03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LAWATAN RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH PENGURUSAN MARITIM MALAYSIA KE ZON MARITIM KEMAMAN

KEMAMAN, 10 MEI – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Encik Nor Hisham bin Ibrahim bersama Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Zon Maritim Kemaman dalam usaha memperkukuh sistem pengurusan dan tadbir urus organisasi pada 8 Mei lalu.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin bin Ghazali, serta Timbalan Pengarah Zon (Pengurusan), Puan Nor Aini binti Mohamad. Lawatan ini turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Zon dan Ketua-Ketua Unit dari Seksyen Pengurusan, Zon Maritim Kemaman.

Perjumpaan yang diadakan bertujuan membincangkan pelbagai isu berkaitan pengurusan serta merangka langkah penambahbaikan dalam aspek pentadbiran organisasi bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan berimpak tinggi.

Selain sesi perbincangan, beliau turut meninjau keadaan semasa kawasan sekitar Pejabat Zon Maritim Kemaman, termasuk Lawatan ke jeti operasi dan kuartes kediaman yang sedang dibaikpulih secara berperingkat serta lawatan ke jeti tahanan yang masih dalam pembangunan . Lawatan ini membolehkan beliau menilai keadaan premis dan mempertimbangkan keperluan penambahbaikan bagi memastikan kelancaran operasi harian.

Sebagai tanda penghargaan, sesi lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Komander Maritim Ariffin bin Ghazali serta sesi bergambar bersama delegasi yang hadir.

Lawatan ini mencerminkan komitmen pengurusan tertinggi Maritim Malaysia dalam memastikan aspek pengurusan dan pentadbiran sentiasa diperkemas, sejajar dengan visi dan misi organisasi untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

 

TKPP KEMAMAN
 
TKPP KEMAMAN4
 
TKPP KEMAMAN5

MARITIM MALAYSIA DAN PDRM PERKUKUH KERJASAMA KEKANG JENAYAH RENTAS SEMPADAN: PERJUMPAAN SEMPENA MESYUARAT KHAS NCB/INTERPOL

KUALA LUMPUR, 8 MEI – Satu perjumpaan telah diadakan sempena Mesyuarat Khas NCB/INTERPOL; di antara Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, YDH CP Dato’ Seri Mohd Suhaily bin Mohd Zain serta Penolong Pengarah NCB/INTERPOL PDRM, Supt. Saravanan Kanniappan, semalam.

Mesyuarat Khas INTERPOL yang diadakan itu telah menghimpunkan pegawai-pegawai kanan daripada agensi serta jabatan penguatkuasa undang-undang serta penyiasatan berkaitan jenayah rentas sempadan berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama KDNKA, Bukit Aman, dan dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara, YDH IGP Tan Sri Dato’ Seri Razarudin bin Husain.

Dalam perjumpaan itu, fokus utama perbincangan adalah ke arah memperkukuhkan kerjasama strategik di antara Maritim Malaysia dan PDRM, khususnya dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks dan mencabar.

Kerjasama erat di antara kedua-dua perkhidmatan dijangka akan terus dipertingkatkan demi keselamatan dan kedaulatan perairan serta sempadan negara.

 

WhatsApp Image 2025 05 08 at 12.42.50 PM
 
WhatsApp Image 2025 05 08 at 12.42.51 PM
 
WhatsApp Image 2025 05 08 at 12.42.51 PM 1

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI TINJAU KESIAGAAN OPERASI MARITIM NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 4 MEI – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman melakukan lawatan kerja rasmi ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Sistem Pengawasan Laut Sabah (SWASLA), semalam.

Lawatan julung kali ini diadakan sejak pelantikan beliau sebagai KSU turut melibatkan siri tinjauan lapangan termasuk ke fasiliti kritikal Maritim Malaysia seperti Radar SWASLA di Pulau Gaya, tapak cadangan Kompleks Ibu Pejabat Maritim Sabah dan WP Labuan serta tinjauan aset strategik Kapal Maritim (KM) BANGGI.

Pada lawatan tersebut, delegasi telah disambut Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim bersama Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali, usai tiba di Jeti Taman-Taman Sabah.

Semasa kunjungan ke KM BANGGI di Kinabalu North Shipyard Maritime Sdn Bhd, Datuk Awang Alik diberikan penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Setempat (KKS) dan dibawa meninjau ruang operasi oleh Pegawai Memerintah, Komander Maritim Mahathir Mohammad.

Beliau turut diberi peluang mencuba sistem komunikasi siaran kapal dan menyampaikan kata-kata semangat kepada warga KM BANGGI. Taklimat ringkas operasi turut disampaikan oleh Leftnenan Maritim Mohd Fauzi Ibrahim ketika delegasi berada di kapal tersebut.

Lawatan diteruskan ke Ibu Pejabat Maritim Sabah dan Pusat Operasi SWASLA di mana beliau diberikan taklimat operasi oleh Komander Maritim Abdul Hakim Mohd Idris dan berkesempatan mencuba beberapa sistem komunikasi radar yang digunakan dalam rondaan pemantauan maritim Sabah.

Acara diakhiri dengan sesi menandatangani buku pelawat serta pertukaran cenderahati sebagai simbol penghargaan dan kerjasama strategik.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Boon Chin Chau, Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Norhaini Osli, Pengarah Zon Maritim Sandakan, Labuan, Tawau serta para pegawai kanan, pegawai memerintah kapal dan ketua bot.

 

KSU SABAH7
 
KSU SABAH2
 
KSU SABAH4
 
KSU SABAH5

 

 

DUA PEGAWAI MARITIM MALAYSIA TAMATKAN LATIHAN DI AMERIKA SYARIKAT – TINGKAT KAPASITI MARITIM DI PERINGKAT ANTARABANGSA

PUTRAJAYA, 5 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Leftenan Komander Maritim Abd Rasyid bin Abd Razak dan Leftenan Maritim Muhammad Uzair bin Ismail atas kejayaan menamatkan International Maritime Officer Course (IMOC) yang berlangsung di United States Coast Guard Training Center, Yorktown, Virginia, Amerika Syarikat.

Kursus berprestij telah berlangsung bermula pada 3 Februari hingga 26 April 2025 itu telah menghimpunkan pegawai penguat kuasa maritim dari seluruh dunia, dan memberi fokus kepada aspek penting seperti undang-undang maritim antarabangsa, keselamatan pelayaran, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT), pencegahan jenayah rentas sempadan, serta kerjasama operasi antarabangsa.

Majlis graduasi telah disempurnakan oleh Komander Fifth Coast Guard District, United States Coast Guard Laksamana Muda John “Jay” Vann, yang turut menyampaikan sijil kepada para peserta.

Penyertaan dan kejayaan dua pegawai Maritim Malaysia ini mencerminkan tahap kecemerlangan, profesionalisme serta daya saing warga Maritim Malaysia di persada global, seiring dengan komitmen agensi dalam memperkukuh rangkaian kerjasama antarabangsa serta mempertingkat keupayaan penguatkuasaan dan keselamatan perairan negara.

Maritim Malaysia terus komited melahirkan pegawai berkaliber tinggi serta memperluas peranan Malaysia dalam kerjasama keselamatan maritim serantau dan global.

 

TAMAT US2
 
TAMAT US3
 
TAMAT US4
 
TAMAT US5

105 WARGA MARITIM MALAYSIA TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2024

BANGI, 29 APRIL – Seramai 105 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diraikan hari ini dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024, sebagai penghargaan tertinggi atas komitmen yang dicurahkan oleh para penerima sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli berkata, penganugerahan ini bukan sekadar simbol penghormatan, tetapi menjadi pencetus semangat kepada seluruh warga Agensi untuk terus mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi dan profesional.

“Keunggulan Maritim Malaysia bukan hanya terletak pada kecekapan operasi, tetapi pada iltizam setiap pegawainya untuk menjunjung amanah negara dengan penuh taat setia dan keberanian,” katanya lagi.

Datuk Haji Mohd Rosli dalam ucapan yang sama turut menyeru agar para penerima, menjadi teladan dan pembimbing kepada generasi baharu dalam Agensi, selain terus memperkukuh nilai integriti, profesionalisme dan efisiensi dalam setiap lapisan organisasi.

Usai ucapan, Datuk Haji Mohd Rosli turut berkesudian menyampaikan APC kepada para penerima melibatkan warga dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Maritim Negeri Selangor, Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Stesen Udara Maritim Subang serta Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan Reben Perkhidmatan Cemerlang Maritim (RCM) kepada sembilan penerima APC yang telah menerima sebanyak tiga kali anugerah APC sepanjang perkhidmatan di Maritim Malaysia.

Majlis anjuran bersama Bahagian Sumber Manusia Maritim Malaysia turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Encik Nor Hisham bin Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.

 

APC252
 
APC253
 
APC254
 
APC255

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC