PUTRAJAYA, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan Mesyuarat Panel Pengurusan Latihan tahun 2024 di Ibu Pejabat Putrajaya hari ini.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi memastikan peranan, fungsi dan keperluan latihan Sumber Manusia di Maritim Malaysia selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSA) bagi menjamin pembangunan dan pengurusan keupayaan organisasi dilakukan secara konsisten dan bersepadu.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Kehormat Mohd Norzam bin Mustapa dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dan anggota bahagian.
Antara yang hadir ialah Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony, Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan, Dato’ Barkhiya bin Shahiruddin, Pengarah Bahagian Undang-undang, Puan Naziah binti Mokhtar @ Sota dan Timbalan Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang.





















.svg.png)

