02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

15 WAKIL MEDIA TEMPATAN RASAI PENGALAMAN MENAIKI KM TUN FATIMAH DI LIMA’25

LANGKAWI, 23 MEI – Seramai 15 wakil media tempatan hari ini berpeluang menjejakkan kaki ke atas Kapal Maritim (KM) TUN FATIMAH dalam satu program eksklusif Lawatan Media sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25), memberikan mereka pengalaman secara langsung dalam mengetahui keupayaan aset strategik terkini milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Lawatan yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah itu memberi gambaran jelas tentang peranan penting KM TUN FATIMAH sebagai benteng hadapan keselamatan perairan negara.

“KM TUN FATIMAH bukan sahaja sebuah kapal peronda luar pesisir biasa. Ia merupakan simbol kesiapsiagaan dan keselamatan negara.

“Dengan keupayaan operasi sehingga 21 hari tanpa perlu kembali ke pelabuhan, kapal ini mampu mengawal Zon Maritim Malaysia khususnya di Laut China Selatan secara berterusan,” kata Mohd Zawawi.

KM TUN FATIMAH yang mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2024, berukuran 83 meter panjang dan dilengkapi dengan pelantar helikopter, sistem radar berteknologi tinggi serta peralatan pemantauan maritim moden, menjadikannya aset strategik dalam operasi penguatkuasaan undang-undang, pengawasan sempadan serta misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

Tahun pertamanya mencatatkan prestasi cemerlang dengan 14 kes tangkapan melibatkan vesel dari Vietnam, Indonesia serta dua kes berkaitan Maritime Security Offences (MSO).

“Sehingga April 2025, kapal ini telah melakukan 124 pemeriksaan dan 38 penggeledahan, membuktikan peranannya sebagai salah satu aset Maritim Malaysia yang penting dalam menjalankan rondaan dan pengawasan di perairan negara,” tambah beliau.

Sepanjang pengoperasiannya, KM TUN FATIMAH telah menyertai pelbagai eksesais berskala besar termasuk Eksesais Maritim Perkasa 6/2024 Barat, Eksesais EMPURA dan OP KHAS PAGAR LAUT, menjadikan aset ini semakin matang dalam menghadapi pelbagai cabaran maritim.

“Setiap kejayaan operasi ini adalah hasil dedikasi tinggi anggota yang berkhidmat. Maritim Malaysia akan terus memperkasa keupayaan dan meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman maritim masa hadapan,” tegas Mohd Zawawi.

Program lawatan ini telah menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan strategik antara Maritim Malaysia dan media dalam menyampaikan mesej keselamatan negara kepada rakyat secara telus dan berimpak positif.

 

VISIT KM TUN FATIMAH
 
VISIT KM TUN FATIMAH2
 
VISIT KM TUN FATIMAH5
 
VISIT KM TUN FATIMAH7

LIMA’25 | PEMANGKU TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) MARITIM MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KESELAMATAN ANTARABANGSA

LANGKAWI, 22 MEI – Pentas LIMA’25 terus menjadi medan penting Maritim Malaysia bagi meningkatkan diplomasi keselamatan serantau menerusi kunjungan hormat daripada barisan pegawai kanan agensi maritim antarabangsa yang berperanan besar dalam menjaga keselamatan perairan Asia Tenggara.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah menerima kunjungan hormat daripada tiga delegasi keselamatan iaitu Deputy Chief of Commanders Executive Office dari Thai Maritime Enforcement Coordinating Center (Thai-MECC), Rear Admiral Bandit Chuenim; Commander of Coast Guard District Southeastern Mindanao dari Philippine Coast Guard (PCG), Commodore Rejard Marfe dan Senior Superintendent Haji Hamri Aslan Haji Abu Hanafiah dari Brunei Marine Police.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, para delegasi bertukar pandangan mengenai usaha bersama dalam memelihara keselamatan perairan termasuk isu-isu rentas sempadan seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan pencerobohan selain menyuarakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dalam memastikan keselamatan perairan negara terpelihara.

 

DELEGASI KESELAMATAN3
 
DELEGASI KESELAMATAN4
 
DELEGASI KESELAMATAN6
 
DELEGASI KESELAMATAN8

KEHEBATAN MARITIM MALAYSIA TARIK PERHATIAN TETAMU DIRAJA DI LIMA’25

LANGKAWI, 22 MEI – Aksi berani dan keupayaan taktikal luar biasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencuri tumpuan tetamu Diraja dan antarabangsa ketika menyaksikan demonstrasi penuh dramatik dalam Segmen Maritim yang disajikan Agensi ini sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 di Resort World Langkawi (RWL), hari ini.

Persembahan yang disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib serta isteri, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah, ternyata berjaya menarik perhatian sekaligus menyerlahkan pengiktirafan tertinggi tetamu kehormat terhadap kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam mempertahankan keselamatan perairan negara.

Demonstrasi eksklusif ini telah memperlihatkan kebolehan aset laut milik Maritim Malaysia seperti Bot BENTENG, Bot PERKASA serta aset udara Helikopter AW139 dalam melaksanakan operasi berisiko tinggi termasuk pemintasan kapal, pengepungan taktikal serta misi penyelamatan yang kompleks.

Pada sesi yang sama, para penonton turut disajikan dengan persembahan penuh debaran yang dipersembahkan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia yang mencerminkan tahap kecekapan dan profesionalisme anggota penguat kuasa Agensi ini.

Turut hadir ke acara yang sama, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menyifatkan kehadiran pemimpin tertinggi negara dan delegasi luar sebagai satu penghormatan besar serta tanda kepercayaan terhadap Agensi ini.

“Kehadiran mereka bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Maritim Malaysia, malah menunjukkan keyakinan terhadap peranan penting kami sebagai perisai maritim negara,” katanya.

Dalam pada itu, usaha memperkukuh jaringan diplomasi keselamatan turut dipergiat apabila Maritim Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada beberapa delegasi kanan antarabangsa bermula semalam.

Antara sesi pertemuan yang telah diadakan adalah Kunjungan Hormat daripada Commander Maritime Border Command, Australian Border Force (ABF), Laksamana Muda Brett Sonter, Timbalan Komandan Turkish Coast Guard (TCG), Laksamana Muda (UH) Cengiz Unver, serta Pengarah Kerjasama, Badan Keamanan Laut Indonesia (BAKAMLA), Laksamana Pertama Askari.

“Kunjungan tersebut membuka ruang perbincangan strategik melibatkan kerjasama rentas sempadan, terutama dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim serantau yang semakin mencabar,” ujar beliau.

Melalui pertemuan ini, LIMA 2025 sekali lagi membuktikan peranannya sebagai pentas utama mempamerkan kekuatan pertahanan negara serta memperkukuh jaringan keselamatan maritim bersama rakan serantau dan antarabangsa.

 

TETAMU LIMA254
 
TETAMU LIMA255
 
TETAMU LIMA258
 
TETAMU LIMA256

LIMA’25 | KUNJUNGAN HORMAT SINGAPORE POLICE COAST GUARD KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

LANGKAWI, 22 MEI – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menerima kunjungan hormat daripada Senior Assistant Commissioner Ang Eng Seng dari Singapore Police Coast Guard (SPCG) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), hari ini.

Kunjungan ini menjadi platform bagi bertukar pandangan secara umum berkaitan keselamatan perairan negara, khususnya berkaitan dengan kepentingan bersama dalam menjaga kestabilan di kawasan perairan Selat Melaka dan Selat Singapura.

Kedua-dua agensi menyatakan kesediaan untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama melalui mekanisme komunikasi yang lebih efektif serta kolaborasi dalam pemantauan dan penguatkuasaan maritim sejajar dengan keperluan semasa dalam menghadapi ancaman rentas sempadan.

Sebagai simbol penghargaan dan persahabatan, sesi tersebut turut diserikan dengan pertukaran cenderamata antara Ketua Pengarah Maritim Malaysia dan delegasi SPCG.

Kehadiran Singapore Police Coast Guard ke LIMA’25 memperkukuh peranan pameran ini sebagai platform penting untuk memupuk kerjasama strategik dan diplomasi pertahanan antara negara-negara serantau.

SINGAPORE LAWAT
 
SINGAPORE LAWAT2
 
SINGAPORE LAWAT3
 
SINGAPORE LAWAT5

MENGUKUHKAN HUBUNGAN MARITIM MALAYSIA – PAKISTAN

PUTRAJAYA, 20 MEI– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus melangkah proaktif dalam memperkukuhkan hubungan strategik serantau apabila menerima kunjungan hormat daripada delegasi 𝐻𝑖𝑔ℎ 𝐶𝑜𝑚𝑚𝑖𝑠𝑠𝑖𝑜𝑛 𝑜𝑓 𝑃𝑎𝑘𝑖𝑠𝑡𝑎𝑛 𝑖𝑛 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎 di 𝐴𝑑𝑚𝑖𝑟𝑎𝑙 𝐿𝑜𝑢𝑛𝑔𝑒, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, pada 19 Mei 2025.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Deputy Head of Mission, Mr. Rajeel Mohsin bersama Community Welfare Attaché, Mr. Hamza Naveed.

Delegasi ini telah disambut mesra oleh Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah, Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), yang mengetuai sesi perbincangan rasmi.

Dalam suasana perbincangan yang produktif dan harmoni, kedua-dua pihak berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu maritim serantau, termasuk aspek keselamatan pelayaran, jenayah rentas sempadan, serta langkah-langkah kolaboratif dalam menghadapi cabaran maritim masa kini.

Antara fokus utama yang dibincangkan ialah memperluas kerjasama strategik dalam keselamatan maritim dan pengawasan sempadan laut;, menggalakkan pertukaran maklumat dan latihan bersama antara pegawai penguat kuasa kedua-dua negara dan menyokong penglibatan aktif dalam forum maritim antarabangsa dan memperkukuh dialog dua hala berterusan.

Laksamana Pertama Maritim Shahref turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia melihat Pakistan sebagai rakan kerjasama penting dalam memastikan keselamatan, kestabilan dan kemakmuran perairan serantau yang dikongsi bersama.

“Hubungan erat antara Maritim Malaysia dan Pakistan adalah tonggak penting dalam usaha memperkukuh keselamatan maritim Asia Selatan dan Asia Tenggara. Melalui kerjasama strategik ini, kita dapat melindungi kepentingan maritim bersama serta menangani ancaman dengan lebih efektif,” ujarnya.

Maritim Malaysia turut menzahirkan penghargaan atas kesediaan High Commission of Pakistan untuk terus mempererat hubungan dua hala dan berharap pertemuan ini menjadi batu loncatan kepada inisiatif bersama yang lebih bermakna di masa hadapan.

 

MALAYSIA PAKISTAN2
 
MALAYSIA PAKISTAN3
 
MALAYSIA PAKISTAN4

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC