02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LAWATAN MARITIM MALAYSIA KE INSTITUT LATIHAN INTRUKTUR TERBANG (ILIT)

ALOR SETAR, 3 JUN – Ketua Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan bersama delegasi penerbang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT), Alor Setar.

Ketibaan delegasi Maritim Malaysia disambut oleh Pegawai Memerintah ILIT bersama barisan jurulatih dan para pelatih institut tersebut.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Maritim Malaysia dan ILIT khususnya dalam bidang latihan serta pengoperasian penerbangan. Perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman antara kedua-dua organisasi diharap dapat menjadi pemangkin ke arah kerjasama strategik dalam mempertingkat kesiapsiagaan udara negara.

Pihak ILIT turut menzahirkan penghargaan atas kesudian Maritim Malaysia menjadikan ILIT sebagai destinasi lawatan rasmi, serta menyatakan komitmen untuk terus menjalinkan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam membentuk tenaga profesional yang cekap dan berwibawa dalam sektor penerbangan keselamatan.

Maritim Malaysia akan terus menyokong usaha memperkasa latihan dan pengoperasian udara demi memastikan kedaulatan dan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

SUMS ILIT
 
SUMS ILIT6
 
SUMS ILIT7
 
SUMS ILIT4

 

 

KOMUNIKASI CEMERLANG, OPERASI TERBILANG – INISIATIF ZON MARITIM MIRI

MIRI, 1 JUN – Komitmen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam memperkasa kecekapan komunikasi operasi terus diperkukuh melalui penganjuran Kursus Kemahiran Komunikasi Operasi oleh Zon Maritim Miri yang berlangsung selama tiga hari pada 6 hingga 8 Mei lalu.

Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 60 pegawai dan anggota dari Zon Maritim Miri serta 10 wakil dari Zon Maritim Bintulu, dengan objektif meningkatkan kecekapan dalam pengurusan komunikasi semasa pelaksanaan operasi maritim, selari dengan kehendak dan piawaian semasa agensi.

Tenaga pengajar utama kursus ini ialah Leftenan Madya Maritim Mohd Hafir bin Ismail dari Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), yang mempunyai pengalaman hampir tujuh tahun dalam bidang latihan dan pernah mengikuti Kursus Long Communication di INS Venderuthy, Kerala, India selama setahun.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, penganjuran kursus ini bukan sahaja dapat meningkatkan profesionalisme anggota, malah menjimatkan kos latihan dengan melaksanakannya di peringkat zon.

"Latihan seumpama ini penting agar semua pegawai dan anggota sentiasa selaras dengan perubahan serta kehendak semasa agensi, terutamanya dalam aspek komunikasi yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan setiap operasi," ujarnya.

Penutupan rasmi kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri, Leftenan Komander Maritim Muhd Firdaus bin Saniman yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil peserta dan cenderamata kepada penceramah jemputan.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama para peserta dan penceramah di Auditorium Kompleks Zon Maritim Miri sebagai simbolik kejayaan penganjuran kursus ini.

 

KURSUS KOM2
 
KURSUS KOM3
 
KURSUS KOM4

LOKAP BAHARU KUATKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA DI BATU PAHAT

BATU PAHAT, 30 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh keupayaan penguatkuasaannya menerusi penerimaan rasmi bangunan lokap baharu yang dibina di Zon Maritim Batu Pahat, di sini hari ini.

Majlis penyerahan rasmi tersebut disempurnakan menerusi sesi menandatangani Sijil Penyerahan antara Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil, wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Encik Jafrizul bin Jamhuri dan wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir. Fairul Azrie bin Yaacob.

Kama Azri berkata, bangunan lokap baharu itu dibina semula sepenuhnya dengan kos melebihi RM3 juta melalui inisiatif kerajaan bagi memperkukuh prasarana keselamatan negara. Skop pembinaan melibatkan empat buah sel tahanan, pagar keselamatan dan pejabat lokap.

“Projek tersebut menjadi simbol keprihatinan kerajaan dalam menyokong operasi Maritim Malaysia sebagai agensi utama dalam penguatkuasaan undang-undang maritim dan keselamatan perairan negara,” ujar beliau.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran beberapa pegawai kanan termasuk Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohammad bin Othman, Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal, dan Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin.

Turut hadir, Ketua Cawangan Prasarana dan Infrastruktur Bahagian Pembangunan Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Encik Arun Fazhillah bin Hamdan, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Keselamatan Premis dan Lokap, Leftenan Komander Maritim Kanagaswaran A/L Periasamy serta wakil Cawangan Kerja Keselamatan JKR, Encik Riduan bin Juhari @ Salim.

Dengan siapnya projek ini, Maritim Malaysia komited untuk terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi di lapangan, seterusnya memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.

 

LOKAP BATU PAHAT
 
LOKAP BATU PAHAT2
 
LOKAP BATU PAHAT4

 

 

MARITIM NEGERI PERAK RAI KUNJUNGAN DELEGASI UPNM

LUMUT, 1 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menerima kunjungan seramai 54 mahasiswa tahun satu Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam lawatan ilmiah ke Pangkalan Maritim di Lumut, pada 30 Mei lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob kata, lawatan ini dilihat sebagai platform pendedahan kepada golongan mahasiswa mengenai peranan, kepakaran dan keupayaan teknologi yang dimiliki Maritim Malaysia, selain mengukuhkan sinergi antara institusi akademik dan agensi penguat kuasa maritim.

Katanya lagi, kunjungan ini bukan sekadar sesi lawatan semata-mata, malah menjadi wahana strategik untuk menanam minat dan pemahaman dalam kalangan mahasiswa UPNM terhadap bidang keselamatan maritim negara.

Delegasi UPNM yang turut disertai empat pensyarah pengiring yang disambut sendiri oleh beliau sebelum dibawa melawat Kapal Maritim (KM) MALAWALI yang berlabuh di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Kampung Acheh.

Program dimulakan dengan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Leftenan Maritim Muhammad Safuan bin Mohd Hashim. Para pelajar kemudiannya dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk sesi penerangan khusus melibatkan bahagian navigasi, operasi dan teknikal kapal.

Sepanjang lawatan, para pelawat berpeluang mengenali secara dekat kelengkapan dan fungsi utama KM MALAWALI melalui sesi interaktif bersama pegawai dan anggota bertugas.

Turut diadakan sesi soal jawab yang membuka ruang perkongsian pengalaman serta peranan barisan hadapan Maritim Malaysia dalam menjaga kedaulatan perairan negara.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan, diikuti sesi bergambar kenangan yang menyuntik semangat kebersamaan antara kedua-dua pihak.

Kunjungan ini diharap menjadi pemangkin kepada hubungan strategik antara Maritim Malaysia dan UPNM dalam memperkukuh agenda keselamatan maritim serta memperluas jaringan kerjasama akademik dan profesional pada masa hadapan.

 

KUNJUNGAN UPNM2
 
KUNJUNGAN UPNM3
 
KUNJUNGAN UPNM4

ZON MARITIM TANJUNG SEDILI PERKASA SOP PENGGELEDAHAN DEMI TINGKAT PROFESIONALISME

TANJUNG SEDILI, 30 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili terus komited mempertingkatkan kecekapan operasi menerusi penganjuran Kursus Pengukuhan Tatacara Penggeledahan sebagai inisiatif strategik dalam memperkukuh kemahiran dan pematuhan prosedur operasi dalam kalangan pegawai penguat kuasa.

Kursus yang berlangsung selama dua hari bermula semalamdan hari ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman dan pelaksanaan tatacara penggeledahan selaras dengan Standard Operating Procedure (SOP) serta arahan tetap Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohammad bin Othman berkata, inisiatif ini selaras dengan komitmen agensi untuk mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam kalangan pegawai dan anggota serta dengan adanya latihan seperti ini dapat memastikan bahawa setiap tindakan di lapangan dilaksanakan berlandaskan undang-undang sedia ada.

Kursus yang dikendalikan oleh Leftenan Komander Maritim Mohd Khairulanwar bin Hamzah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Maritim Malaysia untuk memperkasakan kemahiran pegawai penguat kuasa, malah secara tidak langsung mempertingkatkan keberkesanan operasi penguatkuasaan dalam memelihara keselamatan perairan negara.

Kursus ini juga membuktikan komitmen Maritim Malaysia untuk terus memacukearah kecemerlangan perkhidmatan melalui pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, sejajar dengan aspirasi teras ketiga di dalam Teras Tujuh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah iaitu pembangunan modal insan dan organisasi.

Beliau turut menjelaskan bahawa usaha sebegini mampu mengukuhkan integriti serta keyakinan awam terhadap Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara. Kursus diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta dan sesi bergambar.

 

GELEDAH SEDILI
 
GELEDAH SEDILI2
 
GELEDAH SEDILI4

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC