03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH MARITIM MALAYSIA KEPADA PIHAK MT ORKIM SAPPHIRE

PELABUHAN KLANG, 8 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysi (APMM), Maritim Negeri Selangor menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak MT ORKIM SAPPHIRE atas inisiatif dan keberanian menyelamatkan dua nelayan warga Indonesia yang nyaris maut dalam kejadian bot terbalik di perairan Pulau Tengah, Klang Selangor pada 2 April lalu.

Sijil Penghargaan itu telah disampaikan oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh mewakili Agensi di pejabat Orkim Sapphire Sdn. Bhd. (Malaysia) di Petaling Jaya semalam.

Beliau berkata, penghargaan itu diberikan kepada pihak terlibat atas keprihatinan dan semangat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh kru dan anak kapal MT ORKIM SAPPHIRE dalam membantu Maritim Malaysia bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda komuniti maritim di perairan negara.

“Kami amat menghargai usaha murni pihak terlibat yang telah membantu Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan nyawa dan harta benda komuniti Maritim dapat diutamakan. Sokongan seperti ini amat penting dalam memperkukuhkan semangat kerjasama antara masyarakat dan Maritim Malaysia,” katanya.

Jelasnya lagi, penghargaan ini juga adalah sebagai pendorong kepada individu atau pihak awam dan swasta untuk terus kekal semangat untuk berbakti dan menjadi contoh serta teladan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya komuniti maritim, melakukan perkara yang sama jika berada dalam situasi kejadian.

Untuk rekod, dalam insiden yang berlaku di kedudukan kira-kira 19 batu nautika barat Pulau Tengah pada sekitar jam 9.19 pagi (2 April) lalu. Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru segera mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 9.30 pagi dengan pasukan Maritim Negeri Selangor telah mengatur gerak aset laut, Bot Pengawal 26, serta sebuah aset udara untuk melakukan pemantauan di lokasi kejadian.

Lebih kurang setengah jam selepas operasi bermula, Pusat Operasi menerima maklumat daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) bahawa kapal minyak ORKIM SAPPHIRE, yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Sungai Udang, Melaka ke Pulau Pinang, telah menemukan dan menyelamatkan dua mangsa yang terapung di laut.

Mangsa, Admiral Chaniago, 51, dan Roy Tampa, 25, kedua-duanya warga Indonesia, kemudian dipindahkan ke PENGAWAL 26 sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah pada sekitar jam 5.00 petang.

Setibanya di jeti, kedua-dua mangsa yang dalam keadaan keletihan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada wakil Kedutaan Besar Republic Indonesia, Tuan Aisat Amrullah, pada jam 8.00 malam hari kejadian.

 

WhatsApp Image 2025 04 07 at 6.12.47 PM11

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC