02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG JELAJAH MIRI 2025

MIRI, 11 OGOS – Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Jelajah Miri 2025 anjuran Kelab Sosial dan Rekreasi Maritim Sarawak (SUKMAS) Miri telah berlangsung meriah dengan konvoi kenderaan bermotor melibatkan seramai 50 warga Zon Maritim Miri pada Sabtu (9 Ogos).

Konvoi bermula di Kompleks Zon Maritim Miri menuju ke Air Terjun Giam, Bakam diketuai oleh Pengerusi SUKMAS Miri, Leftenan Komander Maritim Mohammad Hafeiz bin Hussein bersama seluruh peserta yang membawa semangat jiwa merdeka dan rasa patriotisme yang tinggi.

Program ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, di samping mengajak masyarakat setempat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol cinta akan tanah air.

Selain konvoi, peserta turut melaksanakan Program CSR di sekitar kawasan pendakian Hutan Air Terjun Giam, Bakam, dengan aktiviti pembersihan bagi memelihara keindahan alam semula jadi serta mengurangkan pencemaran sampah di kawasan tersebut.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, program ini bukan sahaja memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga Maritim Malaysia, malah mengingatkan masyarakat terhadap perjuangan pahlawan-pahlawan asal Sarawak yang berkorban demi kemerdekaan negeri dan negara.

Maritim Malaysia terus komited menyokong inisiatif memupuk perpaduan, semangat patriotisme, dan pemeliharaan alam sekitar seiring aspirasi Malaysia MADANI.

KEMBARA MIRI2
 
KEMBARA MIRI3
 
KEMBARA MIRI5
 
KEMBARA MIRI7

KURSUS SETIAUSAHA SUPER TRANSFORMASI 360 MARITIM MALAYSIA 2025

KUALA LUMPUR, 11 OGOS – Kursus Setiausaha Super Transformasi 360 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) 2025 telah melabuhkan tirainya pada 10 Ogos lalu di salah sebuah hotel di ibu negara, selepas berlangsung selama tiga hari bermula 8 Ogos lalu.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Aset Maritim Malaysia, Tuan Mohd Ilham bin Udin, dan turut diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Manusia, Tuan Amirul Asyraf bin Ismail serta pegawai kanan Maritim Malaysia yang lain.

Dalam ucapannya mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Nor Hisham bin Ibrahim, Tuan Mohd Ilham menegaskan bahawa peranan setiausaha masa kini telah berkembang melangkaui penyelarasan jadual dan pengurusan fail, kepada penghubung strategik yang menyumbang secara langsung kepada kecemerlangan organisasi.

“Semua warga sokongan pentadbiran diseru untuk menghayati Tujuh Teras Ketua Pengarah Maritim Malaysia sebagai panduan dalam tugas seharian, selain mengaplikasikan teknologi terkini termasuk penggunaan Kepintaran Buatan (AI) bagi mempercepatkan urusan pentadbiran dan komunikasi,” ujarnya.

Kursus ini menghimpunkan 29 orang Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir, serta anggota wanita (Laskar Kanan Maritim) dari seluruh negara, sebagai kesinambungan inisiatif Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Maritim Malaysia bagi memperkasakan peranan sokongan pentadbiran melalui pendekatan holistik.

Fokus kursus merangkumi penguasaan kemahiran komunikasi, pengurusan emosi, penampilan profesional, ketahanan mental, dan kompetensi teknikal, di samping pemupukan keyakinan diri untuk mencapai potensi sebenar.

Pengisian kursus yang dikendalikan oleh RinaBaha Image World turut memberi penekanan terhadap tanggungjawab dan kecekapan kendiri, semangat perubahan ke arah profesionalisme tinggi, serta peningkatan kemahiran komunikasi dalam organisasi.

Majlis penutupan turut merakamkan penghargaan kepada pengajar, fasilitator, urus setia Bahagian Sumber Manusia serta semua peserta atas semangat, komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran program.

KURSUS SETIAUSAHA2
 
KURSUS SETIAUSAHA3
 
KURSUS SETIAUSAHA5
 
KURSUS SETIAUSAHA6



PERASMIAN SUKAN 3K KESMAR MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 10 OGOS – Majlis Perasmian Program 3K (Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan) Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) Maritim Negeri Kedah dan Perlis telah berlangsung dengan penuh meriah, menyatukan warga agensi dalam semangat kesukanan, kekitaan dan kecergasan hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, turut disaksikan pegawai dan anggota dari pelbagai bahagian operasi serta pentadbiran.

Romli berkata, program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, disiplin dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Maritim Malaysia, sejajar dengan aspirasi membentuk pasukan yang cekap, cergas dan bersatu padu.

Tahun ini, Sukan 3K KESMAR tampil dengan kelainan melalui penganjuran senam robik berirama seiring dengan Cabaran Weight Loss Challenge yang mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kerja. Inisiatif ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberi galakan untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat secara konsisten.

Terdahulu, beberapa acara sukan telah berlangsung termasuk badminton, menembak dan dart yang menerima sambutan hangat daripada peserta.

Pertandingan tersebut bukan sahaja mencabar kemahiran fizikal malah mengeratkan ukhuwah antara warga Maritim Malaysia.

Sukan 3K KESMAR ini turut menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan silaturahim dan meningkatkan motivasi warga kerja, di samping menggalakkan budaya kerja berpasukan yang efektif.

Maritim Malaysia akan terus komited menganjurkan aktiviti seumpama ini bagi memastikan kesiapsiagaan fizikal dan mental setiap anggota berada pada tahap yang optimum dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan perairan negara.

 

SUKAN KESMAR LGK2
 
SUKAN KESMAR LGK3
 
SUKAN KESMAR LGK4
 
SUKAN KESMAR LGK5

41 KADET UMPSA TERIMA PANGKAT LEFTENAN MUDA PASKAM SIRI PERTAMA

GAMBANG, 11 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh usaha melahirkan generasi muda celik maritim dalam kalangan masyarakat terutamanya mahasiswa.

Baru-baru ini, seramai 41 kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima pemakaian pangkat Leftenan Muda Siri Pertama dalam Majlis Tamat Latihan Siri 1/2023 di Dewan Astaka, Kampus Gambang yang berlangsung pada Sabtu (9 Ogos).

Majlis penuh istiadat itu disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab, dan turut dihadiri Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Ketua Pendaftar, Dato’Saiful Bahri Ahmad Bakarim serta Pengarah Sumber Manusia Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Encik Mohd Hamzah Murgayah Abdullah. Turut hadir pegawai kanan Maritim Malaysia, pengurusan universiti dan keluarga kadet.

Menurut Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan, penganjuran PASKAM di institusi pengajian tinggi merupakan langkah strategik bagi memberi pendedahan awal kepada mahasiswa tentang tanggungjawab dan peranan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara.

"Keselamatan perairan negara adalah amanah bersama. PASKAM bukan sekadar latihan, tetapi platform membentuk jati diri, disiplin, dan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda," ujarnya.

Beliau menambah, latihan PASKAM UMPSA dilaksanakan dengan kerjasama Cawangan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM), Bahagian Sumber Manusia Maritim Malaysia, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMPSA.

Modul latihan merangkumi disiplin, kepimpinan, pengurusan masa dan kerja berpasukan, selaras dengan nilai teras Maritim Malaysia.

Dalam majlis itu, tiga penerima Anugerah Kadet Terbaik PASKAM Siri 1/2023 turut diraikan iaitu Leftenan Muda PASKAM Nurwaldan Wasiq Khairul Nizar (Keseluruhan), Leftenan Muda PASKAM Muhammad Amirul Hakim Bizun (Latihan Luar) dan Leftenan Muda PASKAM Eeswarri a/p Mani Wanan (Akademik).

Kejayaan ini menandakan permulaan kukuh usaha Maritim Negeri Pahang dalam memupuk kesedaran maritim dalam kalangan mahasiswa, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama antara Maritim Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi.

 

PASKAM UMPSA2
 
PASKAM UMPSA3
 
PASKAM UMPSA5
 
PASKAM UMPSA10

LAWATAN PEMANTAUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) TERHADAP ASET DALAM PEMBAIKAN

LABUAN, 9 OGOS  – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),  Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, telah mengadakan lawatan pemantauan bagi meninjau perkembangan kerja-kerja pembaikan Kapal Maritim (KM) LAHAD DATU di Limbungan Preston Shipyard, Labuan.

Lawatan ini bertujuan untuk memantau secara langsung kemajuan kerja-kerja pembaikan aset-aset penting Maritim Malaysia dalam memastikan kesiapsiagaan aset tersebut dapat dipulihkan dalam tempoh yang dijadualkan.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Haji Idros, Pegawai Memerintah Kapal KM LAHAD DATU, Leftenan Komander Maritim Muhamad Azri bin Othman, Managing Director Preston Shipyard Labuan, Encik Zailani Bin Mansor, Pengarah Urusan Preston Shipyard Sdn Bhd serta pegawai dan anggota KM LAHAD DATU.

Semasa lawatan, beliau telah dibawa meninjau proses pembaikan dan diberikan taklimat berhubung kemajuan projek. Status terkini kerja-kerja pembaikan KM LAHAD DATU adalah 10% lebih awal daripada jadual asal, sekaligus menunjukkan prestasi yang positif dan komitmen tinggi daripada semua pihak terlibat.

Datuk Saiful Lizan turut menegaskan, lawatan pemantauan ini adalah untuk memastikan setiap aspek pembaikan dijalankan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dengan masa yang efisien.

Beliau turut memuji kerjasama erat yang terjalin antara Maritim Malaysia dan Preston Shipyard Labuan, yang menjadi faktor utama kepada kelancaran kerja-kerja pembaikan. Kecekapan dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh semua pihak terlibat amat membanggakan.

Beliau juga berharap agar hubungan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan demi memantapkan kesiapsiagaan aset-aset Maritim Malaysia pada masa akan datang.

LAWATAN PANTAU
 
LAWATAN PANTAU2
 
LAWATAN PANTAU3

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC