PUTRAJAYA, 22 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap keselamatan maritim antarabangsa.
Perkara itu dibuktikan menerusi penyertaan salah seorang pegawai penguatkuasanya iaitu Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Leftenan Maritim Ahmad Aizat bin Mohd Zamri untuk menghadiri Program Pembangunan Kapasiti di Korea Coast Guard Academy, Yeonsu, Korea Selatan dari 11 hingga 15 November lalu.
Program itu telah menghimpunkan penyertaan wakil agensi dalam kalangan pegawai penguat kuasa, Coast Guard dan Tentera Laut dari pelbagai negara yang bertujuan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam mengekalkan keamanan serta keselamatan perairan global.
Antara pengisian program adalah latihan secara holistik merangkumi teori dan praktikal iaitu ‘arrest technic’, ‘lifesaving’ dan ‘disaster response’ di samping sesi perbincangan strategik mengenai keselamatan maritim.
Diharapkan dengan penglibatan wakil Agensi ini telah mencerminkan kesungguhan Malaysia dalam membina jaringan hubungan strategik di peringkat antarabangsa secara tidak langsung menjadi perintis kolaborasi global demi memastikan perairan Zon Maritim Malaysia kekal aman dan selamat.
![]() |
![]() |
![]() |

































.svg.png)

