03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA DAN ARMADA TIMUR PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN LAUT

KOTA KINABALU, 1 MAC – Kerjasama strategik antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus diperkukuh menerusi kunjungan hormat Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik ke atas Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi bin Idris di Markas Pemerintahan Armada Timur, semalam.

Pertemuan ini menekankan kepentingan memperkukuh jaringan kerjasama terutama melalui platform Jawatankuasa Kerjasama Kerja Kecil Maritim Malaysia dan TLDM (J3KAT), selain memperbanyakkan aktiviti bersama antara Maritim Malaysia dan Armada Timur di Sabah dan Sarawak.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah persiapan Eksesais Samudera Perkasa Timur 3/2025, yang akan dikendalikan oleh Maritim Negeri Sarawak. Dalam eksesais ini, aspek komunikasi antara aset laut serta penyelarasan antara bilik gerakan kedua-dua agensi akan diberi perhatian bagi memastikan operasi lebih efektif dan berimpak tinggi.

Selain itu, perkembangan terkini mengenai keselamatan perairan negara turut menjadi agenda perbincangan, dengan kedua-dua pihak bertukar pandangan bagi memperkukuh strategi dalam menangani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Kunjungan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik jalinan erat antara Maritim Malaysia dan Armada Timur.

Turut hadir pada sesi lawatan ini, Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli; Pegawai Memerintah KM ARAU, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria serta Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Eksesais, Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz.

 

ARMADA TIMUR
 
ARMADA TIMUR3
 
ARMADA TIMUR4

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA MENGADAKAH LAWATAN KERJA RASMI KE BAKAMLA REPUBLIK INDONESIA

JAKARTA, 27 FEBRUARI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA RI) di Jakarta, hari ini.

Lawatan tersebut turut merangkumi kunjungan hormat ke atas Kepala BAKAMLA RI, Laksamana Madya TNI Irvansyah, dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik dalam keselamatan dan penguatkuasaan maritim antara kedua-dua negara.

Sepanjang pertemuan, kedua-dua pemimpin agensi coast guard ini membincangkan pelbagai isu keselamatan maritim, termasuk pemantauan dan pengawasan perairan, pencegahan jenayah rentas sempadan, serta pelaksanaan latihan dan operasi bersama bagi meningkatkan kecekapan aset serta kesiapsiagaan anggota menghadapi ancaman keselamatan serantau.

Dalam sesi perbincangan, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli menegaskan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkukuh mekanisme kerjasama keselamatan laut melalui pertukaran maklumat risikan, pelaksanaan operasi bersepadu, koordinasi bantuan kecemasan serta misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di perairan yang dikongsi bersama.

“Kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan BAKAMLA RI perlu diperkukuh dalam menghadapi cabaran keselamatan baharu seperti aktiviti penyeludupan, pencerobohan perairan, serta ancaman lain yang berpotensi menggugat kestabilan serantau. Kepercayaan dan keakraban antara kedua-dua agensi menjadi teras utama dalam memastikan perairan Malaysia-Indonesia kekal selamat,” ujar beliau.

Sebagai sebahagian daripada komitmen bersama, kedua-dua agensi terus memperkukuh pelaksanaan Patroli Koordinasi Optima (PATKOR OPTIMA) MALINDO, iaitu operasi rondaan bersepadu yang dilaksanakan secara tahunan di perairan negara masing-masing.

Operasi ini menyaksikan penglibatan aset maritim dari kedua-dua negara dalam meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan perairan yang strategik, sekali gus memastikan kelancaran laluan perdagangan serta mengurangkan risiko ancaman jenayah maritim.

Lawatan kerja rasmi ini turut menyaksikan sesi pertukaran cenderamata antara Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli dan Laksamana Madya TNI Irvansyah, sebagai simbol keakraban dan kesepakatan dalam memperkukuh hubungan strategik antara Maritim Malaysia dan BAKAMLA RI.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini, Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia (MIND), Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman.

Kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan BAKAMLA RI diyakini mampu meningkatkan keupayaan penguatkuasaan maritim, memperkukuh keselamatan perairan serantau serta memastikan kestabilan di rantau ini terus terpelihara.

 

BAKAMLA MCG
 
BAKAMLA MCG2
 
BAKAMLA MCG4
 
BAKAMLA MCG6

DIALOG MARITIM NEGERI PERAK : KOMITMEN BERSAMA MENANGANI ISU PEMERASAN DI LAUT

LUMUT, 25 FEBRUARI – Maritim Negeri Perak mengadakan sesi dialog bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, YB Wong May Ing serta wakil-wakil nelayan tempatan bertempat di Pejabat Maritim Negeri Perak, semalam.

Tujuan sesi dialog ini diadakan adalah bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu penahanan dan pemerasan yang dihadapi oleh Vesel Nelayan Tempatan (VNT) di perairan negara.

Perbincangan ini turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara nelayan dan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan serta kelangsungan aktiviti perikanan dapat dipelihara.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob, menegaskan bahawa isu yang tular ketika ini lebih tepat dikategorikan sebagai kes rompakan atau pemerasan di laut dan bukannya aktiviti lanun seperti yang dikecohkan.

Kekeliruan dalam penggunaan istilah boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan komuniti maritim dan masyarakat umum.

"Maritim Malaysia menasihatkan semua VNT agar sentiasa mematuhi peraturan dengan menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia sahaja. Pada masa yang sama, kami menggesa para nelayan untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan segera kepada pihak kami bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dilakukan dengan lebih berkesan," katanya.

Tambah beliau, nelayan yang menjadi mangsa pemerasan di laut disarankan untuk merekodkan maklumat lengkap seperti butiran kejadian, bukti visual sekiranya ada, serta jumlah wang yang telah dibayar kepada pihak yang melakukan pemerasan.

Maklumat ini amat penting bagi membantu siasatan dan membolehkan tindakan susulan yang lebih berkesan diambil.

Dalam sesi dialog ini, Maritim Malaysia turut mengakui cabaran yang dihadapi oleh komuniti nelayan, namun menegaskan bahawa penyelesaian terbaik hanya dapat dicapai melalui kerjasama penuh antara kedua-dua pihak.

Langkah proaktif dan kesedaran yang tinggi amat diperlukan bagi membanteras pencerobohan serta pemerasan di laut agar tidak terus berlarutan sehingga mengancam keselamatan pemilik bot dan keluarga mereka.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Pantai Remis bersama dua orang wakil, wakil daripada pengusaha VNT Zon C dan C2, serta wakil-wakil Maritim Malaysia, termasuk Timbalan Pengarah Seksyen Jenayah dan Ketenteraman Maritim, Bahagian Siasatan Jenayah Maritim Ibu Pejabat Putrajaya, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Tan Ah Bik, serta tiga pegawai kanan dari Ibu Pejabat Maritim Putrajaya dan Pejabat Maritim Negeri Perak.

Sebagai tindakan jangka masa panjang, Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim, khususnya di Negeri Perak, agar terus mematuhi peraturan yang ditetapkan serta berperanan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dalam menangani jenayah maritim.

Orang ramai, terutama komuniti nelayan, diseru untuk segera melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6832254 bagi tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2025 02 25 at 11.16.20 AM
 
WhatsApp Image 2025 02 25 at 11.16.21 AM 1
 
WhatsApp Image 2025 02 25 at 11.16.20 AM 1
 
WhatsApp Image 2025 02 25 at 11.16.20 AM 2

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 25 FEBRUARI – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Negeri Sarawak telah diadakan di Ibu Pejabat MN Sarawak, Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) semalam.

Dalam majlis itu, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh yang telah memegang jawatan Pengarah Maritim Negeri Sarawak bermula 4 Mac 2024 sehingga 19 Februari 2025, menyerahkan tugas dan amanah sebagai Pengarah MN Sarawak yang baharu kepada Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi bin Abd Aziz.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Operasi), Kepten Maritim Simon Templer Lo Anak Tusa, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Encik Yusof Mok Bin Mohd Generawi, Pengarah-pengarah Zon Maritim, Pegawai-pegawai Memerintah Kapal, Ketua-ketua Bot dan warga Maritim Negeri Sarawak.

Sebagai simbolik penyerahan tugas, Pengarah MN Sarawak yang baharu, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi telah menerima ‘Pedang Istiadat’ daripada Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin.

Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin telah dijawatkan sebagai Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BLCBB), Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Sepanjang perkhidmatan beliau, sebanyak 10,234 pemeriksaan telah dicatatkan, 98 kes tangkapan telah berjaya direkodkan dan 27 kes operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) berjaya dilaksanakan di perairan yang ditanggungjawabkan.

 

MN SARAWAK2
 
MN SARAWAK6

MESYUARAT COMBINE MARITIME WORKING GROUP KE-82

GEORGETOWN, 21 FEBRUARI – Tiga Pegawai Kanan Maritim Malaysia, iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelaraan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony; Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa serta Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi hadir ke sesi Mesyuarat Combine Maritime Working Group (CMWG) Ke-82 di antara Malaysia dan Thailand yang diadakan di Royale Chulan Hotel, Georgetown, Pulau Pinang pada 19 hingga 21 Februari 2025 lalu.

Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato' Baharudin bin Wan Md Nor TLDM dan Commander 2nd Naval Area Command Royal Thai Navy (RTN), Vice Admiral Narate Wongtrakoon.

Mesyuarat yang dihoskan Malaysia ini diselaraskan oleh Malaysia-Thai Border Coordination Office (MTBCO) merupakan platform kerjasama antara Malaysia dan Thailand bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan maritim dan pengurusan sempadan antara kedua-dua negara.

Maritim Malaysia merupakan ahli tetap kepada Mesyuarat CMWG yang dilaksanakan dua kali setahun serta berperanan dalam memastikan keselamatan maritim dan penguatkuasaan undang-undang di perairan Malaysia, serta berkolaborasi dengan agensi maritim Thailand dalam menangani isu-isu keselamatan di kawasan sempadan.

Turut terlibat di dalam mesyuarat selain Tentera Laut Diraja Malaysia dan Maritim Malaysia ialah, Pasukan Polis Marin, Royal Thai Navy dan Thai Marine Police.

Kemuncak mesyuarat adalah acara menandatangani Minit Mesyuarat CMWG yang ke 82 dan pertukaran momento antara kedua-dua pengerusi bersama.

 

CMWG7
 
CMWG8
 
CMWG3
 
CMWG5

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC