03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MAJLIS PENUTUP MESYUARAT OPERASI APMM (MOA) KE-42 BILANGAN 1/2025

SEBERANG JAYA, 19 FEBRUARI – Mesyuarat Operasi APMM (MOA) ke-42 Bilangan 1/25 telah diadakan selama tiga hari bermula pada 17 hingga 19 Februari bertempat di Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang yang melibatkan pengurusan tertinggi, Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah-pengarah Maritim Negeri serta Pegawai—pegawai Kanan Maritim Malaysia.

MOA yang diadakan dua kali setahun itu merupakan mesyuarat libat urus terarah yang bertujuan bagi meningkatkan keberkesanan operasi Maritim Malaysia melalui penyelarasan dan rancangan tindakan serta koordinasi di semua peringkat dalam Agensi ini.

MOA pada kali ini, sebanyak tujuh pembentangan kertas kerja telah disampaikan oleh wakil Ibu Pejabat dan Maritim Negeri termasuk pembentangan penceramah jemputan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertajuk ‘Arahan MKN No.18: Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan (Semakan Semula 2023).

Mesyuarat operasi ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim yang dikoordinasikan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim.

Majlis Penutup Mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Dalam ucapan penutup, beliau menzahirkan rasa puas hati dan berbangga dengan semangat serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua ahli mesyuarat dalam menyelesaikan perkara-perkara berbangkit serta tindakan susulan yang telah diambil.

Beliau juga menekankan kepada aspek asas dalam operasi iaitu penambahbaikan sistem dan prosedur operasi yang perlu diperkemas pada setiap masa serta kecekapan untuk memastikan Maritim Malaysia dapat beroperasi dengan lebih efektif walaupun berdepan dengan cabaran dan ancaman yang semakin kompleks. Beliau juga turut menekankan kepentingan pengunaan teknologi kepintaran buatan (AI) dalam membantu keberkesanan operasi Maritim Malaysia.

Datuk Haji Mohd Rosli turut merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua ahli mesyuarat dan warga Maritim Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia yang disambut dengan penuh gilang gemilang pada Sabtu lalu di Pulau Pinang.

Dalam majlis yang sama, beliau juga berkesempatan merasmikan Majlis Peluncuran Buku Panduan Latihan dan Kesiagaan Kapal Maritim (PLKK) pagi tadi.

Tujuan mewujudkan Buku PLKK itu adalah bagi memantapkan lagi keberkesanan latihan merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan latihan aset di lapangan di samping menjadi panduan asas bagi memudahkan warga kapal untuk menetapkan tanda aras prestasi latihan, mengenal pasti kelemahan untuk diambil tindakan sewajarnya.

 

MOA 25
 
MOA 25 2
 
MOA 25 4
 
MOA 25 5

PERBARISAN SAMBUTAN HUT-20 MARITIM MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK

KUCHING, 19 FEBRUARI – Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Dua Dekad Maritim Malaysia peringkat Maritim Negeri Sarawak telah diadakan dengan penuh istiadat berlangsung di Padang Kawad, Kompleks Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Kuching pada Selasa (18 Februari).

Perbarisan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Anak Tusa dan turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sarawak, Tuan Yusof Mok bin Mohd Generawi.

Dalam perbarisan tersebut, kira-kira seramai 150 personel Maritim Negeri Sarawak telah menyertainya yang terdiri daripada barisan pegawai kanan, pihak pengurusan, anggota serta kakitangan gunasama Maritim Malaysia.

Kepten Maritim Simon dalam ucapannya menegaskan, selama dua dekad Maritim Malaysia telah meredah pelbagai cabaran dalam memastikan perairan negara sentiasa terpelihara. Komitmen Maritim Malaysia khususnya Maritim Negeri Sarawak dibuktikan melalui senarai pencapaian yang dikecapi sepanjang tempoh tersebut menerusi sokongan padu masyarakat.

Jelasnya lagi, kesatuan dan keutuhan yang terbentuk memacu kejayaan Maritim Malaysia selama 20 tahun kewujudannya untuk terus menjaga kedaulatan perairan negara, khususnya di perairan Sarawak.

Majlis perbarisan ini diakhiri dengan bacaan doa dan lafaz ikrar perkhidmatan awam serta sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

 

HUT20 SWK5
 
HUT20 SWK4
 
HUT20 SWK3
 
HUT20 SWK2

TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) MARITIM MALAYSIA ADAKAN LAWATAN RASMI KE ZON MARITIM KUALA KEDAH

ALOR SETAR, 17 FEBRUARI – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Encik Nor Hisham bin Ibrahim, mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Zon Maritim Kuala Kedah petang semalam dalam usaha memperkukuh sistem pengurusan dan tadbir urus organisasi.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak, serta Timbalan Pengarah Zon (Pengurusan), Puan Salmi binti Salim. Lawatan ini turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Zon dan Ketua-Ketua Unit dari Seksyen Pengurusan, Zon Maritim Kuala Kedah.

Perjumpaan yang diadakan bertujuan membincangkan pelbagai isu berkaitan pengurusan termasuk prosedur dan tatacara penyampaian maklumat agar lebih berkesan dan efektif. Fokus turut diberikan kepada usaha mengenal pasti cabaran semasa serta merangka langkah penambahbaikan dalam aspek pentadbiran organisasi bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan berimpak tinggi.

Selain sesi perbincangan, beliau turut meninjau keadaan semasa kawasan sekitar pejabat Zon Maritim Kuala Kedah, termasuk Bangunan Marina Harbour serta Jeti Bot Coral Marine yang berstatus sewaan. Lawatan ini membolehkan beliau menilai keadaan premis dan mempertimbangkan keperluan penambahbaikan bagi memastikan kelancaran operasi harian.

Sebagai tanda penghargaan, sesi lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak serta sesi bergambar bersama delegasi yang hadir.

Lawatan ini mencerminkan komitmen pengurusan tertinggi Maritim Malaysia dalam memastikan aspek pengurusan dan pentadbiran sentiasa diperkemas, sejajar dengan visi dan misi organisasi untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

 

TKPP KEDAH
 
TKPP KEDAH2
 
TKPP KEDAH3

DUA DEKAD MARITIM MALAYSIA, ANTARA PENGHAYATAN NILAI MURNI DAN INTEGRITI MENJELANG RAMADAN

KUANTAN, 19 FEBRUARI  – Bersempena sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia serta ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak 1446H, Maritim Negeri Pahang menganjurkan Program Ceramah Khas bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang, semalam.

Ceramah khas ini telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Kepten Maritim Ustaz Nik Kamaruddin bin Yunoh, dengan tajuk 'Penghayatan Nilai-Nilai Murni Ramadan Sempena Dua Dekad Maritim Malaysia'.

Dalam inti pati ceramah, beliau menekankan kepentingan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan serta kesejahteraan Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Selain itu, beliau turut menekankan keperluan memelihara integriti, disiplin dan profesionalisme dalam menjalankan tugas, selaras dengan nilai-nilai Islam yang menitik beratkan keikhlasan serta ketelusan dalam setiap amanah yang dipikul.

Tambah beliau lagi, Ramadan merupakan medan terbaik untuk memperbaiki diri, bukan sahaja dari sudut rohani tetapi juga dalam membentuk ketahanan mental dan fizikal. Bulan ini juga merupakan peluang bagi setiap anggota Maritim Malaysia untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT serta memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas di perairan negara.

Sementara itu Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab dalam ucapannya berkata, program ini amat signifikan kerana bukan sahaja bertepatan dengan sambutan ulang tahun Maritim Malaysia, malah berfungsi sebagai peringatan kepada setiap warga maritim untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan integriti.

“Diharapkan program ini dapat memberi inspirasi serta kesedaran kepada seluruh warga Maritim Negeri Pahang dalam menghayati nilai-nilai murni yang telah dikongsikan, seterusnya diterapkan dalam tugas harian mereka,” Ujarnya lagi.

 

IHYA RAMADAN
 
IHYA RAMADAN3
 
IHYA RAMADAN4

HUT-20 | LIMA RIBU PENGUNJUNG BANJIRI KONSERT KARNIVAL MARITIM PERKASA 2025

GEORGETOWN, 16 FEBRUARI – Bersempena Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia, Koperasi Maritim Berhad dengan sokongan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menganjurkan Karnival Maritim Perkasa (KMP) 2025.

Kemuncak kepada penganjuran KMP 2025 ialah Konsert Maritim Perkasa yang menampilkan penyanyi popular Hazama yang juga merupakan pelakon filem Coast Guard Ops Helang yang membawa watak Kadok. Selain itu, lagenda rock terkemuka tanah air Dato' Awie juga hadir memeriahkan lagi susana pada malam tadi.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim turut menghadiri Konsert KMP 2025 bersama isteri masing-masing sebagai tanda sokongan.

Terdahulu, pelbagai pengisian tersedia seperti penglibatan para pempamer daripada rakan-rakan strategik seperti Gading Marine, Gading Galaxy, Amcop, Kementerian Dalam Negeri dan agensi-agensi seliaan KDN serta gerai-gerai jualan IKS.

Mengakhiri konsert, Dato' Awie juga telah menyampaikan cenderahati daripada Kelab Wings Society kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia sebagai tanda terima kasih sambil disaksikan Pengerusi Koperasi Maritim Berhad, Laksamana Madya Maritim Dato' Ibrahim bin Mohamed (Bersara).

 

KMP25
 
KMP25 2
 
KMP25 4
 
KMP25 3

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC