03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA HADIRI THE 3RD ASEAN-CHINA WORKSHOP ON MARITIME LAW ENFORCEMENT AGENCIES COOPERATION (MLEA 3.0)

PUTRAJAYA, 24 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menghadiri the 3rd ASEAN-China Workshop on Maritime Law Enforcement Agencies Cooperation (MLEA 3.0) yang berlangsung di Kuala Lumpur bermula pada 19 sehingga 20 Februari lalu.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memperkukuh komunikasi dan koordinasi antara Coast Guard dan agensi penguat kuasa undang-undang maritim dari negara-negara anggota ASEAN serta Republik Rakyat China.

Antara perkara yang menjadi fokus utama dalam bengkel ini adalah mengenai cabaran keselamatan maritim serta kaedah terbaik mendepani dan menguruskan isu ketegangan yang mungkin berlaku di perairan rantau Asia Tenggara.

Mewakili Maritim Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri ialah Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali, Kepten Maritim Nor Bakari bin Abu Bakar dan Leftenan Maritim Zahid bin Mohd Isa.

Lebih membanggakan, Kepten Maritim Mohd Sharenliza telah dijemput untuk menjadi moderator dalam salah sebuah sesi iaitu ‘Law and Instruments Pertaining to Maritime Law Enforcement Agency Interaction’.

Antara inti pati kupasan yang dibawakan kepada para hadirin mengenai tajuk tersebut ialah penekanan peri pentingnya kerjasama dalam memastikan keselamatan dan kestabilan maritim serantau serta pematuhan terhadap peraturan antarabangsa seiring undang-undang tempatan atau ‘national regulations’ .

Signifikan penganjuran bengkel ini adalah amat relevan memandangkan pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh pihak penguat kuasa dan keselamatan, antaranya ialah ancaman lanun, penyeludupan, pemerdagangan manusia, penangkapan ikan secara haram (IUU Fishing) dan pencemaran alam sekitar.

Oleh itu, kerjasama di peringkat serantau dan China melalui saluran kementerian, badan Coast Guard, tentera laut , polis, jabatan hal ehwal perikanan, serta agensi penguat kuasa yang lain amat penting.

Di pihak Maritim Malaysia, penyertaan Agensi mewakili KDN dalam bengkel ini mencerminkan komitmen yang padu dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik di peringkat global dan mewujudkan persefahaman serta kepercayaan dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Memandangkan Malaysia adalah negara tuan rumah dan pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun ini demi mengekalkan keamanan serta keselamatan sempadan laut serantau.

 

MLEA ASEAN
 
MLEA ASEAN2
 
MLEA ASEAN3
 
MLEA ASEAN6
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC