KUALA LUMPUR, 3 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah hadir ke Majlis Peluncuran IPFC (IPCC, Police, Friends and Collaborators) oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur hari ini.
IPFC ialah program di bawah Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang berfungsi selaku badan pemantau bebas yang bertujuan menggalakkan integriti, mengadakan mekanisme aduan dan siasatan bagi menangani salah laku serta mengesyorkan penambahbaikan kebajikan dan kesejahteraan anggota Polis.
Selain itu, IPFC juga merupakan satu inisiatif IPCC untuk memantau integriti pasukan polis, melindungi hak asasi dan mempertingkatkan standard kepolisan sebagai pemudah cara proses penyampaian perkhidmatan, menggalakkan kerjasama pelbagai pihak, serta meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya integriti pasukan polis bagi memastikan kestabilan, keharmonian, dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.
Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, barisan Jemaah Menteri, pengurusan tertinggi perkhidmatan awam, Ketua-ketua Setiausaha kementerian berkaitan, Ketua Polis Negara, perwakilan-perwakilan luar negara, serta wakil-wakil daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat swasta dan institut pengajian tinggi.
Delegasi Maritim Malaysia diketuai oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.
Turut hadir Pemangku Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli dan Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam bersama 20 pegawai dan anggota.





















.svg.png)

