02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

BOT KELAS IBRAHIM CURI TUMPUAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68

PUTRAJAYA, 31 OGOS – Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) buat julung kali mempamerkan Bot Kelas Ibrahim yang menjadi simbol sokongan Yang di-Pertuan Agong terhadap keselamatan maritim negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah memaklumkan, bot yang dikurniakan Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim dibina khas oleh Royal Boat Hangar Johor dan telah diserahkan kepada Maritim Malaysia pada 6 Mac lalu.

Tegas beliau, penyerahan itu melambangkan iltizam Seri Paduka Baginda dalam memperkukuh kawalan perairan negara sekaligus meletakkan kepercayaan penuh kepada Agensi ini dalam menjaga keselamatan perairan negara.

“Bot sepanjang 12.6 meter dengan lebar 3.5 meter ini diperbuat daripada aluminium marin berkualiti tinggi serta dipacu tiga enjin Mercury OBM (Outboard Motor) berkuasa 300 kuasa kuda setiap satu.”

“Ia mampu mencapai kelajuan maksimum 56 knot, dan kelajuan pelayaran optimum ialah 40 knot menjadikannya antara bot pemintas berkelajuan tinggi yang dimiliki Maritim Malaysia,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 di Dataran Putrajaya, pagi tadi.

Sambutan Hari Kebangsaan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, serta dihadiri YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dan dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi dan Datuk Seri Fadillah bin Yusof.

Mengulas lanjut mengenai bot berkenaan, Datuk Haji Mohd Rosli menjelaskan, bot tersebut dipinjamkan tanpa kos selama lima tahun dan bot berkenaan telah diserahkan kepada Maritim Negeri Johor untuk memperkukuh rondaan dan operasi penguatkuasaan di perairan strategik negeri tersebut.

Selain Bot Kelas Ibrahim, Maritim Malaysia turut menampilkan pasukan elit Rescue Swimmer (Perenang Penyelamat) yang berperanan melaksanakan misi menyelamat di laut dalam keadaan ekstrem. Setakat ini, pasukan itu mempunyai kekuatan 11 anggota operasi dan 12 lagi dalam latihan.

Dalam pada itu, Datuk Haji Mohd Rosli memaklumkan jenayah maritim termasuk penyeludupan manusia, pencerobohan nelayan asing dan penyeludupan dadah menunjukkan trend penurunan.

“Perairan negara kita berada pada tahap aman dan terkawal. Walaupun ada insiden berlaku, jumlahnya semakin berkurangan hasil kerjasama erat Maritim Malaysia dengan Pasukan Polis Marin serta Tentera Laut Diraja Malaysia,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, kontinjen Maritim Malaysia dengan 327 pegawai dan anggota dari Maritim Negeri, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), Penerbang Maritim Malaysia, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) lengkap dengan enam jenis pakaian rasmi telah bersama-sama mengikuti perbarisan pada sambutan tersebut.

Selain itu, turut serta Pasukan Pancaragam Maritim Malaysia terdiri dari 40 anggota di samping beberapa buah aset lain turut diperagakan seperti Bot PERKASA 36, Bot BENTENG 2, Air Boat 03, Mobile Surveillance Unit (MSU) serta Helikopter Dauphin AS365 N3.

 

KELAS IBRAHIM2
 
KELAS IBRAHIM3
 
KELAS IBRAHIM4
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC