Omar.

Penyertaan Maritim Malaysia ke dialog peringkat antarabangsa seperti ini telah membuktikan bahawa Agensi sentiasa komited untuk bekerjasama dalam menangani jenayah maritim di peringkat global.

DIALOG LCS 2
 
DIALOG LCS 3

KUNJUNGAN HORMAT KOPERASI MARITIM BERHAD KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 11 November – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ahli Lembaga Koperasi Maritim Berhad (KMB) di pejabatnya pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut diketuai Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi Maritim Berhad, Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Haji Mohamed (Bersara).

Kunjungan hormat itu merupakan pertemuan rasmi pertama yang diadakan di antara Ketua Pengarah bersama Ahli Lembaga Koperasi, KMB.

Selain memberi penerangan berkaitan hala tuju KMB, antara lain ialah bagi membentangkan status perkembangan KMB mengenai status keahlian, syer dan aktiviti perniagaan KMB.

Pertemuan tersebut juga menyaksikan satu sesi penyerahan Sijil Perakuan kepada Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli selaku Penaung kepada KMB seperti mana yang termaktub di dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Datuk Rosli turut menyatakan sokongan dan kesediaannya untuk menggalakkan lebih ramai warga Maritim Malaysia menjadi ahli KMB.

Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pengerusi KMB, Hajah Faridah binti Haji Shuib, Ahli Lembaga Koperasi, Laksamana Pertama Maritim V. Pannir Selvan a/l Veloo (Bersara) dan Setiausaha KMB, Encik Sobri Lowa Miah.

 

WhatsApp Image 2024 11 11 at 5.34.41 PM
 
WhatsApp Image 2024 11 11 at 5.34.42 PM
 
WhatsApp Image 2024 11 11 at 5.34.42 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 11 11 at 5.34.42 PM 4

UTAMAKAN KESELAMATAN SEMASA MONSUN TIMUR LAUT

PUTRAJAYA, 9 NOVEMBER - Orang ramai khususnya komuniti maritim dinasihatkan agar menjaga keselamatan ketika berada di laut semasa Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah memaklumkan, sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, seramai 1,172 individu terlibat dalam insiden di laut, dengan 53 dilaporkan meninggal dunia dan 24 lagi masih tidak ditemui.

Katanya lagi, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, pihak Maritim Malaysia menasihatkan kepada orang ramai khususnya para nelayan, pelancong, dan pengusaha bot agar menangguhkan terlebih dahulu sebarang aktiviti di laut buat masa ini.

Namun jelas beliau, sekira terdapat keperluan mendesak, Maritim Malaysia menasihatkan agar sentiasa memakai jaket keselamatan ketika berada di laut bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa di laut selain memastikan bot yang akan digunakan dalam keadaan selamat di samping minyak yang mencukupi.

Beliau berkata demikian pada Program Ujian Menembak Senjata Api Kecil sempena Hari Bersama Media Maritim Malaysia Tahun 2024 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Ramly serta pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Dalam pada itu Datuk Haji Mohd Rosli turut menegaskan Maritim Malaysia sentiasa bersiap siaga menjaga perairan negara daripada segala ancaman jenayah di laut.

Ujar beliau, perkara ini dibuktikan dari Januari hingga Oktober 2024, Maritim Malaysia telah berjaya menahan 74 vesel nelayan asing (VNA) yang menceroboh perairan negara. Dari jumlah tersebut, nelayan Vietnam mencatatkan tangkapan tertinggi dengan 46 kes, diikuti oleh 15 kes nelayan Indonesia, 12 kes nelayan Thailand, dan satu kes nelayan China.

Selain mengawal pencerobohan nelayan asing, Maritim Malaysia juga berjaya membanteras kegiatan penyeludupan di perairan negara dengan 151 kes direkodkan setakat Oktober 2024. Kes penyeludupan tertinggi adalah melibatkan kes penyeludupan petrol (46 kes), penyeludupan barangan kawalan (30 kes), diikuti, diesel (15 kes) dan tong gas LPG (11 kes).

Dalam kenyataan media yang sama, beliau turut menggesa seluruh rakyat Malaysia bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan maklumat atau aduan kepada pihak Agensi ini jika terdapat sebarang aktiviti mencurigakan di perairan negara.

“Keselamatan di laut adalah tanggungjawab bersama. Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan operasi pengawasan serta memperhebatkan usaha memerangi sebarang kegiatan yang boleh mengancam keselamatan perairan negara,” tambahnya.

Terdahulu beliau Bersama pegawai – pegawai kanan Maritim Malaysia bersama lebih 80 pengamal media tempatan menjalani Ujian Menembak Senjata Api Kecil di Lapang Sasar Shapadu, Putrajaya sempena Hari Bersama Media Maritim Malaysia Tahun 2024.

 

MONSUN KP 9
 
MONSUN KP 7
 
MONSUN KP 8
 
MONSUN KP 14

Lebih banyak artikel..

Grid List

"TIADA KOMPROMI TERHADAP ANCAMAN DI PERAIRAN NEGARA," - MDN TEGAS KOMITMEN KERAJAAN MADANI PERKUKUH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 11 JUN – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman yang menggugat keselamatan, kedaulatan dan martabat negara, khususnya melibatkan jenayah rentas sempadan, penyeludupan serta pencerobohan perairan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi ancaman terhadap perairan negara wujud, selagi itulah Kerajaan akan memastikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memiliki kuasa, kapasiti dan sokongan yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan secara berkesan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tahun 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menurut beliau, keluasan Zon Maritim Malaysia yang meliputi lebih 556,000 kilometer persegi merangkumi laluan strategik seperti Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan keselamatan maritim sebagai antara keutamaan utama negara.

“Perairan negara bukan sekadar laluan air, malah merupakan nadi geopolitik, ekonomi dan keselamatan negara. Justeru, Maritim Malaysia memainkan peranan sebagai benteng hadapan negara dalam memastikan perairan Malaysia kekal selamat, teratur dan bebas daripada ancaman jenayah maritim,” katanya.

Saifuddin berkata, Kerajaan turut komited memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia menerusi pelaksanaan beberapa perolehan aset strategik bagi memastikan agensi itu sentiasa bersedia mendepani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Menurut beliau, Maritim Malaysia dijangka menerima Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) pertama pada pertengahan tahun 2027, manakala kontrak perolehan MPMS kedua yang dimeterai pada 21 April 2026 dijangka siap dalam tempoh 24 bulan bermula Februari 2026 hingga Januari 2028.

Selain itu, Maritim Malaysia juga bakal menerima empat buah helikopter Agusta Westland AW189 pada tahun ini dengan pesawat pertama dijangka tiba pada Julai 2026, sekali gus meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan, rondaan maritim serta misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di seluruh Zon Maritim Malaysia.

Dalam menghadapi cabaran Krisis Tenaga Global 2026, beliau menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan bekalan bersubsidi yang boleh menjejaskan kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat.

Melalui pelaksanaan Op TIRIS 4.0 Segmen Laut yang dilaksanakan secara bersepadu bersama PDRM-PPM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia yang bermula pada 16 Mac lalu, Maritim Malaysia telah berjaya merekodkan 30 kes dengan nilai rampasan melebihi RM5.74 juta sehingga 1 Jun 2026.

“Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan diesel, petrol dan barangan bersubsidi tidak diseleweng ke luar negara atau disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ia juga mencerminkan sokongan padu Maritim Malaysia terhadap aspirasi Kerajaan MADANI dalam memerangi ketirisan serta menjamin kemakmuran negara” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa perkembangan geopolitik global yang memberi kesan kepada laluan strategik antarabangsa seperti Selat Hormuz telah meningkatkan kepentingan Selat Melaka sebagai antara laluan perdagangan dan perkapalan paling penting di dunia.

Justeru, katanya, Maritim Malaysia memikul tanggungjawab yang amat besar untuk memastikan Selat Melaka dan perairan negara kekal selamat, teratur serta bebas daripada ancaman jenayah maritim demi menjamin kelancaran perdagangan antarabangsa serta kestabilan ekonomi negara dan serantau.

Sementara itu, majlis berkenaan turut menyaksikan seramai 254 warga Maritim Malaysia dari seluruh Semenanjung Malaysia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, dedikasi dan komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, “pengiktirafan tersebut bukan sekadar penghargaan kepada pencapaian individu, malah mencerminkan budaya kerja berprestasi tinggi yang terus menjadi tunjang kecemerlangan organisasi”.

Pada tahun 2025, seramai 390 warga Maritim Malaysia di seluruh negara telah dipilih sebagai penerima APC berbanding 372 orang pada tahun sebelumnya. Majlis tersebut turut dihadiri pengurusan tertinggi KDN dan Maritim Malaysia serta warga Maritim Malaysia.




hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC