14
Sab, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

LAWATAN DELEGASI TRANSNATIONAL ORGANIZED CRIME STRIKE FORCE, JAPAN COAST GUARD KE IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 25 JULAI – Delegasi Transnational Organized Crime Strike Force (TOCSF), Japan Coast Guard telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya petang tadi.

Tujuan lawatan sulung ini diadakan adalah sebagai sesi pengenalan, di samping mengukuhkan lagi jalinan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan Japan Coast Guard mengenai jenayah rentas sempadan, pemerdagangan orang dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Delegasi yang diketuai oleh Captain KOBAYASHI Taichi itu telah disambut oleh Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Kepten Maritim Aidil Adzhar bin Saleh.

Dalam pertemuan itu, kesemua delegasi menerima taklimat pengenalan daripada pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Maritim mengenai fungsi dan peranan Maritim Malaysia selain mengadakan perbincangan dua hala mengenai kerjasama untuk memperkukuhkan lagi keselamatan di rantau ini.

 

JCG BSJM
 
JCG BSJM 3
 
JCG BSJM 4
 
JCG BSJM 5

KURSUS PENGURUSAN SPESIFIKASI PEROLEHAN PERKHIDMATAN DAN BEKALAN

SERI KEMBANGAN, 26 JULAI – Maritim Malaysia menganjurkan Kursus Pengurusan Spesifikasi Perolehan Perkhidmatan dan Bekalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2024 bermula pada 24 sehingga 26 Julai bertempat di Mines Beach Resort, Seri Kembangan Selangor.

Kursus tersebut diadakan bertujuan untuk memperkasakan ilmu pengetahuan dan kefahaman pegawai yang terlibat secara langsung dengan pengurusan spesifikasi perolehan perkhidmatan dan bekalan, serta meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai dalam pengurusan spesifikasi perolehan perkhidmatan dan bekalan supaya lebih teratur dan selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa.

Peserta kursus terdiri daripada 45 orang pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana daripada semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Sementara itu, ceramah telah disampaikan wakil daripada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDC), Bahagian Perolehan KDN, dan Bahagian Bekalan Maritim Malaysia.

Majlis Perasmian Penutupan kursus telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan KDN, YBrs. Tuan Haji Khairuddin bin Bakar diikuti oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM, Kepten Kehormat (M) Mohd Norzam Bin Mustapa yang turut hadir serta menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta kursus.

 

WhatsApp Image 2024 07 26 at 12.56.01 PM
 
WhatsApp Image 2024 07 26 at 12.56.03 PM
 
WhatsApp Image 2024 07 26 at 12.56.07 PM

MAJLIS PENGANUGERAHAN PANGKAT KEHORMAT DAN PENUTUPAN KEM TAHUNAN PENGUKUHAN PASKAM UMPSA

KUANTAN, 25 JULAI – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Hj. Mazlan bin Mat Rejab telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kem Tahunan Pengukuhan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Siri 1/2023 dan Penganugerahan Pangkat Kehormat APMM kepada tiga pegawai pengurusan UMPSA pada 13 Julai lalu.

Kem pengukuhan ini disertai seramai 41 orang Kadet PASKAM UMPSA di bawah selian Maritim Negeri Pahang dan Cawangan PSMM dan PASKAM Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya serta Pengurusan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Kadet PASKAM UMPSA telah berjaya menjalani modul latihan selama 12 hari di AMSAS dengan jayanya.

Penganugerahan Pangkat Kehormat APMM pula, merupakan simbolik terhadap kerjasama yang terjalin di antara pengurusan Maritim Malaysia dan UMPSA.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Hj. Mazlan bin Mat Rejab berkata, anugerah ini merupakan satu penghargaan kepada pihak pengurusan UMPSA dalam membantu Maritim Malaysia menguruskan Kadet PASKAM universiti berkenaan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Komandan AMSAS, Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah, barisan pegawai dan anggota dari Cawangan PSMM dan PASKAM ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Maritim Negeri Pahang dan AMSAS.

Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi dan diperluaskan pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada lebih ramai penuntut universiti awam memilih kerjaya sebagai pegawai Maritim Malaysia selain memupuk disiplin dalam pembentukan modal insan menerusi aktiviti Ko-Kurikulum di Institusi Pengajian Tinggi.

 

UMPSA PASKAM 2
 
UMPSA PASKAM 3
 
UMPSA PASKAM 5
 
UMPSA PASKAM 6

MAJLIS SERAH TERIMA KUNCI KUARTERS ZON MARITIM LABUAN

LABUAN, 23 JULAI – Satu Majlis Terima Kunci Kuarters Zon Maritim Labuan daripada Perbadanan Labuan di Durian Tunjong telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuaan Labuan, Ybhg. Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik pada pagi tadi.

Simbolik Penyerahan Kunci Kuarters Zon Maritim Labuan dan acara potong riben semasa lawatan ke unit kuarters turut dilakukan.

Turut sama mengiringi beliau adalah Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Haji Idros serta wakil daripada Perbadanan Labuan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (Perbandaran), Encik Ibrahim bin Tambi.

Sebanyak 32 unit rumah disewa bagi keperluan Pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan.

Seramai 60 pegawai dan anggota lain-lain pangkat APMM termasuk pegawai-pegawai dari Perbadanan Labuan hadir dalam majlis ini.

Diharap dengan usaha sebegini dapat meringankan beban dan kos sara hidup serta menaikkan moral pegawai serta anggota Zon Maritim Labuan.

 

kuarters Labuan 2
 
Kuarters Labuan 3
 
Kuarters Labuan 4

LAWATAN DELEGASI DAN PESERTA KURSUS MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA KE MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 22 JULAI – Seramai 71 delegasi dan peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pagi tadi.

Delegasi MPAT itu telah diketuai oleh Kolonel Adam Buqhary bin Amzah disambut oleh Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus diiringi oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara (BOU), Laksamana Pertama Maritim Syed Islam bin Shahajam.

Kesemua delegasi dan peserta telah dibawa ke Pusat Operasi Maritim (POMAR) dan Maritime Rescue Coordination Center (MRCC) Putrajaya untuk diberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan Maritim Malaysia sebagai agensi peneraju dalam mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di negara ini yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan BCLBB, Leftenan Komander Maritim Muhammad Azizol bin Azmi.

Selepas itu, mereka dibawa ke Auditorium Maritim Malaysia untuk diberikan taklimat pengenalan mengenai Maritim Malaysia dan sesi soal jawab dalam kalangan para delegasi dan peserta MPAT dikendalikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Kepten Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim.

Pengarah BSJM, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi dalam ucapannya menzahirkan tanda terima kasih dan penghargaan terhadap semua delegasi dan peserta kursus MPAT yang hadir ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

 

MPAT LAWAT 2
 
MPAT LAWAT 3
 
MPAT LAWAT 8
 
MPAT LAWAT 9

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC