03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MENTERI BESAR PAHANG TINJAU OPERASI OP KHAS PAGAR LAUT SEMPENA MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI

KUANTAN, 26 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Pahang sedang melaksanakan operasi OP KHAS PAGAR LAUT Bil 1/2025 bagi membanteras jenayah rentas sempadan dan pencerobohan terutamanya di perairan Pahang menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Operasi ini telah diaktifkan bermula pada 10 Mac hingga 18 April 2025 melibatkan empat fasa utama iaitu pengumpulan maklumat dan kesiapsiagaan aset, penguatkuasaan sebelum dan selepas perayaan serta pemantauan berterusan melalui Post Exercise Debrief (PXD).

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail memaklumkan, sepanjang lima tahun pelaksanaan operasi ini pada tahun 2020 hingga 2024, Maritim Negeri Pahang berjaya menumpaskan 18 kes termasuk jenayah maritim dengan nilai rampasan hampir RM650 ribu.

Dengan 10 aset iaitu 5 buah bot dan 5 buah kapal serta kekuatan lebih 260 anggota telah digerakkan sepanjang operasi ini.

Pada masa yang sama Maritim Negeri Pahang juga bersiap siaga untuk Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bagi memastikan kesejahteraan rakyat di seluruh perairan Pahang.

Operasi ini adalah bukti komitmen dan kesiapsiagaan anggota Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman dan aktiviti haram seperti penyeludupan, pencerobohan nelayan asing dan kegiatan jenayah maritim lain yang boleh mengancam keselamatan dan ekonomi negara.

Walaupun berdepan dengan risiko yang tinggi, mereka tetap teguh menjalankan tugas demi kepentingan negara dan rakyat. Keberanian dan pengorbanan mereka patut dihargai oleh semua pihak.

Turut hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Logistik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab, Ahli Jawatankuasa Keselamatan Negeri serta wakil Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Pahang.

Maritim Negeri Pahang akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan di laut terutamanya di musim perayaan bagi memastikan sebarang kesalahan dan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras agar perairan Pahang sentiasa selamat, aman dan terkawal.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

MB PAHANG LAWAT2
 
MB PAHANG LAWAT3
 
MB PAHANG LAWAT4
 
MB PAHANG LAWAT5

 

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC