02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

BOT KELAS IBRAHIM CURI TUMPUAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68

PUTRAJAYA, 31 OGOS – Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) buat julung kali mempamerkan Bot Kelas Ibrahim yang menjadi simbol sokongan Yang di-Pertuan Agong terhadap keselamatan maritim negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah memaklumkan, bot yang dikurniakan Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim dibina khas oleh Royal Boat Hangar Johor dan telah diserahkan kepada Maritim Malaysia pada 6 Mac lalu.

Tegas beliau, penyerahan itu melambangkan iltizam Seri Paduka Baginda dalam memperkukuh kawalan perairan negara sekaligus meletakkan kepercayaan penuh kepada Agensi ini dalam menjaga keselamatan perairan negara.

“Bot sepanjang 12.6 meter dengan lebar 3.5 meter ini diperbuat daripada aluminium marin berkualiti tinggi serta dipacu tiga enjin Mercury OBM (Outboard Motor) berkuasa 300 kuasa kuda setiap satu.”

“Ia mampu mencapai kelajuan maksimum 56 knot, dan kelajuan pelayaran optimum ialah 40 knot menjadikannya antara bot pemintas berkelajuan tinggi yang dimiliki Maritim Malaysia,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 di Dataran Putrajaya, pagi tadi.

Sambutan Hari Kebangsaan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, serta dihadiri YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dan dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi dan Datuk Seri Fadillah bin Yusof.

Mengulas lanjut mengenai bot berkenaan, Datuk Haji Mohd Rosli menjelaskan, bot tersebut dipinjamkan tanpa kos selama lima tahun dan bot berkenaan telah diserahkan kepada Maritim Negeri Johor untuk memperkukuh rondaan dan operasi penguatkuasaan di perairan strategik negeri tersebut.

Selain Bot Kelas Ibrahim, Maritim Malaysia turut menampilkan pasukan elit Rescue Swimmer (Perenang Penyelamat) yang berperanan melaksanakan misi menyelamat di laut dalam keadaan ekstrem. Setakat ini, pasukan itu mempunyai kekuatan 11 anggota operasi dan 12 lagi dalam latihan.

Dalam pada itu, Datuk Haji Mohd Rosli memaklumkan jenayah maritim termasuk penyeludupan manusia, pencerobohan nelayan asing dan penyeludupan dadah menunjukkan trend penurunan.

“Perairan negara kita berada pada tahap aman dan terkawal. Walaupun ada insiden berlaku, jumlahnya semakin berkurangan hasil kerjasama erat Maritim Malaysia dengan Pasukan Polis Marin serta Tentera Laut Diraja Malaysia,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, kontinjen Maritim Malaysia dengan 327 pegawai dan anggota dari Maritim Negeri, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), Penerbang Maritim Malaysia, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) lengkap dengan enam jenis pakaian rasmi telah bersama-sama mengikuti perbarisan pada sambutan tersebut.

Selain itu, turut serta Pasukan Pancaragam Maritim Malaysia terdiri dari 40 anggota di samping beberapa buah aset lain turut diperagakan seperti Bot PERKASA 36, Bot BENTENG 2, Air Boat 03, Mobile Surveillance Unit (MSU) serta Helikopter Dauphin AS365 N3.

 

KELAS IBRAHIM2
 
KELAS IBRAHIM3
 
KELAS IBRAHIM4

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIR MAJLIS AMANAT HARI KEBANGSAAN 2025 OLEH PERDANA MENTERI

SERDANG, 30 OGOS – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menghadiri Majlis Amanat Hari Kebangsaan 2025 oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim di Maeps, Serdang, hari ini.

Dalam amanatnya, Perdana Menteri menekankan kepentingan perpaduan, hormat menghormati dan memaknai tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Seiring tema sambutan kemerdekaan tahun ini, Maritim Malaysia komited mempertahankan kedaulatan perairan negara di samping menyantuni rakyat melalui khidmat penguatkuasaan yang berintegriti, cekap dan mesra komuniti maritim.

Selain itu, semangat kemerdekaan yang diraikan harus diterjemahkan dalam bentuk pengorbanan, kesungguhan dan kesiapsiagaan anggota demi menjamin keselamatan perairan serta kesejahteraan rakyat Malaysia.

Majlis turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

 

AMANAT PMX2
 
AMANAT PMX3
 
AMANAT PMX4

KAMPUNG TEMERLOK TERIMA ‘NAFAS BAHARU’ MELALUI PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI

TRONG, 24 OGOS – Kampung Temerlok di Trong, Perak menerima ‘nafas baharu’ apabila empat projek pembangunan utama bernilai RM1 juta dilaksanakan di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, projek berkenaan bukti jelas bahawa denyut nadi rakyat luar bandar sentiasa dekat di hati kepimpinan negara, selain menzahirkan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.

Saifuddin turut berkata, melalui peruntukan yang diberikan, Kampung Temerlok telah menerima manfaat secara langsung yang benar-benar menyentuh kehidupan seharian penduduk.

“Inilah pendekatan Malaysia MADANI, bukan sekadar janji, tetapi tindakan yang pasti,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian, ketika hadir menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman serta Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Antara projek yang dilaksanakan ialah menaik taraf Jeti Nelayan Sungai Tok Lin berjumlah hampir RM350 ribu. Selain itu, Sekolah Agama Rakyat Al-Mahmudiah turut menerima hampir RM170 ribu bagi kerja baik pulih bangunan agar anak-anak kampung dapat menimba ilmu dalam suasana lebih kondusif.

Turut dilaksanakan ialah penaiktarafan Pusat Pemindahan Banjir di SK Temerlok dengan kos hampir RM330 ribu sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh, serta pembaikan Masjid Al-Mahmudiah bernilai hampir RM150 ribu yang melibatkan kerja mengecat, membaiki bumbung, pemasangan jubin dan pagar kubur.

Menurut Saifuddin, pelaksanaan projek tersebut mencerminkan kesungguhan kerajaan memastikan pembangunan desa setara dengan bandar.

“Kerajaan MADANI di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memastikan tiada komuniti yang terpinggir daripada arus pembangunan. Inilah bukti, kerajaan bekerja, rakyat merasa,” ujarnya.

Terdahulu, beliau mengarahkan semua agensi di bawah KDN mengenal pasti sekurang-kurangnya sebuah kampung untuk dijadikan kampung angkat bagi menyampaikan bantuan secara langsung kepada rakyat.

Beliau berharap usaha seumpama itu dapat meningkatkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan, selain memperkukuh kerjasama antara agensi Kerajaan dan masyarakat, disamping menyemai semangat perpaduan demi masa depan negara yang lebih sejahtera.

 

KG MADANI
 
KG MADANI2
 
KG MADANI3
 
KG MADANI5

LAWATAN MENGEJUT KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA KE MELAKA & NEGERI SEMBILAN

KUALA LINGGI. 28 OGOS – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, hari ini mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bagi menilai tahap kesiapsiagaan operasi serta pengurusan dalaman agensi.

Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Negeri, Leftenan Madya Maritim Mohd Haidir Sukri bin Saifudin Sukri yang mewakili Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Salehudin bin Zakaria yang ketika itu sedang bertugas di luar bersama pegawai kanan.

Dalam sesi lawatan, Ketua Pengarah menekankan kepentingan disiplin, keterampilan, integriti dan kecekapan warga Maritim Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan undang-undang maritim. Beliau menegaskan keyakinan masyarakat perlu terus diperkukuh bahawa agensi ini komited menjaga keselamatan perairan negara.

Lawatan turut melibatkan tinjauan ke fasiliti operasi, siasatan, keselamatan, logistik serta bahagian pengurusan termasuk aset bot dan prasarana sokongan.

Dalam perjumpaan bersama warga Maritim, beliau mengingatkan agar setiap anggota berpegang teguh kepada prinsip taat setia dan Teras 7, khususnya memperkukuh disiplin, semangat berpasukan dan integriti sebagai asas kecemerlangan organisasi.

Pada masa sama, Ketua Pengarah memberi jaminan bahawa pihak pengurusan tertinggi Maritim Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kebajikan warga agensi, termasuk inisiatif Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) yang kini sedang diusahakan demi meningkatkan motivasi dan kesejahteraan anggota.

“Sebagai Ketua Pengarah, saya mahu setiap anggota tahu bahawa kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian. Kita bukan sahaja menuntut komitmen tinggi di lapangan, tetapi dalam masa yang sama memastikan kesejahteraan anggota serta keluarga sentiasa terpelihara,” jelas beliau.

Turut hadir dalam lawatan ialah Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh. Lawatan mengejut itu diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama pegawai dan anggota Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.



LAWATAN MENGEJUT2
 
LAWATAN MENGEJUT3
 
LAWATAN MENGEJUT4

KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2025, MARITIM MALAYSIA GEGARKAN PULAU BANGGI

KUDAT, 23 OGOS – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 mencipta sejarah apabila buat pertama kali konvoi melibatkan 20 agensi dengan 102 peserta merentasi lautan menuju ke Pulau Banggi, Kudat diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan W.P. Labuan, baru-baru ini.

Sebanyak 10 aset laut digerakkan hasil koordinasi Maritim Malaysia bersama Pejabat Daerah Kudat, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), Jabatan Perikanan, Taman-Taman Sabah serta Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Hj. Nor Hisham bin Ibrahim bersama Ketua Konvoi KMJG Sabah, Puan Jainisah binti Md Nor, yang turut menyantuni penduduk pulau.

Antara pengisian utama ialah penyerahan 100 jaket keselamatan sumbangan YAB Ketua Menteri Sabah melalui Yayasan Kebajikan Sabah, selain 200 beg dan 150 kotak Kembara Maritim hasil tajaan bersama “Lebih Baik Cegah” Squad Antidadah dengan kerjasama Maritim Negeri Sabah & W.P. Labuan.

Semangat patriotisme turut dizahirkan melalui inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) dengan pengedaran lebih 800 Jalur Gemilang kepada penduduk setempat, membangkitkan suasana merdeka di pulau berkenaan.

 

JELAJAH MERDEKA3
 
JELAJAH MERDEKA4
 
JELAJAH MERDEKA5
 
JELAJAH MERDEKA2

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC