03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MENTERI BESAR KELANTAN RASMIKAN JETI PELANCONGAN TOK BALI SEMPENA LAWATAN KE PEJABAT MARITIM NEGERI

PASIR PUTEH, 24 FEBRUARI – Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud telah mengadakan lawatan ke Maritim Negeri Kelantan sempena Majlis Perasmian Jeti Pelancongan Tok Bali, semalam.

Dalam lawatan tersebut, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi, Pengarah Maritim Negeri Kelantan, turut berkongsi kejayaan Maritim Negeri Kelantan, termasuk pencapaian dalam operasi penyelamatan, pengagihan bantuan, serta tindakan terhadap aktiviti haram yang berlaku di perairan negeri. beliau turut menekankan betapa pentingnya keselamatan maritim, serta bagaimana pembinaan Kompleks Maritim Tok Bali akan memperkukuh sistem pengawasan dan penguatkuasaan di kawasan tersebut.

Kompleks yang dirancang bukan hanya akan menjadi pusat operasi utama untuk Maritim Negeri Kelantan, tetapi juga akan memberi sokongan penting dalam memastikan keselamatan penduduk dan nelayan yang beroperasi di perairan Kelantan. Beliau berharap bahawa inisiatif ini akan mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan di kawasan tersebut.

Selain itu, perancangan untuk menaiktaraf Pos Maritim Pengkalan Kubor kepada Zon Maritim Pengkalan Kubor turut dibentangkan. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan penguatkuasaan serta pemantauan di kawasan berkenaan, seterusnya memperbaiki keselamatan maritim di sepanjang pesisir pantai Kelantan.

Inisiatif ini menandakan langkah proaktif dalam memperkukuh sektor keselamatan maritim di Kelantan, di samping memperbaiki infrastruktur yang ada, demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.

 

MB LAWAT4
 
MB LAWAT5
 
MB LAWAT6
 
MB LAWAT2
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC