13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

KUNJUNGAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PENGURUSAN ERATKAN HUBUNGAN DAN ASPIRASI CEMERLANG MARITIM MALAYSIA

KUALA LINGGI, 25 JANUARI – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berbesar hati menerima lawatan kerja rasmi Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Tuan Nor Hisham bin Ibrahim, semalam.

Lawatan itu bertujuan memperkukuh hubungan antara Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia dengan Maritim Negeri, selain mengenal pasti isu, memperkenal langkah penambahbaikan, dan memastikan tadbir urus yang lebih efektif.

Hadir sama dalam sesi itu, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam, Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan, Dato’ Barkhiya bin Shahiruddin serta Pengarah Bahagian Pengurusan Aset, Tuan Mohd Ilham bin Udin.

Dalam ucapan yang disampaikan Tuan Nor Hisham, beliau menegaskan komitmen Maritim Malaysia untuk menyokong amanah besar negara sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Beliau turut menekankan pentingnya panduan Teras Tujuh yang dikenalkan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, merangkumi aspek kepimpinan proaktif, kesiapsiagaan aset, dan penerapan teknologi moden seperti Kecerdasan Buatan (AI).

Tahniah juga diucapkan kepada Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan atas kejayaan meraih penarafan Cemerlang lima bintang dengan markah 96.45% dalam Audit Pengurusan Kewangan. Pencapaian ini menjadi penanda aras kecemerlangan yang wajar dicontohi.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Haji Mohd Khairi bin Haji Abd Aziz, meluahkan rasa syukur atas kunjungan Tuan Nor Hisham dan delegasi walaupun dalam kepadatan jadual tugas.

“Kehadiran ini memberi peluang kepada kami untuk memahami dengan lebih jelas aspirasi kepimpinan tertinggi APMM serta membincangkan isu-isu pentadbiran dengan harmoni,” ujar beliau.

Warga Maritim Malaysia diingatkan untuk terus berinovasi, menjaga kebajikan anggota, dan mengutamakan tadbir urus aset bagi memastikan keselamatan negara terjamin, selain mendukung aspirasi Malaysia MADANI.

 

TKPP LINGGI2
 
 TKPP LINGGI

 

 

ESSCOM DAN MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN DI SABAH

KOTA KINABALU, 20 JANUARI – Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, menerima kunjungan hormat daripada Asisten Ketua Staf Keselamatan Bahagian Operasi Laut (BOL), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Kepten Mohd Harris Sadi, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di pejabatnya hari ini.

Kunjungan hormat yang berlangsung selama hampir satu jam itu bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik serta membuka ruang perbincangan dua hala antara Maritim Malaysia dan ESSCOM berkaitan isu-isu keselamatan perairan Sabah.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah langkah-langkah memperkukuhkan kawalan keselamatan di perairan timur Sabah, perkongsian maklumat risikan, serta cadangan kerjasama operasi masa hadapan bagi menangani ancaman keselamatan seperti pencerobohan, penyeludupan, dan aktiviti jenayah rentas sempadan.

Selepas perbincangan, delegasi ESSCOM turut dibawa melawat Sistem Pemantauan Laut Sabah (SWASLA). Mereka telah disambut mesra oleh Pengarah SWASLA Sabah, Komander Maritim Abdul Hakim Mohd Idris.

Delegasi turut diberi taklimat ringkas mengenai operasi SWASLA di Main Control Centre (MCC) bagi memahami sistem pemantauan keselamatan perairan secara lebih mendalam.

Pada akhir lawatan, kedua-dua pihak bertukar-tukar cenderamata sebagai simbolik pengukuhan kerjasama strategik yang telah lama terjalin.

Kedua-dua pihak turut merakamkan kenangan sempena pertemuan tersebut dengan sesi bergambar bersama semua pegawai yang hadir.

Turut serta dalam sesi kunjungan itu ialah Pegawai Operasi, Leftenan Komander Maritim Mohammad Nur Hafizul Md Zamri, Timbalan Pengarah Keselamatan, Leftenan Maritim Eddieson Efendi Ussim, dan Penolong Pengarah (Operasi) SWASLA Sabah, Leftenan Maritim Chan Kim Hung.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memastikan keselamatan perairan Sabah sentiasa terjamin, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranan ESSCOM dan Maritim Malaysia.

 

ESSCOM3
 
ESSCOM4
 
ESSCOM5
 
ESSCOMM

MARITIM MALAYSIA HADIR KE MAJLIS AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERTEMAKAN ‘REFORMASI : SATU KEMESTIAN’

PUTRAJAYA, 20 JANUARI – Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah telah mewakili pengurusan tertinggi dan warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ke Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara tahun 2025.

Bertemakan ‘Reformasi : Satu Kemestia’, majlis itu telah berlangsung pada jam 2 petang tadi bertempat di De’ Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar rukun negara dan nyanyian Lagu Negaraku dan seterusnya Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar menyampaikan amanat beliau.

Majlis anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, agensi dan bahagian yang dipancarkan secara langsung menerusi kaca televisyen oleh media tempatan dan platform media sosial.

 

AMANAT KSN2
 
AMANAT KSN6
 
AMANAT KSN7

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA SERTAI KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA MENTERI DALAM NEGERI DAN DELEGASI VIETNAM

PUTRAJAYA, 20 Januari - Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah menyertai kunjungan hormat bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama delegasi Vietnam sempena Asia Security Summit & Expo 2025 (AISSE’25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Kunjungan ini turut melibatkan Timbalan Menteri Keselamatan Awam Vietnam, Leftenan Jeneral Pham The Tung.

Dalam pertemuan tersebut, perbincangan tertumpu kepada isu keselamatan maritim di rantau Asia Tenggara dengan fokus utama pada kerjasama antara Malaysia dan Vietnam dalam memperkukuhkan pengawasan dan keselamatan perairan.

Kunjungan ini juga membuka peluang untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dalam aspek keselamatan maritim dan pertukaran kepakaran antara kedua-dua negara. Malaysia dan Vietnam dijangka akan terus bekerjasama dalam usaha memelihara keselamatan dan kestabilan perairan di rantau ini, selaras dengan visi bersama untuk menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

 

MDN VIETNAM
 
MDN VIETNAM2

KETUA PENGARAH MARITIM HADIR TINJAUAN MEDIA ‘WALKABOUT’ AISSE’25 DI PICC

PUTRAJAYA, 19 JANUARI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menghadiri sesi ‘media walkabout’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena persiapan Asia International Security Summit & Expo 2025 (AISSE'25).

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini merupakan platform utama untuk mempamerkan teknologi keselamatan, inovasi penguatkuasaan serta perkongsian ilmu dan sebagai satu usaha dalam memastikan keselamatan serantau.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman bagi meninjau persiapan di reruai KDN dan agensi di bawah seliaannya.

AISSE'25 telah menarik penyertaan pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan, pakar teknologi, serta pihak industri dari dalam dan luar negara.

Acara ini bertujuan memperkukuh kerjasama keselamatan di peringkat antarabangsa serta meningkatkan kesedaran awam terhadap peranan teknologi dalam menghadapi ancaman keselamatan global.

Kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia mencerminkan komitmen agensi dalam memastikan penganjuran AISSE'25 berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

Pameran ini juga bakal menampilkan pelbagai teknologi keselamatan terkini yang dapat memperkukuhkan lagi aspek keselamatan dan kesejahteraan negara.

AISSE'25 akan berlangsung di PICC selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Januari 2025 dengan pameran teknologi keselamatan, forum keselamatan antarabangsa, serta sesi perbincangan melibatkan pakar dan pemain industri.

 

 WALKABOUT AISSE3
 
WALKABOUT AISSE4
 
WALKABOUT AISSE5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC