03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT EMPAT PEGAWAI KANAN MARITIM MALAYSIA : PENGIKTIRAFAN, PENGORBANAN DAN TANGGUNGJAWAB

PUTRAJAYA, 20 FEBRUARI – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini bukan sekadar satu acara rasmi, tetapi simbol pengiktirafan terhadap dedikasi, pengorbanan, dan tanggungjawab pegawai dalam memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah dalam ucapannya menegaskan, pencapaian yang diraikan hari ini bukan hasil usaha individu semata-mata, tetapi turut didorong oleh sokongan padu daripada keluarga dan rakan setugas.

"Di sebalik setiap kejayaan seorang pegawai, terdapat insan tersayang yang sentiasa memberikan semangat, memahami cabaran tugas, serta menjadi pendorong utama di kala suka dan duka,

“Begitu juga peranan rakan setugas yang tidak ternilai dalam memastikan kejayaan dicapai secara kolektif. Tiada kejayaan yang dicapai secara bersendirian, sebaliknya ia adalah hasil kerjasama, dedikasi, dan semangat berpasukan yang utuh," Katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat dan PengarahPengarah Maritim Negeri.

Dalam ada itu, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli menekankan bahawa kenaikan pangkat bukan sekadar satu penghormatan, tetapi amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Beliau mengingatkan pegawai yang menerima pemangkuan pangkat supaya sentiasa menjaga kebajikan anggota bawahan, kerana kesejahteraan mereka menjadi faktor utama dalam keberkesanan operasi di lapangan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan terdahulu yang telah meletakkan asas kukuh bagi Maritim Malaysia, membolehkan Agensi ini terus berkembang dan berperanan sebagai benteng pertahanan maritim negara.

"Kita berdiri teguh pada hari ini hasil usaha dan kepimpinan generasi terdahulu. Justeru, penghormatan harus diberikan kepada mereka yang telah membina asas kukuh untuk kita terus memperkasa perkhidmatan dan menjaga kesejahteraan perairan negara," Tambahnya.

Majlis didahului dengan pemakaian pangkat Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria ke pemangkuan pangkat Laksamana Muda Maritim Gred Utama C yang berkuat kuasa pada 17 Februari 2025 dan diperjawatkan sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim.

Sementara itu, tiga pegawai kanan lain menerima pemangkuan pangkat ke Laksamana Pertama Maritim Gred T14 iaitu Kepten Maritim Haji Mohd Khairi bin Haji Abd Aziz yang diperjawatkan sebagai Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Mohd Rizal bin Hishamuddin diperjawatkan sebagai Pengarah Bahagian Kejuruteraan, dan Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah diperjawatkan sebagai Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim.

Pemangkuan pangkat ini berkuat kuasa pada 20 Februari 2025.

Dengan pemakaian pangkat ini, diharapkan barisan kepimpinan Maritim Malaysia terus beriltizam untuk menggalas amanah dengan penuh dedikasi, menjunjung integriti, serta memperkukuh keselamatan dan penguatkuasaan maritim demi kesejahteraan rakyat perairan negara.

 

PANGKAT PEGAWAI2
 
PANGKAT PEGAWAI3
 
PANGKAT PEGAWAI4
 
PANGKAT PEGAWAI5
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC