SANDAKAN, 6 DISEMBER – Satu majlis serah terima Kapal Maritim (KM) melibatkan Zon Maritim Sandakan dan Zon Maritim Tawau telah berlangsung di Pejabat Zon Maritim Sandakan, baru-baru ini.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman hadir bagi mewakili Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi menyaksikan majlis menandatangani sijil penerimaan penuh kedua-dua kapal tersebut.
Dalam ucapannya, dua buah kapal iaitu KM KIDURONG dari Zon Maritim Sandakan akan diserahkan kepada Zon Maritim Tawau manakala KM PINTAR diserahkan kepada Zon Maritim Sandakan.
Menelusuri sejarah dua buah kapal tersebut, kedua-duanya pernah berkhidmat di bawah Pasukan Polis Marin (PPM) sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia.
KM KIDURONG yang telah berkhidmat selama 10 tahun dalam PPM diserahkan kepada Maritim Malaysia pada tahun 2011 sebelum ditempatkan di Zon Maritim Sandakan pada tahun 2013, manakala KM PINTAR telah berkhidmat selama 26 tahun dalam PPM diserahkan kepada Maritim Malaysia pada tahun 2005 dan ditempatkan di Zon Maritim Tawau.
Jelas beliau lagi, kedua-dua kapal ini juga telah menjalani Penilaian Tahap Kecekapan Kapal (PTKK) pada 29 Februari hingga 3 Mac 2024 lepas.
Turut hadir dalam majlis penyerahan berkenaan ialah Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain serta pegawai dan anggota Zon Maritim berkenaan.





















.svg.png)

