03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KM BANGGI KEMBALI BEROPERASI, PERKUKUH KESELEMATAN PERAIRAN SABAH

KOTA KINABALU, 17 APRIL– Keupayaan keselamatan perairan negara, khususnya di perairan Sabah, kini diperkukuhkan dengan kembalinya Kapal Maritim (KM) BANGGI ke pangkuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas menjalani proses pembaikan dan naik taraf menyeluruh selama lebih dua tahun.

Majlis penyerahan rasmi KM BANGGI daripada Shin Yang Shipyard Sdn. Bhd. kepada Maritim Malaysia berlangsung penuh simbolik di Sabah Ports, Kota Kinabalu, Selasa lalu. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Menurut Datuk Haji Mohd Rosli, kapal ini menjalani kerja-kerja repowering jentera utama dan refit struktur serta sistem teknikal selama 26 bulan di limbungan kapal Shin Yang, Miri, Sarawak.

Ujar beliau lagi, proses tersebut merangkumi penggantian enjin utama, pemulihan sistem elektrik dan elektronik, serta pemeriksaan menyeluruh struktur kapal.

“Kembalinya KM BANGGI ini bukan sekadar simbolik, sebaliknya merupakan lonjakan strategik dalam usaha memperkukuh rondaan dan kesiapsiagaan Maritim Malaysia di perairan Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan pelbagai cabaran keselamatan maritim,” katanya.

Majlis berkenaan turut menyaksikan sesi menandatangani dokumen penyerahan antara Shin Yang Shipyard dan Maritim Malaysia, serta pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan.

Seterusnya, tetamu diberi peluang meninjau KM BANGGI yang kini siap siaga untuk kembali menjalankan tugas operasi.

Dalam sesi lawatan tersebut, Datuk Haji Mohd Rosli turut menyampaikan amanat khas kepada anak-anak kapal melalui sistem komunikasi radio sebelum sesi bergambar kenangan bersama seluruh kru KM BANGGI diadakan di dek kapal.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Pengarah Eksekutif Shin Yang Shipyard, Mr Vincent Ling Lu Yew; serta pegawai kanan Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

KM BANGGI5
 
KM BANGGI7
 
KM BANGGI2
 
 KM BANGGI9

PERBARISAN PENGARAH AKADEMI MARITIM SULTAN AHMAD SHAH (AMSAS)

KUANTAN, 17 APRIL – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) mengadakan Perbarisan Pengarah AMSAS yang berlangsung dengan penuh tertib, disiplin dan semangat maritim yang tinggi di Padang Kawad AMSAS pada 15 April (Selasa) lalu.

Perbarisan ini merupakan acara wajib yang dilakukan pada setiap suku tahun pertama setiap tahun ; sebagai simbolik penghormatan kepada barisan pengurusan tertinggi AMSAS, yang disempurnakan oleh Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun.

Dalam perbarisan itu beliau diberi tabik hormat daripada ketua pegawai perbarisan, Leftenan Komander Maritim Mohd Amerul Aznor bin Mohd Azmi serta diikuti para anggota yang lain.

Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan berkata, Perbarisan ini diadakan bukan sekadar mengisi takwim atau acara rutin tahunan AMSAS tetapi merupakan identiti dan budaya kerja warga AMSAS bagi menjunjung tinggi nilai disiplin, kepimpinan dan kecemerlangan.

"Ini adalah satu legasi dan etos Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), penganjurannya adalah bertujuan bagi memperkukuhkan lagi nilai disiplin, integriti dan semangat berpasukan dalam kalangan pegawai dan anggota serta seluruh warga kerja AMSAS,

"Saya amat bangga dan menghargai komitmen yang ditunjukkan serta dedikasi yang tidak pernah luntur oleh warga AMSAS bagi memastikan institusi ini terus unggul sebagai pusat latihan maritim bertaraf Antarabangsa," katanya ketika menyampaikan ucapan di hadapan platun Perbarisan, pengurusan tertinggi dan warga AMSAS.

Tegas beliau, sebagai institusi latihan utama Maritim Malaysia - AMSAS telah memainkan peranan yang sangat penting bagi melahirkan pegawai dan anggota maritim yang cekap, berwibawa serta berdaya saing, seiring dengan aspirasi Maritim Malaysia; berperanan sebagai agensi utama keselamatan perairan di negara ini.

Dalam majlis sama, turut diadakan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Februari dan Mac 2025 bagi mengiktiraf prestasi cemerlang dan dedikasi yang ditunjukkan dalam perkhidmatan.

Penerima Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Februari ialah Bintara Muda Maritim Najid bin Abdul Halim manakala Penerima Anugerah Pekerja Contoh pada bulan Mac pula diberikan kepada Bintara Kanan Maritim Ahmad bin Daud.

Syabas dan tahniah kepada semua pegawai, anggota serta pelatih kerana telah menjayakan perbarisan ini dengan penuh semangat dan nilai profesionalisme yang tinggi sesuai dengan slogan Merintis Kecemerlangan Maritim!

 

 

PERBARISAN AMSAS3
 
 PERBARISAN AMSAS4
 
PERBARISAN AMSAS5
 
PERBARISAN AMSAS7

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH HUBUNGAN BERSAMA KOMUNITI NELAYAN TANJUNG LUMPUR

KUANTAN, 16 APRIL – Program ‘Sembang Santai Bersama Komuniti Maritim’ di Tanjung Lumpur telah diadakan oleh Maritim Negeri Pahang bertempat di Warung Celup Tepung Hujung Tanjung dekat sini, semalam.

Dalam program itu, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab turut sama-sama meluangkan masa menyantuni warga tempatan yang majoritinya terdiri daripada ahli Persatuan Nelayan Kuantan.

Menurutnya, program yang dianjurkan ini adalah salah satu daripada usaha Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebagai platform bagi mendekati komuniti maritim dan dapat memahami isu-isu setempat.

"Signifikan program ini diadakan adalah bagi mengukuhkan kerjasama strategik di antara Maritim Malaysia dengan masyarakat setempat, khususnya komuniti maritim kerana mereka merupakan mata dan telinga kepada pihak penguat kuasa terutamanya dalam aspek pematuhan undang-undang dan melaporkan sebarang insiden kecemasan di laut," katanya dalam ucapan.

Antara pengisian yang disusun dalam program itu ialah sesi dialog bersama komuniti maritim dan diikuti penyampaian taklimat oleh pegawai Maritim Malaysia mengenai 'Preventive SAR'.

Rata-rata para hadirin menzahirkan penghargaan terhadap Maritim Malaysia atas inisiatif penganjuran program seperti ini, kerana ia bukan sahaja berkonsep 'santai' tetapi sarat dengan nasihat dan peringatan kepada para hadirin.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kepada komuniti maritim agar patuhi peraturan yang ditetapkan seperti memakai jaket keselamatan dan merujuk aplikasi my Cuaca memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu susulan berakhirnya fasa Monsun Timur Laut pada ketika ini.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang melalui talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan kecemasan 999.

 

SEMBANG SANTAI LUMPUR2
 
SEMBANG SANTAI LUMPUR4
 
SEMBANG SANTAI LUMPUR5
 
SEMBANG SANTAI LUMPUR6

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1446H ZON MARITIM MIRI

MIRI, 16 APRIL – Suasana Syawal hari ke-17 diraikan dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Zon Maritim Miri yang berlangsung di Dewan Auditorium Kompleks Zon Maritim Miri, siang tadi.

Warga Maritim Malaysia di ZM Miri pada tahun ini amat bertuah dan terasa lebih bermakna dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) Negeri Sarawak, YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew merangkap ADUN Piasau dan juga Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Khairi bin Abd Aziz.

Ketibaan para tetamu istimewa ini telah disambut mesra oleh Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad serta warga Zon Maritim Miri.

Pelbagai juadah khas Aidilfitri dihidangkan dalam majlis ini untuk para hadirin yang datang dengan busana tradisional masing-masing secara tidak langsung mengambarkan keharmonian, perpaduan dan hubungan baik pelbagai kaum di negara ini perlu sentiasa dikekalkan dan dipertahankan.

Walaupun dalam kesibukan para anggota Maritim Malaysia melaksanakan operasi dalam menjaga keselamatan dan keamanan perairan negara 24/7, majlis ini dilihat menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warganya.

Selain menjadi motivasi dan meningkatkan moral yang tinggi buat para anggota bagi melepaskan lelah buat sementara sebelum menyambung tugas dan amanah yang dipikul demi menjaga Ibu Pertiwi dan Tanah Air tercinta.

 

RAYA MIRI2
 
RAYA MIRI3
 
RAYA MIRI4
 
RAYA MIRI5

MARITIM MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT UNODC GMCP, PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM SERANTAU

PUTRAJAYA, 15 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat daripada Penyelaras Serantau United Nations Office on Drugs and Crime – Global Maritime Crime Programme (UNODC GMCP), Mr. David O’Connell di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh Pengarah Bahagian Siasatan dan Jenayah Maritim (MCID), Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah bersama barisan pegawai kanan Maritim Malaysia.

Pertemuan ini mencerminkan hubungan erat yang terus diperkukuh antara Maritim Malaysia dan UNODC dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks di rantau Asia Tenggara.

Perbincangan melibatkan isu-isu strategik berkaitan jenayah maritim rentas sempadan serta pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang di laut.

Dengan kedudukan strategik Malaysia di laluan maritim utama dunia, pendekatan responsif dan bersepadu amat diperlukan dalam menangani ancaman-ancaman ini dengan pemantapan keupayaan penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim menerusi Bahagian Siasatan dan Jenayah Maritim (MCID) yang akan terus diberi keutamaan.

Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan perairan negara, malah menyumbang kepada keselamatan rantau secara menyeluruh serta memperkukuh peranan Malaysia dalam kerjasama serantau dan pelaksanaan undang-undang antarabangsa.

Maritim Malaysia kekal komited untuk memperluas jalinan kerjasama strategik bersama UNODC GMCP bukan sahaja melalui permintaan latihan tetapi juga dalam bentuk sokongan teknikal, perkongsian maklumat dan pembangunan keupayaan berterusan.

 

KH UN2
 
KH UN3
 
KH UN4
 
KH UN5

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC