02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MAJLIS PERASMIAN LENCANA KEPAKARAN TEKNIKAL (LKT) ANGGOTA TEKNIKAL MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 30 JULAI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), YBhg. Laksamana Maritim Datuk Haji Rosli bin Abdullah, hari ini, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Lencana Kepakaran Teknikal (LKT) Bahagian Kejuruteraan untuk anggota teknikal Maritim Malaysia.

Majlis penuh simbolik ini menjadi lambang penghargaan rasmi Maritim Malaysia terhadap kepakaran dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pegawai serta anggota teknikal yang menjadi tunjang utama kepada kesiapsiagaan aset-aset Agensi.

Lencana Kepakaran Teknikal ini merupakan pengiktirafan kepada kecekapan warga teknikal yang memainkan peranan kritikal dalam memastikan kelangsungan operasi serta tahap kesiapsiagaan aset berada di tahap optimum.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Rosli, kecekapan mereka dalam aspek penyelenggaraan, kawalan mutu dan sokongan teknikal yang menyumbang secara langsung kepada keberkesanan operasi teras Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara.

“Lencana yang disemat hari ini bukan sekadar lambang – ia merupakan simbol amanah, keyakinan dan tanggungjawab terhadap kemampuan anggota teknikal untuk terus menyumbang dengan cemerlang,” ujarnya dalam ucapan perasmian.

Majlis turut menyaksikan penyampaian lencana kepada dua penerima pertama iaitu Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh.

Maritim Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima dan warga teknikal Agensi atas sumbangan dan dedikasi yang tidak ternilai. Semoga penganugerahan ini menjadi pembakar semangat dan kebanggaan buat seluruh warga teknikal Maritim Malaysia.

LENCANA LKT2
 
LENCANA LKT4
 
LENCANA LKT5
 
LENCANA LKT7

LAWATAN AKADEMI PENERBANGAN MALAYSIA (MAVA) KE AMSAS DAN MYMCC

KUANTAN, 30 JULAI – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) telah menerima lawatan ilmiah daripada peserta Kursus Search and Rescue Mission Coordinator Siri 1/2025 anjuran Akademi Penerbangan Malaysia (MAvA), yang terdiri daripada pegawai-pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), semalam.

Lawatan ini merupakan sebahagian pengisian kursus yang bertujuan memberi pendedahan langsung mengenai struktur organisasi, peranan dan koordinasi antara unit penyelamat – khususnya fungsi Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) dalam sistem pengesanan dan penyelamatan negara.

Peserta telah dibawa meninjau fasiliti MYMCC dan menerima taklimat mengenai sistem Cospas-Sarsat APMM, pengurusan isyarat kecemasan, serta demonstrasi penggunaan peranti isyarat kecemasan dalam operasi CARILAMAT. Taklimat disampaikan oleh Penolong Pengarah MYMCC, Leftenan Maritim Muhamad Faizal bin Othman.

Lawatan ini disertai seramai 20 peserta dan diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi MAvA, Encik Abdul Rali bin Kassim.

Program seumpama ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan strategik antara agensi dan memperkasakan kesiapsiagaan negara dalam operasi menyelamat.

MAVA AMSAS
 
MAVA AMSAS2
 
MAVA AMSAS6
 
MAVA AMSAS7

TAKLIMAT DASAR KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SME) OLEH JPA

PUTRAJAYA, 29 JULAI – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima kunjungan daripada Cawangan SUPREME, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sesi Mesyuarat dan Taklimat Dasar Baharu Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus atau Subject Matter Expert (SME).

Taklimat yang disampaikan oleh pihak JPA ini memberi pencerahan berkenaan pelaksanaan laluan kerjaya khusus bagi penjawat awam yang mempunyai kepakaran teknikal tinggi dan peranan strategik dalam agensi masing-masing.

Antara yang hadir dalam sesi ini ialah Pengarah Sumber Manusia Maritim Malaysia, Tuan Haji Mohd Hamzah Murghayah bin Abdullah dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Encik Mahmud bin Abd Rahman, Pengarah Unit Integriti, Puan Nur Kamariah binti Abd Rahim serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia yang lain.

Inisiatif ini bakal membuka ruang lebih luas kepada para pegawai untuk diiktiraf sebagai pakar dalam pelbagai bidang secara formal serta diberi laluan kemajuan kerjaya setara dalam bidang pengurusan.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada pihak JPA di atas komitmen dan kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan modal insan sektor awam secara menyeluruh.

 

TAKLIMAT SME9
 
TAKLIMAT SME3
 
TAKLIMAT SME4
 
TAKLIMAT SME5

RANCAKKAN MADANI | MARITIM MALAYSIA BENTUK GENERASI MUDA MELALUI SEKOLAH ANGKAT MADANI

KUANTAN, 29 JULAI – Komited melahirkan generasi mempunyai jati diri, berwawasan dan berpandangan jauh, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan inisiatif Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Baging, Pahang, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, inisiatif ini bukan sekadar program tanggungjawab sosial korporat (CSR), sebaliknya merupakan pelaburan sosial jangka panjang bagi membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri dalam kalangan generasi muda sejak di bangku sekolah.

“Maritim Malaysia percaya pendidikan adalah tunjang kepada masa depan negara, dan Sekolah Angkat MADANI ini ialah platform untuk menyemai nilai kepimpinan dan kenegaraan seiring konsep Malaysia MADANI,” tegas Datuk Haji Mohd Rosli.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Sekolah Angkat MADANI di sini pagi tadi.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Negeri Pahang, Hj. Shaiful Azizi Sukri bin Mohd Kassim, Pengetua SMK Sungai Baging, En. Ahmad Zahiruddin bin Md Isa serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.

SMK Sungai Baging yang terletak berhampiran AMSAS dipilih sebagai Sekolah Angkat kerana lokasinya yang strategik. Sekolah ini mula beroperasi pada 2005 dengan hanya 11 guru, dan kini berkembang dengan 74 guru, 12 staf bukan guru dan 838 pelajar.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan Maritim Malaysia di sekolah ini ialah latihan kawad asas bersama Pasukan Kadet Maritim (PASKAM), pendedahan awal terhadap kerjaya maritim dan keselamatan perairan, serta aktiviti luar bilik darjah yang berteraskan nilai kenegaraan dan kepimpinan.

Terdahulu, penubuhan PASKAM di sekolah ini sejak Januari 2020 menjadikan ia tunjang utama kejayaan inisiatif ini. Bermula dengan 46 pelajar, kini keahlian PASKAM telah meningkat kepada 110 pelajar terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Hasil daripada bimbingan jurulatih dan pegawai Maritim Malaysia, PASKAM SMK Sungai Baging pernah menjadi Naib Johan Pertandingan Ikhtiar Hidup Peringkat Negeri Pahang 2023, selain penglibatan enam guru pembimbing PASKAM sebagai ahli Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM), memperkukuh jalinan kerjasama komuniti dan Agensi ini.

Datuk Haji Mohd Rosli dalam ucapan yang sama turut menegaskan, keterlibatan pegawai dan anggota Maritim Malaysia dalam inisiatif ini, memberi nilai tambah bukan sahaja kepada komuniti tetapi juga kepada Agensi ini sendiri.

Beliau dalam pada itu turut menggesa para pelajar di sekolah berkenaan menanam cita-cita yang tinggi khususnya yang melibatkan sektor maritim sebagai peluang kerjaya pada masa akan datang.

SEKOLAH ANGKAT12
 
SEKOLAH ANGKAT7
 
SEKOLAH ANGKAT8
 
SEKOLAH ANGKAT14

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIRI SAMBUTAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT KEBANGSAAN

JITRA, 26 JULAI – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah hadir memeriahkan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang berlangsung di Dataran Darulaman, Jitra, semalam.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam sambutan ini melambangkan komitmen berterusan agensi ini dalam memerangi ancaman dadah yang turut merentasi sempadan perairan negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan yang menjaga keselamatan perairan negara, Maritim Malaysia sentiasa berganding bahu bersama agensi-agensi penguat kuasa lain termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan sempadan maritim negara bebas daripada aktiviti penyeludupan dadah dan bahan terlarang.

Pada program yang sama, kehadiran si cilik memakai pakaian rasmi operasi Maritim Malaysia telah menarik perhatian pengunjung yang hadir di reruai pameran korporat Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia akan terus menyokong segala inisiatif kerajaan dalam membanteras gejala dadah dan memastikan perairan negara kekal selamat, bersih dan bebas dari ancaman jenayah rentas sempadan.

 

KP ANTIDADAH2
 
KP ANTIDADAH3
 
KP ANTIDADAH4
 
KP ANTIDADAH6

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC